omniture

Hikvision kini melancarkan kamera ColorVu 2.0 dengan 4K dan pilihan varifokal

Hikvision Digital Technology
2020-10-16 17:53 818

HANGZHOU, China, 16 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, sebuah pembekal penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya, mengumumkan kamera ColorVu generasi baharu untuk pengimejan berwarna yang lebih jelas 24/7 sehari, dan buat pertama kali memasukkan pilihan 4K dan varifokal dalam penawaran warna penuh.

Hikvision ColorVu 2.0 Cameras
Hikvision ColorVu 2.0 Cameras

Dalam keselamatan video, maklumat berkaitan warna sangat penting untuk mengenal pasti perincian peristiwa terutamanya pada waktu malam. Kamera konvensional dengan pencahayaan inframerah hanya memberikan gambar hitam putih untuk pemantauan malam sahaja. Oleh sebab itu, orang, kenderaan, atau objek penting lain senang menjadi kabur dan bercampur dengan latar belakang, seterusnya menyukarkan pembezaan unsur-unsur kritikal. Teknologi ColorVu Hikvision menyelesaikan cabaran biasa yang dihadapi oleh banyak pengguna kamera keselamatan, dengan membolehkan kamera menghasilkan video berwarna walaupun dalam persekitaran yang sangat redup.

"Sejak tahun 2018 semasa kami memperkenalkan kamera ColorVu generasi pertama ke pasaran, ia telah pun menjadi antara produk terlaris kami. Permintaan untuk kamera cahaya rendah terus meningkat dalam industri keselamatan, dan kami gembira melihat kamera ColorVu 2.0 yang dinaiktaraf telah membawakan pengalaman pengimejan yang lebih jelas kepada pelanggan," kata Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa di Hikvision.

Pilihan ColorVu yang diperkaya dengan kamera 4K dan varifokal

Kamera ColorVu 2.0 yang baharu dikeluarkan menawarkan pilihan yang diperkaya ke pasaran dengan meliputi produk Turbo HD (siri DF8T/siri DF3T/siri DF0T) dan juga Rangkaian. Siri ColorVu yang diperkaya dapat memenuhi pelbagai jenis keperluan pelanggan, daripada produk berprestasi tinggi hinggalah pilihan mesra bajet dan penyelesaian pintar.

Hikvision kini turut menyertakan kamera 4K ColorVu ke dalam rangkaian produknya, yang membawa pengimejan warna ke tahap definisi ultra tinggi siang dan malam. Dengan kualiti imej yang lebih baik dan perincian yang lebih kaya, kamera 4K ColorVu dapat digunakan dalam pelbagai senario yang lebih luas termasuk stadium, lapangan terbang, pelabuhan, dan tempat parkir, dan kawasan yang memerlukan imej yang jelas dan resolusi tinggi.

Selain itu, Hikvision juga telah menambahkan kamera varifokal (siri DF8T-Z) kepada model ColorVu 2.0 untuk mewujudkan pengimejan warna 24/7 dalam semua jarak fokus. Dengan lensa bermotor 2.8 - 12 mm, kamera varifokal ColorVu akan membolehkan pengguna mengezum imej berwarna pada waktu malam.

Pengimejan berwarna yang dipertingkatkan dengan teknologi pembuatan AA

Lensa kamera ColorVu 2.0 mengekalkan rekaan super-apertur F1.0, yang membolehkan cahaya masuk empat kali lebih banyak berbanding kamera konvensional (yang mempunyai F2.0). Memfokuskan kamera definisi tinggi dengan apertur F1.0 yang besar adalah sangat teknikal untuk industri ini dan ia memerlukan pembuatan yang sangat ketat dan tepat. Hikvision telah menerapkan Teknologi Active Alignment (AA) canggihnya dalam pembuatan kamera ColorVu untuk membawa ketepatan pelarasan hingga dalam 4 piksel, malah lebih kecil berbanding diameter rambut 1/30.

Sementara itu, dengan sensor yang dioptimumkan, pengimejan warna kamera ColorVu 2.0 pada waktu malam menjadi lebih terang berbanding kamera konvensional. Algoritma baharu pengurangan hingar dinamik 3D (DNR) membantu kamera merakam perincian jarak jauh tambahan dengan lebih jelas dan memberikan imej yang lebih tajam. Selain itu, kamera ColorVu 2.0 dilengkapi dengan cahaya tambahan yang lembut dan hangat yang memberikan pencahayaan untuk menjamin pengimejan warna walaupun dalam persekitaran tanpa cahaya.

Pencarian sasaran pantas dengan teknologi AcuSense

Kebanyakan pengguna kamera keselamatan hanya perlu fokus pada penggera yang dicetuskan oleh manusia dan kenderaan, terutama pada waktu malam. Kamera ColorVu yang baharu dilancarkan ini boleh mengintegrasikan teknologi AcuSense canggih Hikvision untuk membantu pengguna menumpukan hanya pada peristiwa yang penting terhadap keselamatan. Diperkasakan dengan algoritma pembelajaran mendalam, kamera ColorVu boleh membezakan orang dan kenderaan daripada objek bergerak lain seperti hujan, daun dan haiwan. Penggera hanya akan dicetuskan apabila jenis pencerobohan yang telah dipratetapkan berlaku. Dengan penyelesaian ini, klip video disusun mengikut kategori manusia dan kenderaan, dan klasifikasi objek ini lebih meningkatkan lagi kecekapan carian.

Ketahui selanjutnya

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Teknologi dan Produk Hikvision ColorVu, sila lawati di sini.

Tentang Hikvision

Hikvision merupakan penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya. Menampilkan tenaga kerja R&D yang meluas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian penuh produk dan penyelesaian yang menyeluruh untuk pelbagai pasaran menegak. Sebagai tambahan kepada industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya ke dalam industri teknologi pintar, automasi industri, dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Dengan komitmen penuh terhadap kualiti dan keselamatan produknya, Hikvision mendorong rakan-rakannya untuk memanfaatkan pelbagai sumber keselamatan siber yang ditawarkan, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi kami www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services