omniture

Guide Sensmart Lancar Sistem Amaran Demam IR Siri Guide QT Baharu untuk Pengukuran Suhu bawakan Pemasangan Mudah 5-minit

Ketika pandemik global COVID-19 terus membimbangkan dunia, pengukuran suhu yang tepat kekal menjadi langkah pencegahan dan kawalan paling kritikal yang digunakan di barisan hadapan.
Guide Sensmart
2021-01-14 00:19 172

WUHAN, China, 14 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 28 Disember 2020, syarikat yang terkemuka di China bagi pencegahan wabak dan pengukuran suhu, melancarkan satu produk saringan demam baharu: Sistem Amaran Demam IR Siri Guide QT dengan pengimejan terma inframerah dan sistem amaran pengukuran suhu automatik. Dijadikan sebagai produk yang menjimatkan namun berkesan secara meluas, ia amat sesuai untuk tempat sesak yang besar seperti bangunan pejabat, sekolah, kawasan halaman kediaman dan pasar raya.

 

Ciri Sistem Amaran Demam IR Siri Guide QT yang paling mengagumkan ialah konfigurasinya yang minimum dan pemasangan yang mudah. Produk ini hanya mempunyai kamera terma, monitor dan perisian yang sesuai. Selain itu, seluruh proses pemasangan hanya mengambil masa selama lima minit. Ia juga mempunyai keserasian ke belakang yang bererti pengguna boleh menghubungkan komputer lama ke Guide QT, lantas dapat memperluaskan kebergunaan dan hayat peranti yang lebih lama.

Sebagai penambahan terkini kepada barisan produk saringan demam Guide Sensmart, siri QT baharu ini amat tepat dan cekap apabila melibatkan pengesanan suhu. Kamera terma Guide QT dengan jasad hitam bersepadu ultra-kompak dapat mengukur suhu sehingga 120 orang setiap minit dalam lingkungan 5 meter dan dengan ketepatan ±0.3°C.

Antaranya, QT200 dan QT210 dilengkapi dengan modul pengimejan terma inframerah TIMO proprietari yang membawakan ciri penggunaan tenaga rendah, profil saiz kecil dan kos rendah. Modul pengimejan terma Guide TIMO dapat disepadukan dengan mudah kepada Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT), terminal pintar, barangan elektronik pengguna dan peranti lain untuk memudahkan pengukuran suhu yang lebih pintar.

CES 2021 akan diadakan secara dalam talian mulai 11-14 Januari. Sistem Amaran Demam IR Siri Guide QT baharu akan turut membuat penampilan sulung awamnya di reruai maya Guide Sensmart.

Guide Sensmart ialah subsidiari Guide Infrared (SZ.002414), pengeluar bagi sistem pengimejan terma inframerah yang terkemuka di dunia. Hasil daripada pengalaman syarikat kumpulan kami selama 20 tahun dalam industri inframerah dan kapasiti pengeluaran besar-besaran, Guide Sensmart mereka bentuk dan membawakan produk pengimejan terma yang berkualiti tinggi dan berpatutan di seluruh dunia pada kuantiti skala dengan misi untuk membolehkan pengimejan terma memberi manfaat kepada orang awam. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.guideir.com (ikuti @GuideSensmart di facebook/Linkedin/Twitter/Youtube).

www.guideir.com 

Source: Guide Sensmart
Related Stocks:
Shenzhen:002414
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services