omniture

Shanghai Electric Perkukuh Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat untuk Projek Taman Solar MBR Dubai

Shanghai Electric
2021-01-22 13:26 268

SHANGHAI, 22 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") telah memperkukuh tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporatnya untuk projek Fasa 5 bagi Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum 900MW (Taman Solar MBR) Dubai, lantas mendapat pujian daripada Shuaa Energy, usaha niaga yang memimpin projek berkenaan.

Sejak kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 2020, Shanghai Electric telah menumpukan perhatiannya untuk meningkatkan langkah-langkah anti-pandemik dan menjamin keselamatan kakitangan selain melibatkan pekerja dalam aktiviti-aktiviti perlindungan terhadap alam sekitar. Sebagai pujian terhadap kakitangan atas kerja keras mereka, Ketua Pegawai Eksekutif Shuaa Energy Omar Hassan menganugerahkan Anugerah Prestasi Cemerlang 2020 kepada jabatan projek berkenaan, bagi menzahirkan rasa terima kasih beliau atas kerja keras sepanjang enam bulan yang lalu serta keyakinan beliau terhadap apa yang menanti di hadapan.

Taman solar terbesar di dunia

Taman Solar MBR bakal menjadi taman solar tapak tunggal yang terbesar di dunia berdasarkan model Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) dengan jumlah kapasiti yang dirancang mencecah 5GW dan jumlah nilai pelaburan adalah sebanyak $US136 bilion setelah siap. Ia dijangka dapat mengurangkan emisi karbon Dubai sebanyak 6.5 juta tan setahun sebaik sahaja dilaksanakan.

Projek 900MW Fasa 5 akan meningkatkan kapasati pengeluaran Taman Solar MBR kepada 2,863MW, berupaya untuk menyediakan tenaga elektrik kepada anggaran 270,000 isi rumah dan mengimbangi sehingga 1.18 juta tan emisi karbon setiap tahun. Setakat ini, 85% daripada kerja-kerja reka bentuk Fasa 5 telahpun siap manakala kerja-kerja pembinaan talian penghantaran kuasa elektrik voltan tinggi telah mencapai 40%.

Sebagai penanda aras global baharu dalam industri solar, Taman Solar MBR menggunakan beberapa panel solar yang paling berkesan kos di dunia. Dengan memanfaatkan panel solar fotovolta dwimuka yang terkini, cahaya matahari diperangkap pada kedua-dua bahagian panel, manakala sistem pengesanan solar yang canggih meningkatkan kecekapan penjanaan. Sebagai projek solar yang paling maju di Timur Tengah setakat ini, pencapaiannya adalah ekoran perkongsian yang mantap dan membuahkan hasil antara Shanghai Electric dan ACWA Power, diwujudkan semasa projek terma solar Fasa 4 taman berkenaan dan bertujuan untuk memacu pembangunan Dubai rendah karbon yang mampan ke hadapan.

Langkah-langkah anti-pandemik demi keselamatan kakitangan

Memandangkan pandemik ini masih berterusan, Shanghai Electric mengambil langkah-langkah tambahan bagi memastikan agar kakitangan luar negara mereka dijaga. Bahkan, kakitangan yang ditempatkan di luar negara akan mendapat keutamaan bagi memperoleh vaksin COVID-19. Sementara itu, syarikat turut memastikan langkah penyahjangkitan secara berkala di kawasan pejabat dan penempatan, manakala jabatan projek berkenaan sentiasa memastikan tersedianya pelbagai bekalan pencegahan pandemik yang komprehensif termasuk pelitup muka, pakaian perlindungan diri, gogal, penyahjangkit, vitamin, ubat-ubatan serta bilik pengasingan.

Demi memperkukuh hubungan antara kakitangan Cina dan tempatan, majlis hari jadi diaturkan bagi menyatukan kakitangan. Permainan seperti pingpong, catur dan kad diadakan bagi meningkatkan perpaduan dan mengukuhkan rasa kekitaan. Semasa sambutan Tahun Baharu Cina, bukan sahaja faedah tahunan akan diberikan kepada keluarga pekerja di luar negara, bahkan aktiviti khas yang melibatkan kakitangan Cina dan tempatan dengan menulis kuplet Festival Musim Bunga akan dianjurkan sebagai penghormatan terhadap perayaan budaya khas berkenaan.

Tindakan terhadap Alam Sekitar dan CSR

Shanghai Electric bukan sahaja berdedikasi untuk membina infrastruktur tenaga baharu di serata dunia, bahkan ia juga komited untuk melibatkan kakitangannya dalam tanggungjawab sosial korporat serta kesedaran terhadap alam sekitar. Pada Ogos 2020, Jabatan Projek Terma Solar Dubai syarikat menyahut seruan organisasi perlindungan alam sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula bahan buangan "Komuniti Saya, Komuniti Semua". Semasa berlangsungnya acara berkenaan, jabatan projek ini mengumpul hampir 245 kilogram bahan boleh kitar semula.

Melalui inisiatif sedemikian, Shanghai Electric berusaha untuk melanjutkan sumbangannya terhadap pembangunan mampan UAE dan menggalakkan masa depan yang lebih cerah buat semua.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Health Care/Hospital Infectious Disease Control Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Public Safety