omniture

Panchshil Office Parks Dianugerahkan dengan 3 'Oscar' Keselamatan

Panchshil Realty
2021-01-22 17:57 5758

- Kawasan Eon Free Zone-1, Business Bay & Tech Park One Menerima Anugerah Kesihatan & Keselamatan Tertinggi daripada British Safety Council

PUNE, India, 22 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Panchshil Office Parks—sebuah unit perniagaan Panchshil Realty yang berpangkalan di Pune— hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi 3 anugerah Swords of Honour yang berprestij daripada British Safety Council untuk 3 kawasan perniagaan terkemuka miliknya yang terletak di Pune.

Eon Free Zone-1, Business Bay, Tech Park One Campuses Conferred with the Highest Health Safety Accolade by British Safety Council
Eon Free Zone-1, Business Bay, Tech Park One Campuses Conferred with the Highest Health Safety Accolade by British Safety Council

Eon Free Zone-1, Business Bay dan Tech Park One Panchshil merupakan 3 daripada hanya 66 buah tempat di seluruh dunia yang memenangi anugerah Sword of Honour 2020 yang dianugerahkan kepada syarikat yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan risiko kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Untuk Eon Free Zone-1, ini merupakan tahun kedua berturut-turut bagi kawasan ini menerima anugerah Sword of Honour.

Untuk bersaing bagi mendapatkan anugerah Sword of Honour, sesebuah organisasi perlu terlebih dahulu mencapai maksimum lima bintang dalam audit pengurusan kesihatan dan keselamatan British Safety Council. Ia juga perlu menunjukkan kepada panel pakar bebas bahawa ia telah mencapai kecemerlangan dalam pengurusan kesihatan dan keselamatan dalam keseluruhan perniagaan – daripada lantai kedai hingga kepada bilik ahli lembaga.

Vijitsingh Thopte, Naib Presiden-Pengurusan Kemudahan Panchshil Realty berkata:  "Saya amat gembira apabila fokus berterusan kami terhadap keselamatan dan kesejahteraan para penghuni, rakan sekutu dan ahli pasukan selama bertahun-tahun telah dinilai secara bebas, disahkan dan diiktiraf dengan 3 anugerah Swords of Honour. Tiga anugerah daripada British Safety Council ini yang sudah lama dianggap sebagai anugerah 'Oscar' keselamatan menjadi satu pengiktirafan kepada standard teladan kami dalam pengurusan risiko kesihatan dan keselamatan."

Lawrence Waterman, Pengerusi British Safety Council berkata: "Bagi pihak lembaga pemegang amanah dan kakitangan British Safety Council, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panchshil atas kejayaan mencapai standard pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar yang tertinggi. Pencapaian cemerlang sedemikian memerlukan komitmen dan profesionalisme sebenar. Kami gembira dapat menyokong pencapaian anda pada tahun yang mencabar dengan pandemik COVID yang belum pernah berlaku sebelum ini."

Mike Robinson, Ketua Eksekutif British Safety Council menambah: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panchshil atas dedikasi mereka yang berterusan dalam memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat dan/atau meminimumkan risiko kepada alam sekitar daripada aktiviti harian organisasi mereka. Tahun ini telah membawa cabaran tambahan dan signifikan dengan berlakunya pandemik COVID-19 dan saya memberi penghargaan kepada Panchshil atas kerja keras dan komitmen mereka dalam menghadapi keadaan yang mencabar ini."

"Semua organisasi yang memenangi anugerah Sword dan Globe ini berkongsi komitmen dan keazaman untuk mencapai standard kesihatan dan keselamatan yang paling tinggi. Kami gembira kerana mereka adalah rakan-rakan yang membantu mencapai visi kami, tiada sesiapa yang sepatutnya cedera atau sakit ketika melakukan pekerjaan mereka," dia menambah.  

Pencapaian

Dengan wawasan untuk menghentikan bahaya pekerjaan dan mengurangkan risiko pihak berkepentingan serta pelawat yang berkaitan dengan setiap kawasan, semua tapak telah menjalani kajian terperinci dan penilaian tegas dalam lebih enam puluh aspek yang merangkumi kesihatan, keselamatan, polisi kesejahteraan, proses dan amalan pekerjaan. Audit dalaman, perbincangan keselamatan (toolbox talk), latihan khusus dan lawatan keselamatan yang berterusan untuk pelbagai pasukan yang terlibat dengan operasi dan penyelenggaraan kawasan merupakan antara langkah-langkah lain yang telah dijalankan.

Proses Penyelenggaraan Pencegahan Berkala telah ditingkatkan dengan pengenalan mekanisme kawalan yang berkesan dan penggunaan teknologi seperti sensor automatik untuk memantau kesemua tangki air atas dan bawah tanah, kawalan suhu dan kelembapan unit penyaman udara, pemantauan suhu panel elektrik menggunakan kamera inframerah, kawalan getaran & kebisingan untuk peralatan yang berkaitan, pemerhatian aktiviti proses kilang utama menggunakan CCTV dan seumpamanya.

Langkah-langkah khas tambahan yang telah dilaksanakan termasuk pemasangan yang mencukupi untuk papan tanda pemberitahuan perkara yang Boleh dan Tidak Boleh, garis panduan keselamatan, pengurusan alam sekitar dan grafik kesejahteraan di kawasan umum serta tempat letak kereta bertingkat dan langkah-langkah ini telah membantu meningkatkan kesedaran dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.

British Safety Council

Anugerah 2020 merupakan tahun ke-41 berturut-turut, British Safety Council menganugerahkan Sword of Honour atas kecemerlangan pengurusan kesihatan dan keselamatan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1957, British Safety Council telah memperjuangkan tanpa henti untuk melindungi pekerja daripada kemalangan, bahaya dan keadaan yang tidak selamat serta menjalankan peranan sebagai penentu dalam proses yang mendorong penggubalan undang-undang kesihatan dan keselamatan utama. Ahli-ahlinya di lebih 60 buah negara, komited untuk melindungi dan meningkatkan kesejahteraan pekerja, percaya bahawa persekitaran kerja yang sihat dan selamat juga baik untuk perniagaan.

Kawasan Panchshil yang Menerima Anugerah Sword of Honour 

EON Free Zone-1 yang berkeluasan 4.5 juta kaki persegi dan terletak di Kharadi iaitu koridor timur Pune, merupakan fulkrum kepada daerah IT yang sibuk dan menjadi penempatan kepada banyak syarikat gergasi global dan korporat India yang beroperasi dalam sektor IT dan ITeS.

Business Bay yang berkeluasan 1.8 juta kaki persegi dan terletak di lokasi strategik berhampiran Poona Golf Course di Airport Road, merupakan satu pembangunan ruang kerja moden yang direka bentuk untuk penempatan syarikat korporat, peralatan perisian dan perkhidmatan didayakan IT yang terkemuka.

Tech Park One yang terletak di Yerwada, merupakan Taman IT yang unik dan dilengkapi dengan perkhidmatan sokongan berteknologi tinggi serta kemudahan eksklusif. Tech Park One yang berkeluasan 1 juta kaki persegi, merupakan destinasi pilihan kepada syarikat multinasional dan Fortune 500.

Panchshil Office Parks 

Portfolio pejabat Panchshil Realty di Pune yang berkeluasan lebih 17.5 juta kaki persegi terdiri daripada projek mercu tanda seperti EON Free Zone, Business Bay, Tech Park One, World Trade Centre dan International Convention Centre. Ia merupakan tempat terletaknya syarikat terkemuka global yang di antaranya seperti Allianz, Citibank, Cognizant, Concentrix, Credit Suisse, Deutsche Bank, HSBC, MasterCard, Michelin, UBS dan Vodafone.

Perniagaan Panchshil – Sorotan Utama 

  • Portfolio hartanah Panchshil Realty yang telah siap dibina ialah sekitar 23 juta kaki persegi dengan 20 juta kaki persegi lagi sedang dibangunkan.
  • Tiga teras utama perniagaan Panchshil Realty ialah kawasan pejabat komersial, hospitaliti dan kediaman.
  • Sebahagian besar portfolio pejabat Panchshil Realty yang utama diterajui oleh Blackstone Real Estate Private Equity Fund, yang ditaja dan diuruskan oleh Blackstone Group LP.

Tentang Panchshil Realty 

Ditubuhkan pada tahun 2002, Panchshil Realty merupakan salah satu jenama hartanah mewah terbaik di India. Terkenal dengan kepemimpinan dan kecemerlangan dalam pembangunan hartanah, pendekatan Kumpulan ini ialah menumpukan kepada pembangunan terancang, mewujudkan aset nilai dan mengubah pengalaman gaya hidup melalui reka bentuk dan seni bina. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.panchshil.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1424256/panchshil_office_parks.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1419775/Panchshil_Office_Parks_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Panchshil Realty
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Awards