omniture

Mainstream Renewable Power menandatangani perjanjian pelaburan ekuiti bernilai EUR1 bilion dengan Aker Horizons untuk menyampaikan program pembangunan global 5.5 GW menjelang 2023

Mainstream Renewable Power
2021-01-21 13:43 66

- Aker Horizons dari Norway akan mengambil pegangan ekuiti sebanyak 75% dalam Mainstream Renewable Power ("Mainstream" atau "Syarikat") menilai Mainstream pada EUR1 bilion termasuk pendapatan dan tertakluk kepada pelarasan lazim

- Perjanjian ini membolehkan Mainstream mempercepat pelan pengembangan global untuk membawa aset 5.5 Gigawatt (GW) kepada penutupan kewangan menjelang tahun 2023 iaitu lebih awal daripada IPO yang dirancang

- Mainstream akan terus beroperasi di bawah jenama sedia ada, dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan pengurusan sekarang serta pengasasnya, Dr Eddie O'Connor sebagai Pengerusi

DUBLIN, 21 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat angin dan solar global, Mainstream Renewable Power, telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pelaburan tenaga boleh diperbaharui Aker Horizons (anak syarikat milik penuh Aker ASA) yang akan mengambil 75% pegangan ekuiti dalam syarikat itu, tertakluk kepada kelulusan peraturan. Urus niaga ini menilai Mainstream pada EUR1 bilion (termasuk potensi pendapatan hingga EUR 100 juta pada tahun 2023 dan tertakluk kepada pelarasan lazim) yang mewakili pulangan yang signifikan kepada pemegang saham hingga 5.5 kali ganda pelaburan. Perjanjian ini membuka jalan untuk pecutan pesat perancangan perkembangan global Mainstream bagi membawa aset angin dan solar 5.5 Gigawatt (GW) kepada penutupan kewangan menjelang tahun 2023.

Syarikat tersebut diasaskan oleh Dr. Eddie O'Connor pada tahun 2008, mempunyai kepentingan yang signifikan di seluruh Amerika Latin, Asia Pasifik dan Afrika serta dalam sektor angin luar pesisir global dengan lebih 1.2 GW projek modal utama yang sedang dalam pembinaan. Mainstream mempunyai pasaran utama di Chile, Afrika dan Vietnam serta aset dalam pembangunan di negara-negara lain termasuk Filipina, Australia dan Colombia. Syarikat ini akan terus memberi tumpuan kepada penyampaian perancangan pembangunan global lebih kurang 10 GW dan mengembangkan portfolionya dalam pasaran sedia ada serta pasaran baharu, dengan sokongan penuh kumpulan Aker ASA.

Di bawah terma perjanjian, syarikat tersebut akan terus beroperasi sebagai Mainstream yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Quaney dan disokong oleh pasukan kepemimpinannya yang mapan dan berpengalaman.  Eddie O'Connor akan kekal sebagai Pengerusi dengan mengekalkan kepentingan minoriti yang signifikan dalam perniagaan dan semua pemegang saham yang ada akan berpeluang untuk melabur semula bersamanya menjelang pelancaran IPO Mainstream yang dirancang dalam dua hingga tiga tahun lagi.

Mengulas tentang perjanjian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mainstream, Mary Quaney berkata:

"Kami gembira mempunyai perniagaan yang sangat dihormati seperti Aker Horizons yang membolehkan Mainstream mempercepat rancangan pertumbuhannya untuk menyampaikan portfolio global bagi aset angin dan solar. Kami merancang untuk membawa aset boleh diperbaharui 5.5 GW di seluruh dunia kepada penutupan kewangan menjelang tahun 2023, yang meletakkan kami di landasan yang betul untuk menjadi salah satu syarikat utama mengkhusus kepada tenaga boleh diperbaharui yang pertama di dunia." 

Pengasas dan Pengerusi Mainstream, Dr. Eddie O'Connor berkata:

"Perkongsian ini merupakan langkah penting seterusnya dalam visi yang kami tetapkan untuk Mainstream pada tahun 2008 bagi memimpin peralihan global kepada tenaga boleh diperbaharui dan menghapuskan pelepasan CO2 dari dunia. Ini bermakna kami boleh memperluas skop kami untuk memasuki pasaran baharu serta memperkukuh dan memperluas lagi kepemimpinan kami di pasaran sedia ada, seperti di Chile yang akan menyaksikan di mana kami akan segera membekalkan kuasa daripada kemudahan angin dan solar kami kepada setiap sebuah daripada tujuh buah rumah di Chile. Aker Horizons turut berkongsi visi, misi dan nilai kami yang menjadikannya sebagai rakan kongsi tepat untuk Mainstream. Bersama-sama dengan rakan kongsi yang luar biasa ini, kami akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju peralihan tenaga global dalam dekad yang kritikal ini."

Kristian Røkke, Ketua Pegawai Eksekutif Aker Horizons, berkata: 

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Mainstream ketika kami mempercepat perjalanan yang kami panggil sebagai pelaburan positif planet. Peranan Mainstream sebagai perintis dalam tenaga boleh diperbaharui dan budaya keusahawanannya yang kuat sangat tepat ketika kami menuju ke arah peralihan tenaga. Melalui pemerolehan Mainstream, Aker Horizons akan memperoleh platform untuk mendorong rancangannya dalam tenaga boleh diperbaharui dan kedudukan dalam pasaran yang sedang berkembang untuk projek-projek hibrid."

Rothschild & Co bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Mainstream dalam urusniaga ini manakala Linklaters, Byrne Wallace dan Philip Lee bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Tentang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power merupakan satu-satunya pembangun bebas aset kuasa angin dan solar berskala utiliti dengan jejak global. Syarikat ini memberi tumpuan kepada memperluas perancangan pembangunan semasa dengan aset angin dan solar lebih kurang 10 GW di seluruh Amerika Latin, Afrika, Asia Pasifik serta sektor angin luar pesisir global.

Mainstream telah menyampaikan aset angin dan solar 6.5 GW kepada penutupan kewangan sedia dan kini mempunyai aset angin dan solar lebih 1.2 GW (bersih) dalam pembinaan di seluruh Amerika Latin dan Afrika.

Di Chile, aset angin dan suria 1.3 GW yang dimiliki sepenuhnya oleh Mainstream berada di landasan yang betul untuk mencapai operasi komersial bermula dari tahun 2021. Di Afrika, syarikat ini telah menyampaikan aset angin dan solar 842 MW ke dalam operasi komersial di Afrika Selatan. Melalui usaha sama Lekela Power di Afrika, ia mempunyai dua aset angin dalam pembinaan di Senegal dan Mesir.

Mainstream merupakan pembangun bebas paling berjaya untuk angin luar pesisir pada skala global.  Ia telah berjaya membangunkan Hornsea One (1.2 GW), kilang angin luar pesisir operasi terbesar di dunia pada masa kini; dan membangunkan projek Hornsea 2 (1.4 GW) sebelum menjual projek ini pada tahun 2015.  Mainstream bertanggungjawab penuh dengan projek angin luar pesisir Neart na Gaoithe di Scotland, 450 MW yang kini sedang dalam pembinaan.  Pembangunan angin luar pesisir Soc Trang 1.4 GW milik Mainstream di Vietnam merupakan salah satu pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui terbesar di Asia Tenggara.

Mainstream telah meraih lebih EUR3.0 bilion dalam kewangan projek pada tarikh ini dan mempunyai 335 orang kakitangan di seluruh lima benua.

www.mainstreamrp.com 

Tentang Aker Horizons 

Aker Horizons ialah sebuah syarikat pelaburan yang khusus untuk membangunkan syarikat-syarikat yang menyelesaikan cabaran asas untuk kewujudan kelestarian di planet kita - atau pelaburan positif planet. Syarikat ini melakukan inkubasi, melabur di dan membangunkan syarikat-syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan segmen teknologi lain yang memberi sumbangan penting untuk mengurangkan pelepasan dan menggalakkan kelestarian. Aker Horizons memanfaatkan keupayaan industri dan kewangan yang signifikan bagi kumpulan Aker untuk mengenal pasti dan membangunkan syarikat portfolio. Aker Horizons dimiliki oleh Aker ASA, sebuah syarikat pelaburan perindustrian yang disenaraikan di Bursa Saham Oslo.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: 

Perunding FTI  
Caroline Cutler & Thomas Pigott
E-mel: mainstreamRP@fticonsulting.com 
atau

Mainstream Renewable Power 
Emmet Curley, Ketua Komunikasi dan Penglibatan Komuniti
Emmet.curley@mainstreamrp.com
+353 86 2411690

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/686512/Mainstream_Renewable_Power_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts