omniture

Megvii percepat pelancaran antarabangsa penyelesaian akses pintar Koala

Megvii
2020-11-16 14:58 1396

BEIJING, 16 November 2020 /PRNewswire/ -- Megvii Technology Limited mengumumkan penggunaan penyelesaian akses pintar berasaskan pengecaman wajahnya, Koala, di Thailand, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu pelanggan perusahaan antarabangsa meningkatkan keselamatan dan mengukuhkan tahap sekuriti dalam persekitaran komersial dan pejabat. Ini merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha Syarikat untuk membantu perniagaan di seluruh dunia mempercepatkan transformasi digital mereka dengan AI.

Penyelesaian Koala direka bentuk untuk menyokong pelanggan perusahaan dalam mengesahkan dan mengawal akses ke lokasi peribadi dan kawasan larangan seperti bangunan pejabat, kampus sekolah dan kawasan halaman kediaman. Dikuasakan oleh algoritma proprietari Megvii, penyelesaian ini membolehkan pengesahan dan pendaftaran pantas kakitangan yang dibenarkan dan menyokong fungsi-fungsi seperti penjejakan kehadiran serta pendaftaran dan pengurusan pelawat.

Lokasi-lokasi luar negara yang telah memasang Koala baru-baru ini termasuk:

  • Hug Gym, Chiang Mai, Thailand: Megvii menyesuaikan dan menyusun atur penyelesaian akses pintar komprehensif yang membolehkan pengurus gimnasium memantau dan mengawasi kawasan resepsi dengan mudah, termasuk mendayakan pengesahan wajah satu-dengan-satu untuk pekerja dan ahli gimnasium berdaftar. Penyelesaian ini turut merangkumi amaran masa sebenar bagi memberi isyarat akses yang tidak dibenarkan ke dalam premis.
  • SEB High School, Brazil: Megvii melaksanakan penyelesaian Koala untuk meningkatkan tahap keselamatan dan sekuriti kampus, membolehkan pengesahan wajah satu-dengan-satu dan pengesahsahihan identiti pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan sekolah yang lain. Sistem ini juga dapat mengesan dan memberi isyarat akses dengan pantas oleh individu-individu yang tidak dibenarkan.
  • Salah Satu Pembina Pelantar Minyak Terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE): Penyelesaian Koala digunakan untuk membolehkan pengesahsahihan yang cekap terhadap lebih 20,000 pekerja dan pelawat berdaftar. Ini juga dapat menghapuskan keperluan untuk pekerja menggunakan kad akses atau pengesahsahihan cap jari, yang boleh memakan masa lebih lama berbanding pengesahan wajah satu-dengan-satu, terutamanya dalam persekitaran operasi lapangan yang mencabar.

Tentang Megvii

Ditubuhkan pada tahun 2011, Megvii ialah sebuah syarikat AI bertaraf dunia dengan kecekapan teras dalam bidang pembelajaran mendalam. Memanfaatkan platform produktiviti AI proprietarinya Brain++, Megvii memfokuskan tiga vertikal utama: IoT Peribadi, IoT Bandar dan IoT Rantaian Bekalan. Megvii menyediakan penyelesaian lengkap kepada pelanggan, mengintegrasikan algoritma, perisian dan perkakasan serta peranti IoT diperkasakan AI.

Source: Megvii
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications