omniture

TCL Tegaskan Sekali Lagi Kedudukan Perintisnya dalam Industri TV Global dengan Perkenalkan TV Mini LED, QLED dan 4K HDR 2021 di CES 2021

TCL Electronics
2021-01-12 17:33 175

HONG KONG, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, memperkenalkan TV Mini LED, QLED dan 4K HDR terbaharunya di bawah strategi AI x IoT yang berpandangan jauh di CES 2021.

Kunjungi https://www.tcl.com/ces2021.html untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TCL di CES2021.
Kit Akhbar: http://bit.ly/3nU8k4a 

TCL mengambil langkah ke hadapan dengan berani dalam teknologi paparan global di CES 2021. Tahun ini, ia memperkenalkan tiga TV Mini LED, QLED dan 4K HDR luar biasanya yang melangkaui lebih daripada prestasi gambar yang hebat dan membawakan rangkaian ciri gaya hidup yang komprehensif untuk generasi-generasi baharu.

C825 – Prestasi Mini LED 4K Premium 


TV 4K Mini LED terkini TCL C825 meninggikan standard tontonan TV dan permainan video kami ke tahap seterusnya. C825 ialah satu penambahan penting dalam komitmen berterusan TCL terhadap Teknologi Paparan Mini LED.

C825 menerima pakai mod cahaya belakang lurus ke bawah yang mengurangkan saiz butiran LED tradisional kepada 100 ~200 μm. Beribu-ribu unit kawalan cahaya digunakan untuk meningkatkan jumlah sumber cahaya belakang. Digabungkan tatasusunan penuh, pelarasan kecerahan setempat bersasaran ultra tinggi direalisasikan bagi membawa pengalaman visual yang lebih baik.

Menampilkan Teknologi Paparan Titik Kuantum, C825 menggabungkan cahaya dan warna, gamut yang lebih tinggi dan kawalan cahaya yang lebih jitu bagi mencapai kesan kualiti gambar yang hebat.

C825 turut menampilkan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR, menawarkan gambar amat jelas yang menghidupkan hiburan dan Dolby Vision IQ yang memanfaatkan kecerdasan penuh C825 bagi membawakan gambar yang sempurna di dalam bilik anda pada setiap detik dengan menyesuaikan kepada cahaya yang berubah-ubah secara dinamik di dalam bilik dan jenis kandungan yang dimainkan semula sekali gus memaksimumkan keupayaan penuh TV.

Dengan kualiti audio-visual yang utama berserta Imax Enhanced, C825 akan membawakan keseronokan yang tiada tandingan kepada pengguna di rumah.

Bagi menjadikan imej bergerak lebih lancar dan permainan video lebih menarik, C825 menggunakan MEMC 120Hz dan paparan balikan rendah 120Hz.

Selain itu, port HDMI 2.1 4-cara, VRR, ALLM, eARC, WiFi6 dan jeda input rendah memberikan peminat permainan dengan grafik yang lebih cepat dan lebih lancar serta kesan bunyi yang lebih baik. Kamera jenis pisah magnetik 4M Pixel memberikan interaksi visual dan audio yang hebat demi pengalaman panggilan video yang unggul.

C725 – Pusat Hiburan QLED 4K Unggul


Mengangkat Teknologi Paparan Titik Kuantum ke tahap baharu, TV QLED 4K C725 TCL menawarkan nilai yang cemerlang buat mereka yang menginginkan hiburan rumah yang berkualiti tinggi dan interaktif sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang terhubung dan pintar.

Dengan hampir 100% gamut warna ultra tinggi (DCI-P3), Teknologi Paparan Titik Kuantum dalam C725 akan menyampaikan warna-warna yang lebih terang dan pelbagai tanpa batasan jumlah warna yang lebih rendah atau jangka hayat yang lebih pendek yang terdapat dalam teknologi warna yang lain.

Gambar ultra jelas Dolby Vision dan audio imersif Dolby Atmos berserta Onkyo membawakan perayaan audiovisual. AiPQ Engine C725 menghidupkan potensi penuh TV skrin besar TCL dengan pengoptimuman masa sebenar untuk genre hiburan atau kandungan yang berbeza.

Pengguna dapat menikmati Hands-Free Voice Control 2.0, Google Duo dan kandungan tanpa had daripada Netflix, Amazon Prime Video, Google play & Movie, Disney+ dan banyak lagi, bagi menambah kepada keseronokan kehidupan pintar.

Di samping itu, C725 menyokong baik MEMC mahupun HDMI 2.1 untuk menyampaikan imej yang sentiasa lancar, biarpun dalam adegan aksi yang bergerak pantas.

P725 – TV 4K HDR Pilihan dengan Pengalaman Dolby 


P725 TCL ialah TV 4K HDR yang menampilkan Dolby Vision dan Dolby Atmos, membawakan pengalaman yang menakjubkan, berkualiti tinggi dan terperinci, khususnya imejan gerakan dinamik dan audio imersif.

Dolby Vision ialah teknologi pengimejan canggih yang menggabungkan julat dinamik tinggi (HDR) dengan keupayaan gamut warna yang luas bagi membawakan kualiti gambar yang amat jelas dengan kecerahan, kontras, warna dan perincian yang luar biasa.

Pemprosesan wayang gambar MEMC yang begitu lancar memastikan prestasi imejan yang lebih tepat, tanpa kabur dan stabil dalam adegan yang bergerak pantas dan padat dengan aksi.

P725 turut menyokong Dolby Atmos, mengasyikkan anda menerusi hiburan kegemaran anda dengan bunyi yang bergerak di sekeliling anda berserta realisme yang menakjubkan, memberikan kejelasan dan perincian luar biasa yang membolehkan anda mendengar butiran yang belum pernah anda dengar sebelum ini.

Hands-Free Voice Control 2.0 TCL P725 membebaskan anda daripada alat kawalan jauh. Menukar saluran, menetapkan peringatan dan meneroka perkhidmatan penstriman melalui arahan suara yang ringkas. P725 turut menawarkan pengalaman hiburan yang dipertingkat yang terkini daripada Android TV OS. Reka bentuk trim logam senipis ukuran milimeter menyampaikan pengertian yang lebih luas dan lebih besar untuk hiburan.

*Kemunculan Produk, fungsi dan ketersediaan mungkin berbeza antara negara/wilayah.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki tempat ke-2 dalam bahagian pasaran TV jenama TCL pada suku kedua tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan peralatan kediaman pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news