omniture

Pembukaan Besar-besaran Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-25

Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
2020-10-28 19:29 194

ZHONGSHAN, China, 28 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 22 Oktober 2020, upacara pembukaan Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) (GILF) China ke-25 yang bertemakan "Guzhen Lights up the World" (Guzhen Menerangi Dunia) telah diadakan secara besar-besaran di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen, Bandar Zhongshan, Wilayah Guangdong.

Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair
Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair

Dengan sokongan Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan, pameran tersebut ditaja bersama oleh Persatuan Industri Pencahayaan China (CALI) dan Bandar Guzhen - Ibu Kota Pencahayaan China, dan dianjurkan oleh Guzhen Lighting Expo Co., Ltd.

Pada 10 pagi, GILF ke-25 dibuka secara rasmi dengan dihadiri oleh pemimpin, tetamu, rakan sejawat industri dan rakan media. Pemimpin daripada Persatuan Industri Pencahayaan China (CALI), Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan dan Kerajaan Rakyat Bandar Guzhen berucap di upacara pembukaan.

Aktiviti-aktiviti berikutnya termasuk membaca Notis untuk Meneruskan Pemberian Gelaran "Ibu Kota Pencahayaan China" kepada Bandar Guzhen, Bandar Zhongshan dan Wilayah Guangdong dan Keputusan Pemberian Anugerah Reka Bentuk Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) 2020 dan mengadakan Upacara Pemberian Anugerah Reka Bentuk Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) 2020 dan Majlis Menandatangani Persatuan Industri Tiang Pintar Zhongshan.

Memacu Naik Taraf Industri dengan Pembuatan Pintar dan Reka Bentuk Asal

GILF menyediakan kawasan-kawasan pameran lain untuk pencahayaan kediaman pintar, pencahayaan dekorasi dalaman, pencahayaan kediaman, pencahayaan komersial, pencahayaan luar, pencahayaan khas, peralatan mekanikal dan aksesori pencahayaan. Ratusan produk LED dipamerkan di pameran tersebut, antaranya pencahayaan pintar yang menggunakan teknologi 5G, tiang pintar dan produk pencahayaan sihat yang merupakan bahan pameran utama bagi ramai pengeluar.

1+7 Tempat Menikmati Peningkatan Populariti dengan Menghimpunkan Perusahaan Terkenal

Tempat utama mengalu-alukan 845 perusahaan termasuklah Songpu Lighting, Yuefeng Lighting, Zhenhui Fire Technology, Sence Lighting, Mingjian Lighting, Chuanglite Lighting, Puye Lighting, Dark Energy Power, Zhongyi Lighting, dll.

Sub-tempat mengadakan acara masing-masing bersama dengan ribuan jenama pencahayaan. Pusat Ekspo Pencahayaan Lihe mengadakan Festival Beli-Belah Seni Pencahayaan Global dengan 517 pempamer. Huayi Plaza mengadakan Festival Beli-Belah Pencahayaan Global dengan 300 pempamer. Star Alliance mengadakan Persidangan Produk Baharu Musim Luruh 2020 untuk Jenama Star Alliance dengan 400 perusahaan besar. Lighting Era mengalu-alukan 110 pempamer, Besun Plaza mengalu-alukan 39 pempamer. Huayu Plaza, gedung lampu China, mengadakan Festival Budaya Pencahayaan China Musim Luruh 2020 bersama dengan 28 pempamer lampu China. Streetlight City mengalu-alukan 85 pempamer terkenal.

Hubungan yang Tepat Antara Pembeli Global dan Pempamer Dalam dan Luar Talian

GILF melancarkan "Hosted Buyer Program Go Online" untuk menampilkan trio pameran: pameran kilang, gerai di lokasi dan EZBUY berdasarkan laman web B2B Denggle.com, yang membolehkan pembeli luar negara yang tidak dapat mengunjungi pameran berkomunikasi dengan pembekal tanpa mengira kekangan masa dan ruang.

Kumpulan Pemikir Industri Menawarkan Pandangan Berguna di Forum-Forum Hebat

Forum termasuk Forum Pembangunan Industri Tiang Pencahayaan Pintar, Seminar tentang Kualiti dan Keselamatan Lampu untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di Wilayah Guangdong dan Kempen Promosi Kualiti Peralatan Elektrik Pencahayaan Hospital Guangdong, Forum Inovasi Pencahayaan Pertanian Pintar dan Persidangan Perintis LED ke-7 diadakan semasa pameran tersebut. Siri syarahan dalam talian tentang industri pencahayaan disiarkan melalui penstriman langsung di Cali-light.com secara serentak.

Mengekalkan kedudukan kukuh pada sumber industri pencahayaan, GILF telah menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pembeli di seluruh dunia. Dalam musim puncak pada bulan Oktober ini, GILF, dengan 1+7 tempat pameran yang merangkumi kawasan seluas 1,500,000 mp, akan mewujudkan masa depan yang cerah dengan industri pencahayaan di China.

Laman web: www.denggle.com

Facebook: @guzhenlightingfair

Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair
Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair

Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair
Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair

Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair
Grand Opening of the 25th China (Guzhen) International Lighting Fair

Source: Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Utilities Asian-related news Trade show news