omniture

MSCI ESG Rating Shanghai Electric Dinaik Taraf ke BB, Tonjolkan Peningkatan Berterusannya terhadap Pembangunan ESG

Shanghai Electric
2020-11-18 00:31 202

SHANGHAI, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan penyepaduan yang terkemuka di dunia,  telah diberi penaiktarafan kepada BB untuk MSCI ESG Rating, memandangkan Syarikat telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan penyelesaian tenaga baharu dan pengurusan buruhnya.

Shanghai Electric memberi tumpuan untuk membangunkan strategi ESGnya, yang merujuk kepada faktor-faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat bagi mengukur kelestarian syarikat dan kesan masyarakat ke atas pelaburan. Tahun lalu, Syarikat ini menubuhkan jawatankuasa pengurusan ESG, mengutamakan langkah-langkah ESG dalam strategi keseluruhannya dan memasukkan jawatankuasa ini ke dalam struktur tadbir urus korporatnya.

Langkah MSCI untuk menaik taraf pemeringkatan ESG Shanghai Electric kepada BB menggambarkan nilai perlindungan alam sekitar Syarikat yang telah lama bertapak dan penglibatannya dalam bidang teknologi bersih boleh diperbaharui. Melihatkan penglibatannya dalam tenaga boleh diperbaharui serta penyimpanan tenaga dan grid pintar, Syarikat "bersedia untuk memanfaatkan langkah China bagi meningkatkan tenaga bersih dan rendah karbon sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengehadkan emisi karbon menjelang tahun 2030," seperti yang disebut dalam laporan pemeringkatan MSCI.

Keputusan interim Shanghai Electric menekankan usahanya dalam pembangunan ESG. Dalam separuh pertama tahun berkenaan,  ia mencapai peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 40.75% bagi pesanan baharu untuk gabungan antara peralatan tenaga, perkhidmatan penyepaduan dan peralatan industri. Dalam peralatan tenaga baharu, pesanannya untuk peralatan kuasa angin meningkat sebanyak 505.9% berbanding tahun sebelumnya.

MSCI memberi penilaian positif terhadap perniagaan Shanghai Electric dalam teknologi bersih. MSCI menyatakan dalam laporan berkenaan bahawa Syarikat tersebut mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam pasaran teknologi bersih sebahagian besarnya disebabkan oleh penglibatannya dalam teknologi penjanaan kuasa nuklear termaju; haba lampau genting berasaskan arang batu, penjana kuasa IGCC turbin gas; peralatan penjanaan kuasa angin dan solar; dan grid pintar, serta rawatan air sisa.

Bagi memastikan pengeluaran yang stabil dan berkualiti serta kesihatan fizikal dan mental  pekerjanya, Shanghai Electric membina sistem pengurusan buruh yang mantap. Penginapan untuk kakitangan luar negara, yang menawarkan mereka tempat yang selamat untuk bekerja dengan cekap dan mendapat rehat yang secukupnya di tengah-tengah pandemik COVID-19, diwujudkan.

Shanghai Electric turut mementingkan keselamatan pekerjanya. Sejak Januari tahun ini, Syarikat tersebut bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk menubuhkan pasukan pakar pencegahan dan kawalan virus untuk melindungi kakitangan semasa bekerja di lapangan seperti kakitangan ambilan tempatan di Dubai dan Bangladesh bagi menerima lembaran fakta dan buku panduan penasihat dengan latihan keselamatan di lapangan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

MSCI menyatakan dalam laporan tersebut bahawa Shanghai Electric "kurang berkemungkinan mengalami gangguan aliran kerja ekoran keresahan buruh atau penurunan produktiviti yang disebabkan oleh tahap kepuasan kerja yang rendah."

Sementara itu, Shanghai Electric berusaha untuk mengutamakan pembaharuan pendigitalannya. "Kami aktif membentuk dan melaksanakan pembaharuan dalaman untuk menuju digital dan pintar ketika kami berusaha untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh rakan antarabangsa kami,"  kata Cheng Yan, Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar Shanghai Electric Digital Technology Co., Ltd.

Pencapaian terkini Syarikat dalam pendigitalan termasuk platform SEunicloud yang dinaik taraf, yang memenangi anugerah kecerdasan industri yang pertama di dunia di Sidang Kemuncak Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2020 awal tahun ini. Dilengkapi dengan penyelesaian rantaian bekalan pintar yang dihasilkan untuk memadankan pengeluaran kilang terus dengan permintaan loji janakuasa, platform sehenti berkenaan diwujudkan untuk memperkasa operasi kuasa angin pintar, operasi kuasa terma jarak jauh, penyelenggaraan alat mesin, penyimpanan dan pengagihan tenaga.

Berdasarkan segala usaha kelestariannya, Shanghai Electric akan menyepadukan lagi langkah-langkah ESG ke dalam operasi perniagaannya untuk menambah baik amalan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya secara komprehensif untuk tahun-tahun akan datang.

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities Workforce Management/Human Resources