omniture

PureCircle dan Almendra Menyelesaikan Litigasi Paten A.S.

Almendra Pte. Ltd.
2021-01-20 17:17 93

Penyelesaian secara damai telah dicapai 

SINGAPURA, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- PureCircle dan Almendra telah mencapai penyelesaian secara damai dalam pertikaian paten di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan produk Steviarome® Almendra dan penggunaannya.

Pada 31 Disember 2020, PureCircle dan Almendra secara sukarela telah menyelesaikan litigasi dan menggugurkan kesemua tuntutan dan tuntutan balas.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut, Almendra telah menandatangani perjanjian perlesenan dengan PureCircle yang membolehkan Almendra untuk terus menjual bahan perisa Steviarome® di seluruh dunia. Lain-lain terma perjanjian ini dikekalkan sulit.

Untuk pertanyaan:

Jackson Pillow, Pengurus Komunikasi PureCircle
E-mel: Jackson.Pillow@purecircle.com 
Telefon: +1 (630) 256 8394

Kimberly Hunter, Ketua Pegawai Kewangan Almendra
E-mel: Kimberly.H@almendra.com 
Telefon: +1 (708) 926-5403

Tentang PureCircle 

PureCircle ialah pengeluar dan inovator terkemuka kepada pemanis stevia dan pengubah perisa yang mempunyai rasa hebat untuk industri minuman dan makanan global. PureCircle menggabungkan R&D canggih dengan integrasi menegak sepenuhnya dari ladang hingga kepada bahan-bahan stevia inovatif yang mempunyai rasa hebat dan berkualiti tinggi. 

Syarikat ini bekerjasama dengan para peladang yang menanam pelbagai proprietari stevia serta syarikat-syarikat makanan dan minuman yang berusaha untuk memperbaiki formulasi mereka dalam produk yang rendah dan tanpa kalori menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan tanpa GMO. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  www.purecircle.com 

Tentang Almendra 

Almendra ialah syarikat persendirian untuk pemanis semula jadi dan bahan-bahan perisa yang memberi tumpuan kepada keperluan industri makanan dan minuman dalam penyelesaian label semula jadi dan bersih dengan rasa yang hebat. 

Amalan syarikat yang bekerja secara berpasukan, inovasi, IP dan berkemahiran membolehkan ia untuk membangunkan penyelesaian bahan perisa manis terkemuka dalam industri dan memberikan perisa dengan sifat modulasi yang menangani cabaran rasa kompleks dalam makanan dan minuman yang kurang gula. 

Almendra mempunyai ibu pejabat di Singapura dan kilang pengeluaran di Thailand untuk jualan kepada pelanggan di seluruh dunia. 

Maklumat lanjut tentang Almendra boleh didapati di www.almendra.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1423029/Almendra_Logo.jpg?p=medium600

Source: Almendra Pte. Ltd.
Keywords: Food/Beverages Retail Legal issues Patent Law