omniture

LONGi peroleh pesanan pertama bekalkan 103 MW modul Hi-MO 5 untuk tapak pengeluaran TBEA di Xinjiang

LONGi Solar
2020-09-24 22:02 381

XI'AN, China, 24 September 2020 /PRNewswire/ -- LONGi, syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia, telah menandatangani perjanjian dengan TBEA Sunoasis ("TBEA") untuk membekalkan 360MW modul solar berkecekapan tingginya untuk tapak pengeluaran TBEA di Bandar Shihezi di Wilayah Berautonomi Uyghur Xinjiang China. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, LONGi akan mengutamakan penghantaran 103MW daripada produk baharunya yang amat dinanti-nantikan, yang bermakna modul Hi-MO 5, yang direka untuk loji janakuasa darat ultra-besar, dapat dinilai secara rasmi oleh pasaran.

TBEA Sunoasis mempunyai banyak pengalaman dalam membina stesen janakuasa angin dan fotovolta berskala-besar di kawasan padang pasir, gunung, solar-perikanan, solar-pertanian, kelajuan angin rendah, bumbung komersial, bumbung kediaman dan bidang-bidang lain. Dengan kelayakan Kelas A untuk kontrak am pembinaan kuasa, TBEA telah menjalankan secara berturut-turut pembinaan stesen janakuasa fotovolta gunung berskala-besar, stesen janakuasa solar-perikanan, projek stesen janakuasa demonstrasi grid-terhubung padang pasir solar-angin, projek stesen janakuasa penyimpanan tenaga PV komersial dan projek-projek tenaga baharu lain yang telah mencapai kejayaan baharu dalam industri ini. Setakat ini, TBEA telah menjalankan pembinaan lebih daripada 5,000 stesen janakuasa Grid-terikat/luar-grid kuasa angin dan fotovolta, dengan kapasiti hampir mencecah 16 GW.

LONGi memperkenalkan Hi-MO 5 pada bulan Jun dan hanya 70 hari kemudian, modul pertama dilancarkan daripada tertib pengeluaran di kilangnya di Bandar Xianyang, Wilayah Shaanxi. Dengan pembinaan kilang tambahan di Bandar Jiaxing, Wilayah Zhejiang, kapasiti pengeluaran modul Hi-MO 5 akan mencecah 12GW pada tahun ini.

Produk fotovolta dengan kuasa dan nilai yang lebih tinggi secara beransur-ansur menjadi trend dan tumpuan industri tatkala kita berada di ambang era pariti grid. Demi memenuhi keperluan pelanggan global untuk produk kuasa ultra-tinggi, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) LONGi tekal mencabar batasan termaju dari segi aplikasi modul dalam membangunkan Hi-MO 5. Sebagai penyedia penyelesaian stesen janakuasa yang terkemuka di dunia, kontrak TBEA dengan LONGi menunjukkan bahawa nilai ultra-tinggi daripada modul baharu tersebut akan diiktiraf sepenuhnya oleh pasaran.

LONGi telah melakukan latihan perbandingan antara modul Hi-MO 5 berdasarkan wafer 182mm dengan dua produk berkuasa tinggi arus perdana yang lain. Berdasarkan pengiraan, pertama sekali Hi-MO 5 mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi berbanding modul-modul lain dari segi kuasa modul dan kecekapan penukaran. Mengambil kapasiti terpasang dalam projek 100MW sebagai contoh, modul Hi-MO 5 dengan kuasa 535W mempunyai kos sistem keseluruhan yang optimum antara ketiga-tiga modul. Kos setiap watt bagi modul Hi-MO 5 telah dikurangkan sebanyak 3-4 sen, menjadikan penjimatan kos kira-kira sebanyak 3-4 juta yuan. Selain itu, kuasa dan kecekapan tinggi Hi-MO 5 turut mengurangkan keperluan tanah dan penggunaan modul. Terutamanya dari segi keperluan tanah, modul Hi-MO 5 dapat menjimatkan 20-40 ekar berbanding dengan dua modul yang lain. Faedah-faedah tambahan ini boleh mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan stesen janakuasa di masa hadapan dengan ketara. Dengan prestasi LCOEnya yang cemerlang, modul Hi-MO 5 menduduki kedudukan teratas dalam beberapa aspek penilaian, lalu menjadikannya pilihan utama untuk stesen janakuasa darat ultra-besar.

"Pilihan pasaran merupakan satu-satunya kriteria bagi menguji nilai sesuatu produk. LONGi yang mendapat pesanan daripada TBEA hanyalah langkah pertama untuk modul Hi-MO 5 baharu ini," ulas Dennis She, Naib Presiden Kanan LONGi Solar. "LONGi percaya bahawa prestasi dan keandalan yang tinggi merupakan syarat utama untuk pelanggan kami. Modul Hi-MO 5 akan terus mencapai kejayaan di seluruh dunia dengan ketibaan era pariti grid dan nilai ultra-tingginya akan terus disahkan."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi Solar
Related Stocks:
Shanghai:601012
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts