omniture

Country Garden Forest City sekali lagi raih Asian Townscape Jury's Award 2020

Country Garden Forest City
2021-01-08 22:46 1083

JOHOR BAHRU, Malaysia, 8 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, pemenang-pemenang Asian Townscape Awards 2020 telahpun diumumkan. "Sistem Kitaran Air & Konsep Bandar Span" Country Garden Forest City menonjol dalam kalangan peserta dan sekali lagi meraih Asian Townscape Jury's Award 2020, menunjukkan pengiktirafan tinggi daripada komuniti antarabangsa terhadap usaha-usaha oleh Forest City ke arah pembangunan ekologi mampan.

Dilaporkan bahawa ini merupakan julung kalinya pihak jawatankuasa penganjur mengumumkan senarai pemenang dalam format maya sejak penampilan sulungnya. En. Atsushi Koresawa, Pengarah untuk Pejabat Serantau UN-Habitat Asia dan Pasifik, Fukuoka, Jepun berkata bahawa beliau amat kagum dengan piawaian tinggi semua permohonan bagi tahun 2020. "Kesemuanya menunjukkan pendekatan bertumpu manusia dan dipacu kemampanan bagi meningkatkan kualiti persekitaran di kawasan kejiranan dan komuniti mereka." Beliau menambah, "Pendekatan seperti ini kini lebih diperlukan berbanding sebelum ini memandangkan bandar-bandar di seluruh dunia berusaha untuk pulih daripada keadaan kecemasan kesihatan awam dan krisis sosioekonomi yang kita hadapi pada masa kini."

10 pagi 16 Disember 2020, Waktu Beijing, pemenang 2020 Asian Townscape Awards diumumkan, projek Forest City yang meraih kemenangan
10 pagi 16 Disember 2020, Waktu Beijing, pemenang 2020 Asian Townscape Awards diumumkan, projek Forest City yang meraih kemenangan

Dilancarkan pada tahun 2015, Forest City kini menyambut ulang tahun ke-5nya. Hari ini, syarikat ini telah mengalami transformasi perniagaannya bermula daripada pemaju bandar menjadi pengendali bandar dan sedang berusaha untuk membangunkan Forest City menjadi sebuah bandar bersepadu yang mesra alam dan berbilang budaya, bandar hijau, bandar pintar, bandar selamat dan bandar bersepadu industri. Sebagai penyokong "Bandar Span", Forest City telah membina 4 loji rawatan kumbahan dengan jumlah kapasiti mencecah kira-kira 170,400 P.E. Selepas sistem rawatan kumbahan ekologi termaju dan rawatan tanah lembap, kualiti air efluen mampu memenuhi piawaian KELAS II B, iaitu lebih tinggi berbanding piawaian pelepasan biasa di Malaysia. Seterusnya, efluen berkenaan akan digunakan untuk pengairan taman atas bumbung, tumbuh-tumbuhan menegak, landskap luar selain pengumbahan tandas awam dan sebagainya. Pada masa kini, kebanyakan air untuk pengairan di Forest City berpunca daripada air tebus guna. Pada masa akan datang, penyahgaraman akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber air.

En. Sato Masaru, Pengerusi jawatankuasa pengadilan ATA, berkata bahawa tahap kesukaran pengadilan merupakan yang tertinggi bagi tahun 2020, maka pihak jawatankuasa menerima pakai piawaian pengadilan dua dimensi, yang menilai penyerahan mengikut skala fizikal serta skala masa. "Semua kes mempunyai tema penting dan telah berusaha dengan baik. Saya percaya bahawa kami melakukan apa yang diperlukan dan bernilai buat semua negara Asia dan Era seterusnya."

Forest City memenangi "2020 Asian Townscape Jury's Award"
Forest City memenangi "2020 Asian Townscape Jury's Award"

Asian Townscape Awards bersama-sama ditubuhkan oleh pejabat Asia Pasifik UN-HABITAT, Asian Habitat Society, Fukuoka Asian Urban Research Center dan Asian Townscape Design Society pada tahun 2010. Setelah 11 tahun menjalani pembangunan, 118 bandar atau projek di 12 negara atau wilayah telah memenangi anugerah tahunan Asian Townscape Awards.

 

Source: Country Garden Forest City
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Travel Awards