omniture

Xinhua Sports: Separa Maraton Yiwu 2020 bermula, membawa semangat baru kepada pembangunan bandar

Xinhua Sports
2020-11-18 17:30 181

YIWU, China, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita dari Xinhua Sports:

10,000 pelari berlari melalui bandar Yiwu.
10,000 pelari berlari melalui bandar Yiwu.

Pada pukul 8 pagi bertarikh 15 November 2020, Separa Maraton Yiwu bermula. Lebih 10,000 pelari menyertai tiga acara utama iaitu separa maraton, maraton mini dan maraton ibu/bapa-anak. Selepas perlumbaan yang sengit, Cao Tianxiang telah memenangi separa maraton lelaki dengan catatan masa 1:07:50, dan Zhao Na pula telah memenangi separa maraton wanita dalam masa 1:17:18.

Yiwu Marathon telah berjalan selama 6 tahun, dengan tahap perlumbaan dipertingkatkan secara berterusan. Pada tahun 2019, Maraton Yiwu memenangi gelaran Acara Pingat Emas Persatuan Olahraga China.

Bertemakan "Jalan Sutera Baharu, Mula Berlari", acara ini telah menarik lebih daripada 10,000 pelari. Selain daripada laluan biasa tahun-tahun sebelumnya, tahap Taman Botani Yiwu telah ditambah. Setelah melalui Pelabuhan Yiwu, para peserta akan sampai ke Taman Botani Yiwu dari Jalan Utara Xicheng, menempuh perjalanan sejauh 4 kilometer di "Paru-paru Hijau Bandar", dan kemudian mengikuti jalan utama, Shangcheng Avenue untuk kembali ke garisan penamat.

Tambahan baharu tahap taman botani merupakan titik utama untuk mempromosikan Yiwu. Pelari dapat melihat bahawa Yiwu bukan hanya sebuah pasar borong yang besar, tetapi juga sebuah bandar ceria yang seronok dan menyenangkan untuk didiami. Maraton ini telah menunjukkan imej Yiwu sebagai bandar "Zon Perdagangan Bebas", mempromosikan integrasi perniagaan dan sukan Yiwu, dan membawa semangat baharu dalam pembangunan Yiwu.

Yiwu bukan sekadar ibu kota komoditi terkenal di dunia, tetapi juga kota moden yang sedang berkembang pesat. Hari ini, Yiwu telah berganding dengan lebih daripada 2 juta perusahaan kecil, sederhana dan mikro, lebih daripada 20 juta pekerja industri di seluruh negara, dan saling berhubung dengan entiti perniagaan tahap trilion.

Sebagai salah satu jendela penting bagi pembaharuan dan keterbukaan China, Yiwu telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih daripada 200 buah negara dan wilayah. Laluan kereta api Yiwu-Xinjiang-Eropah sepanjang 13,052 kilometer membawa puluhan ribu barangan Yiwu, yang dijual di seluruh dunia.

Source: Xinhua Sports
Keywords: Sporting Events Sports New products/services