omniture

Risen Energy Sediakan Modul PV 5.2MWDC untuk Ladang Solar Vayots Arev-1 di Armenia

Risen Energy Co., Ltd
2020-11-30 08:30 296

NINGBO, China, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Ladang Solar Vayots Arev-1, terletak di wilayah Vayots Dzor di bahagian tenggara Armenia, telah disambung ke grid. Risen Energy menyediakan 144 modul dwikaca dwimuka mono PERC JAGER PLUS mereka dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 5.2MWDC untuk projek berkenaan. Pemaju dan EPC projek berkenaan ialah Optimum Energy LLC – rakan kongsi tempatan dan pengedar eksklusif Risen Energy di wilayah berkenaan.

Ladang Solar Vayots Arev-1 di Armenia
Ladang Solar Vayots Arev-1 di Armenia

Ladang Solar Vayots Arev-1 ialah projek berskala besar pertama yang disambungkan ke grid di Armenia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga luar, kerajaan Armenia telah memanfaatkan sumber solar uniknya dan juga kelebihan lokasi bagi membawa hala tuju strategik negara berasaskan tenaga bersih.  Kerajaan ini juga merangka garis panduan pembangunan, memperkenalkan dasar keutamaan dan sokongan serta aktif menggalakkan pembangunan industri tenaga boleh diperbaharui.  Kerajaan Armenia melaksanakan selanjutnya strategi negara dengan jayanya melalui sambungan grid ladang solar.

Sebagai peneraju PV global, Risen Energy mengekalkan pandangan jauh terhadap pasaran baru muncul PV global dengan menyediakan produk mereka yang berkualiti tinggi. Risen Energy meneruskan komitmennya terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi teras seperti MBB, dwimuka, HJT dan lain-lain.

Peranan Risen Energy dalam membantu sambungan grid ladang solar terbesar Armenia bukan sahaja akan dapat menyampaikan lebih banyak tenaga bersih ke kawasan setempat, tetapi turut meningkatkan pengaruh jenama mereka dalam pasaran luar negara yang lain. Pada masa akan datang, Risen Energy akan terus menyediakan produk cekap yang berkualiti tinggi dan dengan perkhidmatan tersuai bertaraf profesional, lantas menyumbang kepada kemajuan teknologi dan pembangunan industri berkenaan.

 

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts