omniture

Hikvision melaporkan hasil kewangan Q3 2020

Hikvision Digital Technology
2020-11-02 11:12 144

HANGZHOU, China, 2 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya, telah melaporkan hasil kewangannya untuk suku ketiga tahun 2020. Sepanjang suku tahun tersebut, Hikvision menjana pendapatan sebanyak RMB 17.75 bilion dengan peningkatan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 11.53%, dan untung bersih yang dapat diagihkan kepada pemegang saham syarikat adalah RMB 3.81 bilion, mencerminkan pertumbuhan YoY sebanyak 0.12%.

Hasil kewangan Q3 2020 Hikvision
Hasil kewangan Q3 2020 Hikvision

Dari Q1 2020 hingga Q3 2020, Hikvision mengumpulkan jumlah pendapatan sebanyak RMB 42.02 bilion dengan pertumbuhan YoY 5.48%, dan untung bersih terkumpul yang dapat diagihkan kepada pemegang saham adalah RMB 8.44 bilion, yang mewakili pertumbuhan YoY sebanyak 5.13%.

Data perakaunan utama hasil kewangan Q3 2020 Hikvision
Data perakaunan utama hasil kewangan Q3 2020 Hikvision

Di tengah keadaan sosial dan ekonomi global yang luar biasa, Hikvision mencapai pertumbuhan kukuh dalam tiga suku pertama tahun 2020. Melangkah ke hadapan, Hikvision akan terus mengoptimumkan operasi, terus berinovasi dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk mengatasi ketakpastian dan mengekalkan perkembangan yang stabil.

Untuk laporan kewangan penuh Q3 2020, sila klik di sini.

Tentang Hikvision

Hikvision merupakan penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya. Menampilkan tenaga kerja R&D yang meluas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian penuh produk dan penyelesaian yang menyeluruh untuk pelbagai pasaran menegak. Sebagai tambahan kepada industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya ke dalam industri teknologi pintar, automasi industri, dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Dengan komitmen penuh terhadap kualiti dan keselamatan produknya, Hikvision mendorong rakan-rakannya untuk memanfaatkan pelbagai sumber keselamatan siber yang ditawarkan, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Earnings