omniture

Hari Pengasas YCIS Beijing Memberi Tumpuan kepada 25 Tahun Inovasi dan Komitmen

Yew Chung International School of Beijing
2020-10-14 14:09 406

BEIJING, 14 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Sekolah Antarabangsa Yew Chung Beijing (YCIS Beijing) merayakan ulang tahun ke-25 dan Hari Pengasasnya pada 9 Oktober 2020. Dengan tema sukan, Kampus Honglingjin menganjurkan acara sukan, muzik dan akademik yang disertai oleh para pelajar dan guru untuk menunjukkan kemahiran mereka. Sekolah ini berbesar hati menjadi saksi kepada pembangunan pesat China sejak lebih suku abad yang lalu.

Dr Betty Chan Po-king, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengawas Sekolah Yew Chung dan sekolah-sekolah Yew Wah (YCYW), menyampaikan ucapan penuh inspirasi yang mengucapkan terima kasih kepada kakitangan atas dedikasi mereka di tengah-tengah wabak yang teruk melanda ketika ini. Kata Dr Chan, "Kesungguhan dan semangat kita untuk pendidikan akan terus membantu kita mengatasi cabaran yang tidak dijangka." Pelajar dan kakitangan di seluruh rangkaian YCYW di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Chongqing, Qingdao, Guangzhou, Tongxiang, Yantai, Rizhao, Shenzhen dan Lembah Silikon di AS, mendengar dan mengambil bahagian melalui penstriman langsung.

Hall of Fame Alumni baharu – ditubuhkan untuk mengiktiraf mereka yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat – menggerakkan imaginasi pelajar yang lebih muda kerana mereka yang akan menentukan sendiri jalan masa depan mereka untuk berjaya.

Para pelajar YCIS Beijing menikmati hari yang penuh keseronokan dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan. Pasukan koir yang terdiri daripada 35 orang – pelajar-pelajar peringkat Menengah – mempamerkan bakat yang cukup besar dengan persembahan klasik popular seperti "Lean on Me" oleh Bill Withers dan "Hey Jude" oleh The Beatles. Pasukan koir ini diiringi oleh orkestra sekolah.

Hari Pengasas disambut pada hari Jumaat kedua pada bulan Oktober setiap tahun untuk memperingati pengasas YCYW, Puan Tsang Chor-hang dan wawasan pemikiran beliau yang maju dan berani untuk pendidikan ketika beliau memulakan sekolah pertamanya pada tahun 1932. Selama hampir 90 tahun, kumpulan ini telah komited dengan falsafah pendidikan holistik yang membangunkan "personaliti individu" sambil menggabungkan yang terbaik dari Timur dan Barat.

Ditubuhkan pada tahun 1995, YCIS Beijing merupakan sekolah antarabangsa kedua tertua di ibu negara China. Pada tahun 2016, sekolah ini menjadi yang pertama dalam kumpulan YCYW yang melancarkan Komuniti Pembelajaran, peneguhan kemahiran insaniah inovatif untuk mempersiapkan pelajar dalam menjalani kehidupan yang seimbang dan kejayaan masa hadapan.

Source: Yew Chung International School of Beijing
Keywords: Education Children-related news