omniture

HUAWEI CLOUD Meeting: Kolaborasi Pintar - Bila-bila masa, Di Mana-mana, Daripada sebarang Peranti

HUAWEI CLOUD
2020-11-05 18:23 1980

Tingkatkan Pengalaman Mesyuarat Anda. Benar-benar Lebih Baik.

SINGAPURA, 5 November 2020 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan HUAWEI CLOUD Meeting, penyelesaian persidangan video global dengan senario-penuh, selamat dan andal yang membawakan audio yang jelas serta video definisi tinggi (HD). Disokong oleh inovasi teknologi Huawei selama 30 tahun, penyelesaian ini memanfaatkan teknologi HUAWEI CLOUD dengan sinergi awan-peranti yang bersepadu erat. Ini mendayakan mesyuarat secara dalaman dan luaran yang berkesan untuk sehingga 1,000 peserta serentak - pada bila-bila masa, di mana-mana, melalui Internet, daripada sebarang terminal mahupun peranti.

Direka bentuk untuk komunikasi yang cekap dan kolaborasi pintar, HUAWEI CLOUD Meeting memberikan pengalaman mesyuarat ultra-HD, stabil dan lancar yang selamat serta andal. Mudah diurus dengan kawalan pintar yang mudah, ia menawarkan API berciri terbuka sepenuhnya yang bersepadu mudah dengan aplikasi pihak ketiga dan platform web - memperkasakan mesyuarat awan natif satu-klik untuk kolaborasi bergerak yang mudah. Reka bentuk revolusionernya diiktiraf oleh anugerah Red Dot 2020.

Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan keperluan untuk kekal terhubung bersama pekerja, pelanggan dan rakan kongsi jarak jauh melalui platform mesyuarat video yang selamat bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pertumbuhan berterusan. HUAWEI CLOUD Meeting mentakrifkan semula pengalaman persidangan digital dengan kolaborasi semua-senario merentas pelbagai aplikasi industri bermula dengan kewangan digital, teleperubatan, pendidikan pintar sehinggalah kerajaan digital dan banyak lagi.

Daniel Zhou, Presiden Awan & AI, Huawei APAC berkata, "Memberi tumpuan bagi merevolusikan pengalaman mesyuarat, HUAWEI CLOUD Meeting ingin menjadikan komunikasi jarak jauh selancar komunikasi secara bersemuka. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan terus melabur dalam keupayaan audio dan video teras bagi memudahkan kolaborasi, meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepatkan proses membuat keputusan."

Mentakrifkan Semula Pengalaman Mesyuarat dengan Teknologi Revolusioner.
HUAWEI CLOUD Meeting memberikan mesyuarat awan natif yang lancar dan stabil untuk komunikasi dan kolaborasi yang berkesan.

Sorotan Utama Teknologi:

- Sebelum mesyuarat: Pewujudan, Pemberitahuan dan Penyertaan Mesyuarat yang Mudah

  • Pengendalian pintar dan mudah: Menjadualkan mesyuarat dengan mudah melalui HUAWEI CLOUD Meeting PC Client atau aplikasi mudah alih pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Menghantar pemberitahuan mesyuarat secara automatik kepada peserta dengan pautan mesyuarat, kod QR atau ID mesyuarat bagi tujuan penyertaan satu-klik yang mudah. Mengawal perjumpaan secara berpusat daripada pelbagai terminal untuk menambah peserta, melaksanakan panggilan nama, menyiarkan mesej, memindahkan hos dan banyak lagi.

- Semasa Mesyuarat: Komunikasi dan Kolaborasi Lancar

  • Pengalaman mesyuarat yang lancar dan stabil dengan kualiti video serta audio yang utama: Mod video definisi tinggi (HD) 1080p natif dan keupayaan perkongsian dokumen ultra-HD (UHD) 4k, disokong oleh teknologi anti-getaran. Sejumlah 12 mikrofon menggunakan teknologi pembentukan alur dan teknologi bunyi tepat jalur-penuh untuk menerima suara manusia dengan jarak jejari lebih 8-meter. Disokong oleh teknologi kod audio Opus dan teknologi penyembunyian ralat luar biasa bagi memberikan kualiti audio yang hebat dengan 80% penyembunyian kehilangan paket (PLC) audio dan 30% PLC video dengan kependaman hujung-ke-hujung ultra-rendah kurang daripada 200ms bagi menyingkirkan video yang tidak jelas, kekakuan bingkai dan maklum balas audio - memberikan pengalaman mesyuarat yang lebih kemas, lebih jelas dan lebih lancar untuk sehingga 1,000 peserta dalam talian serentak.
  • Kawalan dan Kolaborasi Berkesan dengan Sinergi Awan-Peranti: Perkongsian dan pemindahan data satu-klik yang intuitif antara komputer peribadi (PC), telefon bimbit, tablet, terminal bilik mesyuarat dan TV pintar. Menyokong penayangan dokumen, audio dan video tanpa wayar yang ultra-pantas dengan hasil terbaik. Mendayakan anotasi kolaboratif untuk mesyuarat yang lebih cekap. Mengawal mesyuarat secara berpusat bagi melihat butiran akses peserta, memanggil peserta, mendiamkan atau menyingkirkan peserta. Mendayakan pengaktifan suara untuk memaparkan pembesar suara pada suapan besar.
  • Akses dan penghantaran yang selamat: Perlindungan komprehensif untuk Awan dan akses peranti; perkongsian dan penghantaran data disokong oleh proses yang dipercayai bermula dengan kawalan proses reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan sehinggalah pemantauan data operasi dan pengurusan (O&M). Memastikan kedaulatan data dengan pengasingan data tika dan penyulitan AES265 kenalan dan rakaman mesyuarat.

- Pasca Mesyuarat: Terus Memberi Inspirasi

  • Penyimpanan minit mesyuarat yang cekap: Memanfaatkan sepenuhnya papan putih pintar dengan mengimbas kod QR melalui HUAWEI CLOUD Meeting pelanggan bagi menyimpan minit mesyuarat dengan cekap dan mula melaksanakan tugasan mesyuarat - tanpa mengambil foto skrin atau menyalin nota mesyuarat.

- Kolaborasi Lebih Pintar dengan Huawei IdeaHub : Bersepadu lancar di luar kotak dengan HUAWEI IdeaHub, tawaran unik Huawei IdeaHub memenangi anugerah dan HUAWEI CLOUD Meeting menggabungkan teknologi-teknologi utama - bermula dengan persidangan video yang mudah, prestasi audio yang jelas sehinggalah AutoFrame - untuk memberikan sinergi awan-peranti, semua-senario bagi komunikasi dan kolaborasi yang lebih pintar dan lebih cekap.

Merangka Semula Kolaborasi. Mentakrif Semula Komunikasi.
Dalam pasaran yang bergerak pantas pada masa kini, mesyuarat tradisional memberi laluan kepada mesyuarat berasaskan awan untuk mengadakan kolaborasi di mana-mana sahaja bagi membincangkan idea baharu, membuat keputusan dengan cepat dan melaksanakan rancangan dengan pantas. Tatkala perniagaan mengemudi pasaran yang sangat disruptif, HUAWEI CLOUD Meeting mencipta peluang-peluang baharu menerusi teknologi kalis masa depan yang dapat mendorong tahap baharu bagi komunikasi dan kolaborasi. Untuk mencuba HUAWEI CLOUD Meeting, anda boleh menuntut kupon USD100 PERCUMA di https://rebrand.ly/hwCM1fb

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news