omniture

INCA Internet berkembang ke India dan Asia Tenggara dengan nProtect AppGuard

INCA Internet Co. Ltd.
2020-11-17 08:58 200

SEOUL, Korea Selatan, 16 November 2020 /PRNewswire/ -- INCA Internet Co., Ltd, vendor penyelesaian keselamatan dalam talian dan mudah alih terkemuka yang beribu pejabat di Korea Selatan, hari ini mengumumkan pengembangannya ke India dan Asia Tenggara dengan penyelesaian keselamatan aplikasi mudah alih utama mereka, nProtect AppGuard. Baru-bau ini, syarikat ini telah bekerjasama dengan Codec Networks di New Delhi, India dan turut merancang untuk melaksanakan kontrak rakan kongsi baru di negara-negara Asia Tenggara untuk memastikan bahawa aplikasi mudah alih adalah selamat dan dilindungi, terutama dalam industri permainan mudah alih dan perkhidmatan kewangan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permainan menjana wang sebenar menjadi semakin popular. Lebih ramai penipu sanggup menggunakan pelbagai alat menipu untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil berbanding pihak lawan, yang mungkin akhirnya membawa kepada kegagalan perniagaan. Di samping itu, kerana kelemahan pengekodan dan kerentanan kod sumber aplikasi, maklumat pengguna boleh dibocorkan melalui aplikasi yang dipakej semula. Penjenayah boleh mencuri wang mangsa dengan menggunakan perakuan pengguna yang dicuri. Ini boleh menjadi masalah yang sangat serius kerana jumlah pengguna perbankan mudah alih sedang berkembang pesat.

Untuk membantu menyelesaikan masalah ini, INCA Internet telah melancarkan lebih banyak penambahbaikan untuk melindungi aplikasi mudah alih daripada teknik penyahpepijatan atau penggodaman seperti magisk, makro dan auto-klik.

nProtect AppGuard merupakan penyelesaian keselamatan dalam aplikasi mudah alih yang merangkumi keupayaan anti-penipuan, anti-pemalsuan dan penguatan seperti anti-penyahpepijatan, anti-pelagakan dan penyulitan. 

nProtect AppGuard merupakan penyelesaian Perlindungan Aplikasi. Melindungi aplikasi Mudah Alih terhadap penipu.
nProtect AppGuard merupakan penyelesaian Perlindungan Aplikasi. Melindungi aplikasi Mudah Alih terhadap penipu.

Pada masa ini, ia menyediakan pelbagai jenis permainan mudah alih, perkhidmatan kewangan, e-dagang dan perkhidmatan aplikasi sektor awam di dalam dan di luar negara. Sebilangan pelanggan yang menggunakan penyelesaian keselamatan nProtect merupakan syarikat global seperti Sega, Bandai Namco, Line games dan syarikat perkhidmatan kewangan peringkat atas yang lain.

Tentang INCA Internet

Ditubuhkan pada Januari 2000, nProtect, juga dikenali sebagai INCA Internet, beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan dan menyediakan keselamatan perbankan/pembayaran dalam talian dan mudah alih kepada institusi kewangan, syarikat permainan dan agensi awam. Lebih daripada 100 juta pengguna titik akhir dari lebih daripada 1,000 organisasi bergantung kepada penyelesaian keselamatan nProtect untuk melindungi komputer dan peranti mudah alih mereka daripada perisian hasad, pancingan data, dan sejumlah ancaman keselamatan yang lain. Syarikat fintech dan permainan global seperti Sega, Bandai Namco, Line games, Bank of America, Deutsche Bank dan HSBC mempercayai dan menggunakan penyelesaian keselamatan nProtect.

Untuk maklumat lanjut, hubungi INCA Internet Co., Ltd.

 

Source: INCA Internet Co. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications