omniture

CGTN: China yang menyambut Ulang Tahun ke-70 Perang Menentang Pencerobohan Amerika Syarikat dan Membantu Korea, menyeru agar menghargai keamanan dunia

CGTN
2020-10-27 15:02 119

BEIJING, 27 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- China pada hari Jumaat lepas mengadakan acara untuk memperingati ulang tahun ke-70 tentera Sukarelawan Rakyat China (CPV) yang memasuki Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dalam Perang Menentang Pencerobohan Amerika Syarikat dan Membantu Korea (1950-1953).

Presiden China Xi Jinping, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), menyampaikan ucapan semasa acara ini, mendesak rakyat untuk mengingati sejarah, meneruskan semangat CPV dan memajukan sosialisme dengan ciri-ciri baharu.

Baca artikel asal: di sini.

Mengingati perang

Semasa berucap pada majlis itu, presiden China menekankan bahawa kemenangan besar semasa Perang Menentang Pencerobohan Amerika Syarikat dan Membantu Korea akan terus terukir dalam sejarah negara China dan sejarah keamanan, pembangunan dan kemajuan umat manusia.

Xi melaungkan kepentingan sejarah Perang Menentang Pencerobohan Amerika Syarikat dan Membantu Korea, yang merakamkan "perang hebat" menentang pencerobohan dan pengembangan imperialis dan melindungi keamanan China Baru.

Perang ini juga melindungi kehidupan damai orang-orang China, menstabilkan keadaan di Semenanjung Korea dan menegakkan keamanan di Asia dan dunia, katanya.

Lapan bulan selepas penubuhan Republik Rakyat China, Perang Korea tercetus pada bulan Jun 1950. Bahang perang tidak lama kemudian merebak ke Sungai Yalu, sungai yang menjadi sempadan China-DPRK dan mencetuskan huru-hara di Dandong, di wilayah Liaoning di timur laut China, dengan bangunan dibom dan orang awam terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat.

Pada ketika itu, China Baru memiliki angkatan bersenjata yang kurang dilengkapi, tiada pasukan udara dan angkatan laut yang mampu berperang. Namun, atas permintaan DPRK, tentera Sukarelawan Rakyat China (CPV) memasuki Semenanjung Korea pada Oktober 1950 untuk membantu DPRK sehingga gencatan senjata dicapai pada tahun 1953.

Presiden Xi mengatakan kemenangan itu merupakan pengisytiharan bahawa orang China telah berdiri teguh di Timur, sambil menambah bahawa kemenangan tersebut telah menjadi asas untuk status China Baru dalam hal ehwal Asia dan antarabangsa.

Meneruskan semangat CPV

Seramai 2.9 juta tentera CPV menyertai medan perang selama dua tahun sembilan bulan. Dan lebih daripada 197,000 daripada mereka terkorban dalam perang ini.

Xi memuji patriotisme hebat yang ditunjukkan oleh CPV dalam pertempuran mereka melawan musuh yang kuat, mendesak orang-orang China untuk meneruskan semangat tersebut di era baru ini dan berusaha untuk memberi nafas baharu kepada negara.

Xi menegaskan bahawa tentera CPV mempamerkan patriotisme, kepahlawanan, optimisme, kesetiaan mereka kepada misi dan juga semangat yang memperjuangkan keamanan dunia dan keadilan dalam perang. Semua ini harus diturunkan dari generasi ke generasi, tegas beliau.

Presiden China menambah bahawa kegigihan yang ditempa semasa perang akan memberi inspirasi kepada rakyat China dan seluruh negara untuk menentang hegemoni, bersatu dan meningkatkan kemampuan pertempuran dengan tekad untuk mengatasi semua cabaran dan kesulitan yang mereka hadapi.

Menjaga keamanan dunia

Dengan memperingati perang, China tidak berniat untuk terus membenci. Sebaliknya, inilah masanya untuk mendapat keberanian daripada sejarah untuk berani menghadapi cabaran baru hari ini dan menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia dengan lebih baik.

Xi dalam ucapan beliau menegaskan bahawa kemenangan dalam perang ini menunjukkan bahawa keadilan pasti akan mengatasi kekuasaan, dan pembangunan yang aman adalah trend bersejarah yang kekal.

Beliau menggesa usaha untuk menjaga keamanan dan keadilan dunia, dengan mengatakan China sebagai negara yang bertanggungjawab besar bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat dunia untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama bagi umat manusia.

China telah menegaskan bahawa ia menjalankan dasar pertahanan negara yang bersifat defensif. Presiden Xi juga menegaskan bahawa tentera China akan selalu menjadi kuasa yang setia menjaga keamanan dunia.

Xi juga mengatakan bahawa rakyat China menghargai perdamaian tetapi tidak akan berkompromi dalam menghadapi ancaman atau tunduk dengan penindasan.

"China tidak pernah mencari hegemoni atau peluasan dan tegas menentang hegemonisme dan politik kekuasaan," kata beliau, sambil menambah bahawa China tidak akan pernah membiarkan kepentingan kedaulatan, keselamatan dan pembangunan negaranya digugat.

Rakyat China tegas dan yakin sambil menantikan prospek yang cerah dalam memberikan nafas baharu kepada negara, tegas Xi.

Source: CGTN
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Public Interest