omniture

TOJOY dan KADIN Meterai Perkongsian Strategik

TOJOY SHARED HOLDING GROUP
2021-01-12 10:36 166

BEIJING, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 6 Januari lalu, TOJOY Shared Holding Group (TOJOY) dan Indonesian Chamber of Commerce and Industry (KADIN) memeterai perkongsian strategik melalui sebuah majlis dalam talian khas. Ketua Pegawai Eksekutif Global TOJOY Ge Jun dan Pengerusi KADIN Rosan Roeslani menandatangani Memorandum Persefahaman bagi pihak kedua-dua organisasi berkenaan. Majlis penting tersebut turut disaksikan oleh Duta Djauhari Oratmangun dan Menteri Dino Kusnadi daripada Kedutaan Indonesia di China.

Semua pemimpin meletakkan harapan tinggi terhadap masa depan kerjasama sedemikian. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Global Ge Jun dan Pengerusi Rosan Roeslani, perkongsian antara TOJOY dan KADIN melambangkan satu lembaran baharu bukan sahaja untuk kedua-dua organisasi berkenaan, tetapi juga komuniti perniagaan kedua-dua negara di persada global. Platform TOJOY, dengan sumber pasarannya yang banyak, pengalaman yang beraneka dan lebih 1 juta usahawan berdaftar, bersedia untuk menerima projek-projek kuasi-unikorn daripada Indonesia dan menjadikannya suatu kejayaan yang lebih besar dalam pasaran Cina. Sementara itu, KADIN juga akan memanfaatkan sepenuhnya rangkaian luasnya dan membolehkan suara usahawan Cina didengari dalam pasaran Indonesia. Tatkala TOJOY dan KADIN memperkukuh perkongsian mereka, komuniti perniagaan Cina dan Indonesia akan turut membina persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain dan terlibat dalam interaksi perniagaan yang lebih kerap, yang akan memberi manfaat kepada penduduk dari kedua-dua negara berkenaan.

The MOU signing by Chairman Rosan Roeslani and Global CEO Ge Jun was witnessed by Ambassador Djauhari Oratmangun and Dr. Dino Patti Djalal
The MOU signing by Chairman Rosan Roeslani and Global CEO Ge Jun was witnessed by Ambassador Djauhari Oratmangun and Dr. Dino Patti Djalal

Ditubuhkan pada tahun 1991, TOJOY mengendalikan platform pengembangan dan pemecutan perniagaan yang terbesar di China dan seluruhnya. Sejak 29 tahun yang lalu, TOJOY berjaya membina platform dalam-talian-ke-luar-talian yang komprehensif dan amat cekap untuk perkhidmatan inkubasi perniagaan, pemecutan dan profesional. Platform ini mempunyai lebih 1 juta pelabur dan usahawan bernilai bersih tinggi, menganjurkan lebih 300 pameran unikorn besar-besaran setahun dan mewujudkan jaringan global dengan himpunan perkhidmatan perniagaan yang komprehensif. Kini, TOJOY telah memperluas jangkauannya melangkaui China ke Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, ASEAN dan wilayah-wilayah lain dengan menubuhkan pejabat-pejabat di Hong Kong, New York, Paris, Vienna dan Bandar Raya Mexico.

Sebaliknya, KADIN ialah organisasi penaung bagi persatuan-persatuan Indonesia. Ia memberi tumpuan terhadap semua hal yang berkaitan dengan perdagangan, industri dan perkhidmatan serta amat komited untuk memanfaatkan potensi dan sinergi ekonomi negara. KADIN ialah satu-satunya organisasi perniagaan seluruh negara yang dimandatkan oleh undang-undang untuk bersuara bagi pihak perniagaan persendirian. Sebanyak 34 Dewan serantau dan 514 cawangan daerah memastikan liputan negara KADIN. Lantaran rangkaian yang luas ini, KADIN merupakan rakan pilihan untuk syarikat-syarikat asing yang memulakan urusan perjanjian mereka di Indonesia.

Melalui platform pemecutan perniagaan TOJOY, KADIN berminat untuk membantu syarikat-syarikat Indonesia mengakses model perniagaan yang produktif untuk menjalankan perniagaan yang berdaya saing di China; untuk mencari rakan kongsi terbaik dengan nasihat perniagaan yang relevan dalam bidang ini; untuk membantu syarikat-syarikat Indonesia memperoleh kemas kini dan peluang perniagaan yang relevan; dan untuk menjalankan perundingan perniagaan secara berkala antara kedua-dua pihak mengenai prospek dan peluang perniagaan yang penting untuk syarikat-syarikat Indonesia. KADIN menjangkakan bahawa melalui bantuan dan acara bertumpu antarabangsa TOJOY, ia akan dapat membawa semakin banyak usahawan dan juga syarikat Indonesia ke platform TOJOY.

Source: TOJOY SHARED HOLDING GROUP
Keywords: Banking/Financial Service Contracts