omniture

Huawei Bawakan Transformasi Digital untuk Industri-industri Melalui Penyelesaian HMS Inovatif

Huawei Consumer Business Group
2020-09-25 15:04 992

Penyelesaian HMS baharu merupakan sebahagian daripada kolaborasi Huawei dengan pelbagai industri untuk membina pengalaman kehidupan pintar semua-senario

SHANGHAI, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan keupayaan ekosistem Huawei Mobile Services (HMS) terbuka sepenuhnya di HUAWEI CONNECT 2020 di Shanghai hari ini. Zhang Ping'an, Presiden Khidmat Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, mengetengahkan penyelesaian HMS yang inovatif daripada Huawei dan jalinan kerjasama dengan pelbagai sektor – termasuk kewangan, kerajaan, pendidikan, perusahaan, hiburan, perniagaan dan banyak lagi – sebagai sebahagian daripada ucapan dasar beliau yang bertajuk, 'Ayuh Kita Terokai HMS Bersama-sama'.

Zhang Ping’an, Presiden Perkhidmatan Awan Pelanggan, Huawei Consumer Business Group, menyampaikan ucapan dasar bertajuk, ‘Together, Let’s Play with HMS’(Bersama-sama, Mari Terokai HMS).
Zhang Ping’an, Presiden Perkhidmatan Awan Pelanggan, Huawei Consumer Business Group, menyampaikan ucapan dasar bertajuk, ‘Together, Let’s Play with HMS’(Bersama-sama, Mari Terokai HMS).

"Huawei komited utnuk membuka keupayaan perisian, perkakasan dan awan kepada rakan-rakan kongsi industri. Kami berusaha untuk memperkasa semua perniagaan dan industri untuk membawa pengalaman digital kepada lebih ramai pengguna melalui perkhidmatan digital yang inovatif," kata Zhang.

Dengan keupayaan terbuka sepenuhnya daripada Huawei, rakan-rakan kongsi terdorong untuk menginovasi dan mencapai transformasi digital. Hasilnya, pendigitalisasian dalam sektor-sektor seperti kewangan, kerajaan, pendudukan, perusahaan, hiburan dipercepatkan bagi membolehkannya memperkenalkan perkhidmatan digital yang lebih inklusif dan inovatif.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Huawei telah berusaha untuk menyediakan pengalaman kewangan digital bertumpu mudah alih. Sebagai contoh, HUAWEI Wallet telah dinaik taraf untuk merangkumkan beberapa ciri inovatif seperti POS mudah alih, HUAWEI Card dan banyak lagi. Huawei juga membangunkan enjin keselamatan yang direka untuk perlindungan data, akaun, aplikasi dan pembayaran berdasarkan mekanisme keselamatan dan perlindungan yang komprehensif. Ia melibatkan perakuan keselamatan tahap perkakasan, Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai (TEE) dan sistem kawalan risiko awan. Keupayaan teras HMS juga dibuka sepenuhnya bagi memperkasa bank-bank dan rakan-rakan industri yang lain untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan kewangan digital yang lebih luas.

HUAWEI City Service ialah platform perkhidmatan hal ehwal kerajaan sehenti yang mudah, ditubuhkan bersama-sama rakan-rakan kerajaan tempatan. Ia meliputi 6 bidang yang luas dan lebih daripada 30 perkhidmatan kerajaan yang kerap digunakan termasuk perbelanjaan, perubatan dan perkhidmatan imigresen, antara lain. Pada masa depan, pengguna boleh berurusan dengan semua cawangan kerajaan melalui HUAWEI ID tunggal yang membolehkan mereka mengakses perkhidmatan penduduk tempatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Dalam sektor pendidikan dan tenaga kerja, Huawei melancarkan Link Now, platform pendidikan dalam talian dan penyelarasan kerja, menawarkan ciri-ciri seperti pemesejan segera, kolaborasi langsung dan pembelajaran jarak jauh. Huawei berusaha untuk menjadikan pendidikan dan kerjasama antara pasukan kerja lebih mudah dicapai melalui pemerkasaan teknologi. Dengan cara ini, setiap pengguna Huawei di dunia dapat menikmati pengalaman yang dipertingkat dan lebih cekap.

Huawei turut mengumumkan HUAWEI Business Touch di acara tersebut. Ia merupakan platform untuk peniaga bagi menghantar pesanan promosi atau perkhidmatan pelanggan kepada pengguna tepat pada masanya. Pesanan ini boleh dihantar melalui pelbagai saluran, termasuk skrin paling kiri, aplikasi HUAWEI Life Service. Huawei turut memperkenalkan penyelesaian perniagaan pintar berdasarkan peta 2D/3D bersepadu, navigasi AR dan lebih banyak keupayaan, selain penyelesaian mudah alih perusahaan, Huawei Enterprise Manager.

Huawei telah membangunkan penyelesaian tarikan pintar serba baharu untuk sektor pelancongan budaya. Pengguna Huawei dapat menyimpan maklumat seperti eID, pas kemasukan, kunci kereta dan kunci hotel dalam peranti mereka dan seterusnya membawanya secara automatik melalui HUAWEI AI Pass apabila mendekati terminal. Pengguna kemudiannya hanya perlu mengetik terminal dengan peranti dan meneruskan aktiviti mereka. Penyelesaian ini turut menyediakan perkhidmatan seperti cadangan laluan, kemas kini masa sebenar untuk tempat yang menarik serta navigasi AR. Kini, Huawei bekerjasama dengan tempat pemandangan indah Dujiangyan untuk membawa pengalaman perjalanan serba baharu kepada pengunjung.

Huawei telah membuka lima enjin perkhidmatan asas kepada pembangun global termasuk pembayaran, iklan, pelayaran, peta, carian. Melalui HMS Core 5.0, Huawei menyediakan keupayaan perisian, perkakasan dan awan yang utama, memperkasa rakan kongsi dan pembangun untuk mempercepatkan inovasi selain proses pendigitalisasian. Ekosistem HMS Huawei kini merupakan ekosistem aplikasi mudah alih ketiga terbesar di dunia, dengan lebih 1.8 juta pembangun berdaftar di seluruh dunia dan 96,000 aplikasi diintegrasikan dengan HMS Core.

Huawei Bawakan Transformasi Digital untuk Industri-industri Melalui Penyelesaian HMS Inovatif
Huawei Bawakan Transformasi Digital untuk Industri-industri Melalui Penyelesaian HMS Inovatif

Huawei turut melabur sebanyak USD 1 bilion dalam Shining-Star Programme bagi menggalakkan pembangun untuk menyertai ekosistem HMS dan memberi insentif kepada inovasi dalam pembangunan aplikasi. Dengan rancangan pengembangan yang selanjutnya, Shining-Star Programme secara kumulatif menginspirasikan lebih daripada 10,000 aplikasi inovatif di seluruh dunia termasuk lebih 1,000 rakan kongsi industri vertikal.

Huawei telah bekerjasama dengan rakan kongsi serta pembangun global untuk inovasi dalam transformasi digital selain pelaksanaan program kemasukan digital TECH4ALL. Menuju ke hadapan, Huawei komited untuk membuka lebih banyak keupayaan untuk industri-industri dan sektor-sektor lain bagi mempercepatkan transformasi digital. Ini membolehkan Huawei dan industri-industri menyediakan pengalaman digital yang dipertingkat secara kolaboratif untuk pengguna dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Huawei Bawakan Transformasi Digital untuk Industri-industri Melalui Penyelesaian HMS Inovatif
Huawei Bawakan Transformasi Digital untuk Industri-industri Melalui Penyelesaian HMS Inovatif

"Di Huawei, kami melihat pembangun, rakan kongsi dan pengguna global kami sebagai bintang yang mencerahkan masa depan. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan bintang-bintang kami bagi menerangi jalan kami di hadapan dan mewujudkan sebuah dunia baharu yang lebih bertenaga," tambah Zhang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200924/2927487-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200924/2927487-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200924/2927487-1-c?lang=0

Source: Huawei Consumer Business Group
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services