![]() |
PARIS, 19 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Tahun 2021 dimulakan dengan dua inisiatif yang bertindak balas terhadap pandemik untuk La Liste, pencari restoran terkemuka dan klasifikasi di seluruh dunia sejak tahun 2015. Dalam usaha solidariti dengan para cef dan restoran di seluruh dunia, La Liste telah membatalkan penarafan tahunannya dan hari ini mendedahkan satu set anugerah khas baharu dan penerbitan mendalam yang baharu, Gastronomy Observer, yang menjadi pangkalan data yang tiada tandingannya dalam menyediakan maklumat dan inovasi baru memuncul yang meliputi budaya makanan global kita.
La Liste terkenal kerana menerbitkan senarai 1,000 restoran terbaik tahunan di dunia, yang dikuasakan oleh hampir 900 sumber yang memberi suapan terhadap algoritmanya. Guy Savoy, Paris, Eric Ripert, Le Bernardin, New York, Seiji Yamamoto, Ryugin, Tokyo dan Yosuke Suga, Sugalabo, Tokyo, mengekalkan kedudukan #1 mereka di La Liste Top 1,000 untuk satu tahun lagi.
10 Anugerah Khas yang mengiktiraf 30 orang cef, restoran atau konsep dari 18 buah negara, semuanya merupakan contoh yang terbaik terhadap inovasi, "tonggak" dalam merancakkan aktiviti untuk memenuhi selera masakan baharu dan membentuk gastronomi masa depan.
Gastronomy Observer menceritakan kisah tahun huru-hara melalui pangkalan data pencari restoran serta kajian akademik, kewartawanan dan temu bual. Ia menggambarkan dan memuji pelbagai usaha pengusaha restoran yang hebat untuk menyediakan makanan kepada orang ramai sambil membangunkan cara baharu untuk meneruskan perniagaan di tengah-tengah pelbagai sekatan pergerakan. Namun begitu ia tidak menjauhkan diri dari sisi gelap industri yang juga meliputi budaya dapur yang kasar, masalah kepelbagaian hospitaliti dan #MeToo di restoran.
Hélène Pietrini yang baru dilantik sebagai Pengarah Urusan La Liste, berkata: "Walaupun kerap berlaku penutupan serta moral yang rendah, sektor restoran tidak pernah berputus asa. La Liste mahu menjadi pemangkin untuk menyokong pemulihan restoran dengan mengenalpasti individu luar biasa yang berdepan dengan krisis dan membentuk masa depan gastronomi."
Aplikasi berkuasa La Liste mampu mengesan lebih 25,000 restoran di 200 buah negara, iaitu lebih banyak daripada mana-mana aplikasi panduan restoran yang lain. Muat turun aplikasi kami secara percuma pada Android dan IOS dalam sembilan bahasa: laliste.app.linl/download
Instagram @LaListe1000
Facebook https://www.facebook.com/Laliste1000
Twitter @LaListe1000
Hubungan Media Antarabangsa
coline@pascalevenot.fr
Agence Pascale Venot
+33(0)6-61-20-59-42
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1422181/la_liste.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1422182/La_Liste_Logo.jpg?p=medium600