omniture

Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing) 2020: Mempertingkatkan Kesalinghubungan Kewangan, Menyumbang kepada dan Berkongsi Manfaat CCI-ILSTC

China-Singapore (Chongqing) Connectivity Initiative Financial Summit 2020
2020-11-27 09:46 115

CHONGQING, China, 27 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Pada petang 23 November 2020, Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing) 2020 bermula di Chongqing dan Singapura. Bertemakan "Enhancing Financial Connectivity, Contributing to and Sharing Benefits of the CCI-ILSTC" (Mempertingkatkan Kesalinghubungan Kewangan, Menyumbang kepada dan Berkongsi Manfaat CCI-ILSTC), sidang kemuncak tersebut menyediakan platform dalam talian dan juga luar talian kepada hampir 200 elit kewangan dari China, Singapura dan negara ASEAN untuk berkongsi pandangan mereka tentang kerjasama kewangan rentas sempadan, kewangan hijau, teknologi kewangan, ekonomi digital dan prospek kerjasama di kalangan negara Asia Timur untuk pembukaan pasaran, pembangunan ekonomi digital, peningkatan kesalinghubungan kewangan dan tindak balas terhadap perubahan iklim.

Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing) 2020 bermula di Chongqing dan Singapura.
Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing) 2020 bermula di Chongqing dan Singapura.

Tang Liangzhi, Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa CPC Chongqing dan Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing menyampaikan ucapan di sidang kemuncak tersebut. Beliau berkata bahawa sepanjang beberapa tahun lalu, dengan bergantung kepada Inisiatif Demonstrasi untuk Kesalinghubungan Strategik (CCI) China-Singapura (Chongqing), ia telah melakukan banyak usaha untuk memajukan kerjasama kewangan "titik ke titik" dengan Singapura dan memudahkan kesalinghubungan "secara bersemuka" antara barat China dan negara-negara ASEAN, untuk membangunkan sebuah pusat kewangan antarabangsa di barat pedalaman China dengan negara-negara ASEAN di dalam orbitnya. CCIFS bukan sahaja merupakan projek mercu tanda CCI, ia juga sebuah platform yang memudahkan perbincangan kewangan dan kerjasama antara barat China dan negara-negara ASEAN. Datuk bandar Tang juga melahirkan harapan ikhlasnya untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dari sektor kewangan China dan antarabangsa untuk merebut peluang ini bagi mencapai perjanjian kerjasama ekonomi yang menyeluruh, untuk mempereratkan kerjasama, membangunkan bersama Chongqing menjadi sebuah pusat kewangan antarabangsa di pedalaman China, membina Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu (ILSTC) melalui perundingan ekstensif dan mempromosikan CCI untuk memperoleh hasil yang ketara.

Josephine Teo, Menteri Tenaga Kerja dan Menteri Kedua untuk Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, menyampaikan ucapan pada upacara pembukaan. Beliau berkata bahawa China dan juga ASEAN menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, dan kami berharap untuk menjadikan sidang kemuncak ini sebagai satu peluang untuk mempereratkan kerjasama kami berkenaan kesalinghubungan kewangan, dan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan ILSTC, untuk merealisasikan potensi pembangunan ekonomi serantau.

Source: China-Singapore (Chongqing) Connectivity Initiative Financial Summit 2020
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology