omniture

CGTN: Peng Liyuan menghantar ucapan tahniah kepada Hadiah UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita (UNESCO Prize for Girls' and Women's Education).

CGTN
2020-10-16 03:26 1006

BEIJING, 16 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Wanita Pertama China, Peng Liyuan, yang juga utusan khas Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, mengirim mesej ucapan tahniah kepada penganugerahan UNESCO menerusi video pada 12 Oktober. 

 

Baca artikel asal di sini.

Dalam mesej beliau, Peng mengucapkan tahniah kepada pemenang hadiah dari Sri Lanka dan Kenya. Pada tahun 2015, China menubuhkan Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita bersama UNESCO, dan Peng menyebut bahawa terdapat berjuta-juta orang yang mengabdikan hidup mereka untuk pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita di China.  

Zhang Guimei adalah salah seorang daripada mereka. Beliau merupakan seorang guru wanita yang telah mengajar di kawasan pergunungan miskin di Wilayah Yunnan Barat Daya China selama lebih daripada 40 tahun. Beliau mendirikan sekolah menengah perempuan bebas yuran pertama di China, yang membantu banyak gadis muda daripada keluarga yang dilanda kemiskinan mendapat pendidikan. 

Tahun ini, 1.5 bilion pelajar terpaksa menangguhkan kelas kerana wabak COVID-19, menurut Peng, dan ini memberi kesan yang sangat ketara kepada kanak-kanak perempuan. Kita perlu mencari jalan untuk menolong kanak-kanak ini kembali ke sekolah agar mereka tidak ketinggalan kerana wabak koronavirus. 

Enam puluh tiga peratus orang dewasa yang buta huruf di seluruh dunia adalah wanita, kata Peng, dan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita sangat bermanfaat untuk masa kini dan masa akan datang. China akan terus bekerjasama dengan UNESCO untuk memastikan kejayaan Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita dari tahun 2021 hingga 2025, dan memberikan sumbangan yang lebih besar untuk mempromosikan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita dan mencapai Matlamat Pembangunan Mapan, Peng menambah. 

Audrey Azoulay, ketua pengarah UNESCO, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China kerana menyokong penubuhan Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita. 

Hadiah UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita menghormati sumbangan yang luar biasa dan inovatif yang dibuat oleh individu, institusi dan organisasi untuk memajukan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita. 

Video - https://cdn5.prnasia.com/202010/CGTN2/video.mp4

Source: CGTN
Keywords: Education Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Children-related news Women-related news