omniture

FII Institute Mengesahkan Kehadiran Lebih 140 Penceramah Tajuk Utama Untuk Persidangan Dua Hari FII

FII Institute
2021-01-20 18:43 120

- Lebih 60 penceramah antarabangsa akan menghadiri persidangan secara bersemuka di Riyadh, manakala 80 lagi akan menyertai secara maya dari seluruh dunia serta pusat-pusat FII 

- Para pelabur terkemuka, eksekutif kanan, termasuk Tuan Yang Terutama Yasir Al-Rumayyan, Gabenor Public Investment Fund dan Pengerusi FII Institute, Arab Saudi, Mukesh Ambani, Pengerusi Reliance, David Solomon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, Thomas Gottstein, Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Group, James Gorman, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Morgan Stanley, Masayoshi Son, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Softbank Group dan Jean Lemierre, Pengerusi Lembaga Pengarah, BNP Paribas.

RIYADH, Saudi Arabia, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative Institute akan menampilkan lebih 140 penceramah terkemuka pada minggu hadapan di Edisi Keempat FII, sebuah persidangan pelbagai pusat yang menggabungkan perintis teknologi, pelabur dan pembuat dasar sambil mereka membincangkan semula ekonomi global di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini.

H.E. Yasir Al-Rumayyan, Governor of Saudi Arabia’s Public Investment Fund and FII Institute Chairman, participates in FII 2019 with Mukesh Ambani, Chairman of Reliance, and other speakers. The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on 27-28 January 2021.
H.E. Yasir Al-Rumayyan, Governor of Saudi Arabia’s Public Investment Fund and FII Institute Chairman, participates in FII 2019 with Mukesh Ambani, Chairman of Reliance, and other speakers. The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on 27-28 January 2021.

Semua dijemput untuk mendengar ucapan daripada 60 penceramah terkemuka yang akan menghadiri secara bersemuka di Riyadh dan 80 penceramah lagi akan mengambil bahagian secara maya pada persidangan pelaburan ini yang berlangsung selama dua hari pada 27-28 Januari.  Penceramah akan berucap pada persidangan pelaburan tersebut dari pusat-pusat yang terletak di New York, Paris, Beijing dan Mumbai. 

Untuk membentangkan tema persidangan iaitu "The Neo-Renaissance", T.Y.T Yasir Al-Rumayyan,  Gabenor Public Investment Fund dan Pengerusi FII Institute, Arab Saudi akan merasmikan pembukaan edisi ke-4 FII, di bawah kepemimpinan FII Institute. T.Y.T Al-Rumayyan akan disertai oleh David Solomon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif The Goldman Sachs Group, Thomas Gottstein, Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Group, Ray Dalio, Pengerusi Bersama & Ketua Pegawai Maklumat Bridgewater Associates, dan Marco Alverà, Ketua Pegawai Eksekutif Snam, dalam mempertimbangkan cara komuniti pelaburan global dapat memanfaatkan kemerosotan ekonomi untuk membina masa depan yang lebih kukuh dan lebih lestari.

Y.A.M. Putera Abdulaziz bin Salman, Menteri Tenaga Saudi, Mukesh Ambani, Pengerusi Reliance Industries, Patrick Pouyanné, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Total, T.Y.T. Dr. Sultan Al Jaber, Menteri Perindustrian dan Teknologi Maju serta Utusan Khas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi akan membincangkan strategi untuk membimbing pelaburan ke dalam sektor tenaga. Lord Gerry Grimstone,  Menteri Negara Perdagangan UK, Eric Cantor, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan, Moelis & Co, T.Y.T Sultan Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif DP World, T.Y.T. Khalid Al-Falih, Menteri Pelaburan KSA dan T.Y.T Dr. Rania Al-Mashat, Kementerian Kerjasama Antarabangsa Mesir, akan mempertimbangkan polisi untuk mengukuhkan kerjasama pelaburan dan perdagangan yang mencerminkan satu set realiti geopolitik baharu.

Lain-lain penceramah yang dijadualkan turut mengambil bahagian termasuk Y.A.M Puteri Reema bint Bandar bin Sultan Al Saud, Duta Arab Saudi di A.S., Dr. Kai Fu Lee, Pengasas Bersama, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Sinovation Ventures, Thomas Barrack, Pengerusi Eksekutif Colony Capital, Jean Bernard Lévy, Ketua Pegawai Eksekutif EDF, Jean Todt, Presiden Fédération Internationale de l'Automobile, Anand Mahindra, Pengerusi Mahindra Group, Josh Giegel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Hyperloop one, Anthony Scaramucci, Pengasas & Rakan Kongsi Pengurusan SkyBridge Capital dan David Rubenstein, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Bersama The Carlyle Group.

FII Institute telah mengenal pasti isu tentang pelaburan lestari, pertumbuhan ekonomi global dan masa depan penjagaan kesihatan, pendigitalan, pendidikan dan budaya sebagai topik utama. Penceramah akan membincangkan kesemua isu-isu mendesak, termasuk pemulihan SME, cara pelaburan dalam kebudayaan dapat memacu pertumbuhan dan usaha untuk membetulkan ketidaksamarataan jantina yang berterusan.

Institut tersebut telah ditubuhkan di Riyadh untuk menyatukan para peneraju global, perintis teknologi, pakar dan pembuat dasar untuk membolehkan idea-idea kukuh menyelesaikan isu-isu sosial yang paling mendesak pada masa kini sambil mewujudkan platform jangka panjang untuk membentuk semula masa depan yang lestari dan memberi impak positif kepada manusia. 

Tentang Edisi ke-4 FII

Program utama ini akan disiarkan secara penstriman langsung dari Riyadh. Para penceramah akan difilemkan dan disiarkan di kesemua bandar satelit FII dan di platform penstriman langsung.

Ucapan dasar, sesi pleno serta perbincangan kumpulan kecil akan diadakan di semua tempat persidangan.

Sila ikuti bersama-sama di saluran sosial kami di Twitter, LinkedIn, YouTube, Facebook, dan Instagram dan sertai perbualan dengan #FIINeoRenaissance.

Tentang Future Investment Initiative Institute 

Future Investment Initiative Institute merupakan yayasan bukan berkeuntungan generasi baharu global yang memastikan idea terbaik di dunia dapat direalisasi, diskala dan diwujudkan untuk memberi Kesan lestari yang positif terhadap Kemanusiaan.

Dengan visi yang beriltizam tinggi untuk memperkasakan minda terbaik bagi membentuk masa depan yang lebih baik untuk SEMUA dan dengan SEMUA, FII Institute menyatukan pemimpin dan pakar global untuk memilih idea-idea terbaik secara kolektif dan membolehkannya untuk menyelesaikan isu-isu sosial yang paling mendesak pada masa kini sambil mewujudkan platform jangka panjang untuk membentuk semula masa depan manusia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FII Institute, sila layari http://fii-institute.org. Ikuti berita terkini dengan mengikuti kami di LinkedIn dan Twitter (@FIIKSA).

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1422931/fii_institute.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1422932/fii_institute.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1422933/fii_institute.jpg?p=medium600

 

The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on 27-28 January 2021.
The FII Institute will host the 4th edition of the Future Investment Initiative (FII) on 27-28 January 2021.

 

H.E. Yasir Al-Rumayyan, Governor of Saudi Arabia’s Public Investment Fund and FII Institute Chairman, speaking at the opening of the 3rd Edition of FII on 29 October 2019
H.E. Yasir Al-Rumayyan, Governor of Saudi Arabia’s Public Investment Fund and FII Institute Chairman, speaking at the opening of the 3rd Edition of FII on 29 October 2019

 

 

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Trade show news Financial Technology