omniture

Huawei mengumumkan 20 finalis untuk peraduan AppsUP 2020 di APAC

Undi aplikasi kegemaran anda untuk menentukan pemenang peraduan
Huawei Mobile Services
2020-10-21 09:30 476

SINGAPURA, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) Asia Pasifik mengumumkan 20 finalis teratas untuk AppsUP 2020, Huawei HMS App Innovation Contest, dan aplikasi yang disenarai pendek ini kini dibuka untuk pengundian awam. Dari 21 Oktober hingga 5 November, publik kini dapat melayari  dan mengundi aplikasi kegemaran mereka di laman web peraduan (https://bit.ly/2T18CbK). Markah juri adalah sebanyak 80% daripada keputusan akhir, manakala  keputusan undian awam menyumbang sebanyak 20%. Aplikasi dengan undian terbanyak juga akan dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori 'Aplikasi Paling Popular'.

Huawei Mobile Services Asia Pacific announced the top 20 finalists for AppsUP 2020, Huawei HMS App Innovation Contest, and these shortlisted apps are now open for public voting. From 21 October to 5 November, public can view and cast a vote for their favourite apps at the contest website (https://bit.ly/AppsUP-APAC).  The judges' scores weigh 80% of the final result, while the public votes accounts for the remaining 20%. The app with the most votes will also be the winner of "Most Popular App".
Huawei Mobile Services Asia Pacific announced the top 20 finalists for AppsUP 2020, Huawei HMS App Innovation Contest, and these shortlisted apps are now open for public voting. From 21 October to 5 November, public can view and cast a vote for their favourite apps at the contest website (https://bit.ly/AppsUP-APAC). The judges' scores weigh 80% of the final result, while the public votes accounts for the remaining 20%. The app with the most votes will also be the winner of "Most Popular App".

Semasa tempoh pengundian, publik  boleh mengundi kepada aplikasi kegemaran mereka untuk menunjukkan sokongan, bahkan turut berpeluang memenangi hadiah. Setiap peserta boleh memilih sehingga sepuluh kali sehari dan terhad kepada tiga undi untuk setiap aplikasi.

AppsUP 2020 merupakan peraduan pembangunan aplikasi mudah alih yang dianjurkan oleh Huawei, bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pembangun global mencipta aplikasi inovatif dengan menggunakan rangkaian lengkap alat dan sumber pembangunan aplikasi yang tersedia melalui HMS Core. Aplikasi yang dihantar mestilah disepadukan dengan sekurang-kurangnya satu kit HMS Core sebagai kriteria untuk layak menyertai peraduan.

Di APAC, hadiah berupa wang tunai dan sumber Huawei Cloud berjumlah US$400,000 akan diberikan kepada 20 pemenang Teratas dalam kategori "Aplikasi Terbaik", "Aplikasi Permainan Terbaik" dan "Anugerah Terhormat", serta kategori bonus tambahan untuk "Aplikasi Dengan Impak Sosial Terbesar" dan "Aplikasi Paling Popular" di rantau ini.

Penyerahan peraduan telah tamat pada 8 Oktober, dan semua penyertaan telah menjalani semakan awal oleh panel hakim dari Huawei dan pakar industri serantau untuk disenarai pendek bagi 20 finalis teratas. Dua puluh aplikasi ini dipilih berdasarkan nilai sosial, nilai perniagaan, pengalaman pengguna dan inovasi mereka. 

20 finalis ini merangkumi pelbagai kategori perkhidmatan, termasuk permainan mudah alih, sosial, gaya hidup, pendidikan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Senarai aplikasi yang disenarai pendekkan merangkumi Bungkusit Rider, Cake Recipes, Camy, Cookbook Recipes, Cut Slice Perfect: Good cut, DinoMao – Real Claw Machine Game, Epic Cards Battle: Dragons Rising, Fave - Deal, Pay, eCard; GStep: Step Counter, Pedometer & Running Tracker; Investa Vtrade, Learn Crafts and DIY Arts; Kumu, Malaysia Calendar, Money Manager 365, Nestia, Niyay Dek-D, SPICK & SPAN, SplitNow, Stick Battle Fight: Super Heroes Warriors dan Torrac: Not Getting Along.

Pengumuman Peringkat Akhir AppsUP 2020 akan dibuat di laman web rasmi AppsUP pada pertengahan November.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://bit.ly/AppsUP-APAC

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Awards