omniture

Dokumentari CMG tunjukkan peranan kepimpinan Xi dalam usaha perangi COVID-19 dan pembasmian kemiskinan

CCTV+
2021-01-12 03:34 175

BEIJING, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Sebuah filem dokumentari yang baru dilancarkan oleh China Media Group (CMG) menunjukkan sejauh mana China, di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping telah mengemudi haluannya menempuh detik dan cabaran luar biasa yang dibawa oleh COVID-19.

Bahagian pertama daripada filem dua bahagian ini mempersembahkan perjuangan China untuk mendorong kerjasama global yang lebih besar dalam usaha memerangi COVID-19, menunjukkan seruan tegas daripada Presiden Xi bagi mewujudkan komuniti kesihatan global, menyediakan bekalan bantuan kepada negara-negara yang memerlukan dan memastikan agar semua vaksin dijadikan produk awam global.

Bahagian kedua daripada filem dua bahagian ini mendedahkan bagaimana Presiden Xi memimpin rakyat Cina untuk mengatasi kesukaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan meneruskan matlamat negara yang bercita-cita tinggi untuk membasmi kemiskinan menjelang akhir tahun ini.

Filem ini menunjukkan keazaman tinggi yang dipegang oleh Xi untuk mara ke hadapan dalam usaha pembasmian kemiskinan biarpun dengan halangan yang jelas dan memperincikan sejauh mana negara ini mengambil langkah-langkah baharu serta mencipta peluang-peluang baharu dan bukannya dihalang oleh krisis global yang belum pernah terjadi sebelum ini.
https://youtu.be/Jo-ZUz5Z5Co

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Broadcast feed announcements