omniture

CREC adakan acara hari terbuka bagi projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung

China Railway Group Limited
2021-01-18 16:43 124

BEIJING, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- China Railway Group Limited (CREC) mengadakan acara rumah terbuka dalam talian di projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung pada 15 Januari 2021 yang menyiarkan secara langsung tahap kemajuan pembinaan landasan kereta api berkenaan.

Terowong kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung No. 10 melalui landasan kereta api tolok pendek asal yang dibina 100 tahun yang lalu
Terowong kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung No. 10 melalui landasan kereta api tolok pendek asal yang dibina 100 tahun yang lalu

Dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam yang direka, landasan kereta api sepanjang 142-kilometer tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan dibina mengikut piawaian Cina dengan jentera buatan China.

Sebaik sahaja beroperasi, ia dijangkakan dapat meredakan tekanan lalu lintas antara Jakarta dan Bandung dengan memendekkan waktu perjalanan kepada 40 minit.

Menurut Duta Indonesia ke China Djauhari Oratmangun, yang menyampaikan ucapan di acara tersebut, landasan kereta api ini merupakan projek infrastruktur yang paling cemerlang di Indonesia dan CREC merupakan pelabur dan kontraktor terbesar.

Ia bukan sahaja akan mendorong penaiktarafan teknologi landasan kereta api elektrik di negara berkenaan, tetapi juga akan turut meningkatkan peluang pekerjaan dan memacu pembuatan dan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan yang terjejas, tambah beliau.

Beliau juga berkata bahawa beliau berharap agar lebih banyak perusahaan Cina seperti CREC dapat mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur Indonesia dan untuk memperkukuh hubungan persahabatan antara China dan Indonesia.

Di acara hari terbuka tersebut, CREC mengeluarkan satu laporan mengenai tanggungjawab sosialnya di Indonesia, termasuk pelaksanaan tanggungjawab sosial dan pembangunan mampan.

Syarikat ini telah menyediakan lebih daripada 5,000 pekerjaan dan latihan teknikal untuk kakitangan tempatan.

Wajar disebutkan bahawa CREC memainkan peranan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 di kawasan setempat dan dalam masa yang sama turut menjamin kemajuan projek berkenaan.

Ia menyediakan bahan-bahan perubatan anti-pandemik bernilai kira-kira 1.2 bilion rupiah Indonesia ($84,920) kepada penduduk di kawasan-kawasan terjejas dalam projek tersebut, memberi ceramah mengenai kawalan dan pencegahan pandemik COVID-19 di komuniti berdekatan dan mengagihkan 10,000 buku panduan mengenai pencegahan virus ke kampung-kampung sepanjang landasan kereta api tersebut.

Zhang Wei, pengurus besar projek ini, berkata bahawa pejabat CREC di Indonesia akan terus membina landasan kereta api dengan kualiti yang tinggi dan dalam masa yang sama memenuhi tanggungjawab sosialnya.

Dalam ucapan beliau di acara tersebut, Pengerusi CREC Chen Yun menegaskan bahawa syarikat akan terus menceritakan kisah mengenai lebih banyak projek luar negara bagi menggambarkan peranan positif China.

https://news.cgtn.com/news/2021-01-15/CREC-holds-open-online-event-on-Jakarta-Bandung-railway-project-X4v0ov5ar6/index.html 

Source: China Railway Group Limited
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation