omniture

Philip Wong menyertai Vasayo sebagai Presiden Wilayah Greater China

Vasayo
2020-11-24 00:00 93

PLEASANT GROVE, Utah, 24 November 2020 /PRNewswire/ -- Vasayo dengan sukacitanya mengumumkan Philip Wong sebagai Presiden baharu Wilayah Greater China. Wong menyertai Vasayo dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam melonjakkan penjualan serta menguruskan operasi perniagaan dan hubungan dengan kerajaan untuk beberapa jenama yang ternama dalam jualan langsung. 


"Saya sangat teruja untuk menyertai Vasayo dan saya komited untuk membangunkan legasi Vasayo di Asia, terutamanya di China," kata Wong. "Pengasas Vasayo, Dallin Larsen telah menjadi mentor saya sejak tahun 1997 dan saya amat bersyukur atas peluang membantu Rakan Jenama Vasayo mencipta pertumbuhan dan kejayaan bersama Dallin untuk tahun-tahun yang akan datang."

Dengan reputasi sebagai seorang yang telah melakukan pelbagai usaha dalam memajukan industri kami di Asia, Wong ialah seorang penilai yang bijak dalam mengembangkan selok-belok industri jualan langsung, mempunyai pendekatan kerja melalui kedua-dua perspektif korporat dan bidang penjualan. Keupayaannya untuk memupuk dan menarik kepemimpinan melalui pendekatan "Rakan Jenama didahulukan" bersesuaian dengan pengetahuannya yang luas dalam sistem penjualan, operasi dan logistik serta kepintarannya dalam mengenal pasti peluang-peluang pertumbuhan dan membentuk pasukan yang berkebolehan.

Sebagai Presiden Wilayah Greater China, Vasayo, Wong akan memantau operasi perniagaan di Hong Kong, Taiwan, Jepun, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, dan Australia. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat Perniagaan dari Universiti Utah State.

"Tidak ada sesiapa yang lebih saya percayai daripada Philip Wong dalam menjalankan tugas yang amat penting ini dan saya amat berbesar hati apabila beliau menerima tawaran untuk menjadi Presiden bagi Wilayah Greater China kami," kata Dallin Larsen, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Vasayo. "Saya telah mengenali Philip selama lebih daripada 23 tahun dan berpeluang bekerja dengannya pada tahun 1990-an dan saya dapat mengatakan bahawa hari ini adalah hari yang amat bermakna untuk Vasayo. Saya meletakkan harapan yang besar bahawa di bawah kepimpinannya, Vasayo akan menjadi sebuah syarikat legasi yang memberi kesan positif kepada ratusan ribu malahan berjuta-juta orang di seluruh pelosok dunia yang mengagumkan ini."

Tentang Vasayo
Vasayo ialah sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Pleasant Grove, Utah. Bagi orang-orang yang mempunyai kepercayaan dalam mencari kehidupan yang bermakna, kami menghasilkan produk-produk yang mempromosikan kesejahteraan, meningkatkan kecantikan dan menyokong pembaharuan setiap hari. Melalui sains kami, kami memaksimumkan penghantaran nutrien ke tubuh manusia menggunakan teknologi liposomal serta sistem penghantaran canggih yang lain. Dan melalui misi kami untuk menghargai 1 juta nyawa, kami memperkasakan Rakan Jenama kami untuk membawa perubahan kepada dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari vasayo.com. Ikuti Vasayo di Facebook atau Instagram.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1340095/philip_wong.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/828211/VasayoLogoVertical_Logo.jpg?p=medium600

Source: Vasayo
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Personnel announcements