omniture

Global Center on Adaptation (GCA) : Nobel Laureates, Saintis Global menyeru Pemimpin Dunia untuk Mempercepat Penyesuaian Iklim sebagai sebahagian daripada Ransangan Ekonomi Pasca Covid

The Global Center on Adaptation
2021-01-23 23:37 281

ROTTERDAM, Belanda, 23 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, lima orang Nobel Laureates dan lebih 3,000 orang saintis daripada lebih 100 buah negara telah menandatangani "Groningen Science Declaration" menyeru pemimpin dunia, pembuat keputusan dan pelabur untuk mengubah cara kita memahami, merancang dan melabur untuk perubahan persekitaran bagi memastikan kita mengehadkan kerosakan di masa depan. Acara tandatangan ini berlaku lebih awal daripada Sidang Kemuncak Penyesuaian Iklim (CAS 2021) yang akan diadakan secara maya pada 25hb-26hb Januari.

 

Pernyataan ini yang dimulakan oleh Patrick Verkooijen, Ketua Pegawai Eksekutif Global Center on Adaptation (GCA), dikeluarkan sebagai angka daripada laporan "GCA State and Trends in Adaptation 2020" yang pertama, menunjukkan bahawa penyesuaian iklim kemungkinan telah mengalami kejatuhan peratusan satu digit pada tahun 2020 dan pembiayaan penyesuaian iklim global perlu meningkat sebanyak sepuluh kali ganda kepada US$300 bilion setahun untuk memenuhi anggaran tentang keperluan bagi menangani peningkatan risiko iklim.

Dalam Groningen Science Declaration tersebut, para saintis menyatakan "kegagalan kita untuk menyesuaikan diri dan mengurangkan Covid-19 selari dengan gangguan yang akan datang, jika kita tidak bertindak segera untuk mengurangkan dan menyesuaikan dunia kita sebagai tindak balas kepada perubahan iklim [….] melainkan jika kita mengambil tanggungjawab dan menyesuaikan sekarang, ia akan menyebabkan peningkatan kepada kemiskinan, kekurangan air, kerugian pertanian dan tahap penghijrahan yang melambung tinggi serta jumlah kematian yang besar."

Ban Ki-moon, Setiausaha Agung 8 Secretary General Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pengerusi Global Center on Adaptation, bercakap semasa pelancaran telah berkata: "Walaupun sasaran mitigasi digariskan dalam Paris Agreement dicapai, ia masih tidak mencukupi. Perubahan iklim sudah berlaku dan oleh itu kita mesti melakukan penyesuaian kepada kesannya. Groningen Scientific Declaration menjelaskan bahawa kita sebagai manusia telah menyebabkan perubahan iklim, jadi kita mesti mempercepatkan penyesuaian untuk memastikan kita semua boleh hidup dalam dunia yang lestari dan berdaya tahan yang tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang."

Patrick Verkooijen, Ketua Pegawai Eksekutif Global Center on Adaptation berkata:
"Disebabkan pandemik ini, kita menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan iklim yang saling berkaitan. Kita mesti melaksanakan campur tangan untuk menyokong pemulihan yang berdaya tahan dan kita mesti bertindak sekarang sebelum perubahan iklim meningkat melebihi keupayaan alam semula jadi dan manusia untuk menyesuaikan. Sewaktu menandatangani pengisytiharan ini komuniti sains mengetahui bahawa kepentingan tidak boleh lebih tinggi."

Dr. Tawakkol Karman, Nobel Peace Prize 2011 berkata:
"Keadaan kecemasan iklim kita memberi ancaman yang paling teruk terhadap keamanan dan keselamatan. Apabila keadaan cuaca yang melampau terus meningkat dan aras laut meninggi, orang ramai perlu bersaing dengan sumber yang terhad dan berhadapan dengan kemerosotan alam sekitar yang pantas di sekeliling mereka. Jika kita tidak bertindak dan menyesuaikan, tidak lama lagi kita pasti akan melihat ketidakstabilan, konflik dan peningkatan penghijrahan."

Profesor Sir Christopher Pissarides, Sveriges Riksbank Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel 2010 berkata:
"Krisis Covid-19 ini telah merosakkan ekonomi kita tetapi ia akan menjadi sejarah; bencana berkaitan iklim yang sedang berlaku dengan kekerapan yang semakin meningkat hanya akan menjadi lebih teruk jika kita tidak berbuat apa-apa pun untuk menanganinya. Ekonomi kami mudah terjejas sepertimana ekonomi mereka yang juga mudah terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Kita perlu memperbaiki cara kita menguruskan bencana seperti ini dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkannya. Pelaburan dalam kelestarian hendaklah diberi keutamaan: ia perlu dilakukan dan selalunya memberi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa yang lebih panjang. Kita perlu memberi tumpuan kepada pewujudan kerja hijau inklusif,  untuk membantu keluarga yang memerlukan dan menyediakan diri kita dengan lebih baik untuk masa depan. Ia menjadi amat penting untuk kerajaan, melalui pakej pemulihan Covid-19 mereka, melabur dalam penyesuaian iklim dan ketahanan terhadap pelbagai kejutan, memberi tumpuan kepada pewujudan kerja hijau dan pertumbuhan lestari berjangka panjang."

Profesor Brian Schmidt, Nobel Prize in Physics 2011 berkata:
"COVID-19 telah menunjukkan alam sekitar kita yang rapuh – bahawa dunia dan cara hidup kita boleh diterbalikkan secara asasnya dan begitu pantas. Tetapi pandemik ini juga telah menunjukkan bahawa kerajaan di seluruh dunia boleh mendengar nasihat sains dan pakar untuk melindungi rakyat dan masyarakat mereka. Mereka melakukan perkara yang sama dengan sains perubahan iklim. Sekarang ialah masanya untuk melabur dalam dan memacu penyelesaian iklim inovatif yang kita sudah ada untuk mewujudkan pekerjaan baharu, merangsang ekonomi kita, membangunkan industri dan produk masa depan dan pada masa yang sama membina daya suatu ketahanan iklim,  iklim pintar dan iklim hanya pada masa depan."

Profesor Donna Strickland, Nobel Prize in Physics 2018 berkata:
"Saya percaya bahawa penyesuaian perubahan iklim memerlukan kepakaran mendalam dan meluas yang boleh dicapai melalui kerjasama antara disiplin dan penglibatan dengan pembuat dasar. Bekerjasama dengan Persatuan Optik, kami telah menyampaikan kepada mereka yang terlibat dalam polisi awam tentang peranan penting yang dapat dimainkan oleh optik bagi mengukur kesan perubahan iklim dan keberkesanan usaha pemulihan. Jika saintis dan jurutera bekerjasama untuk membangunkan teknologi sensor inovatif dengan sokongan kerajaan, inovasi yang dihasilkan boleh menjadi pencapaian penting dalam menangani perubahan iklim." 

Profesor Hoesung Lee, Pengerusi Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang turut hadir pada acara pelancaran maya, berkata:
"Iklim sudah berubah dan kita perlu menyesuaikan untuk menangani pemanasan global selanjutnya yang akan berlaku disebabkan pelepasan gas rumah hijau pada masa lepas. Tetapi, kita juga mesti memahami bahawa terdapat had kepada penyesuaian dan semakin banyak kita boleh mengehadkan pemanasan masa depan bermakna kita mempunyai skop yang lebih luas untuk peroleh kejayaan dalam langkah-langkah penyesuaian.

Profesor Jouke de Vries, President University of Groningen berkata:
"Universiti kami dan bandar Groningen berbangga menjadi tuan rumah kepada Science Declaration dan pelancaran acara ini bersama dengan Nobel Laureates dan tetamu lain yang terkenal. Para profesor, penyelidik, pendidik dan pelajar kami bekerja tanpa henti bersama dengan rakan kongsi kebangsaan dan antarabangsa ke arah Green Transition (Peralihan Hijau) tempatan, serantau dan global. Adalah jelas bahawa pengurangan perubahan iklim yang dilakukan bersama-sama dengan penyesuaian dan program penyelidikan dan Ijazah Sarjana kami mencerminkan perkara ini, dengan tumpuan kepada kesihatan manusia, sains tingkah laku, undang-undang iklim dan tenaga bersih."

Prof. Joseph Stiglitz, The Sveriges Riksbank Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel 2001 turut menandatangani Groningen Science Declaration semasa pelancaran maya tersebut.

Sila hubungi
Alexandra Gee
Global Center on Adaptation
Alex.gee@gca.org
+447887 804594

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1044191/GCA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: The Global Center on Adaptation
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Economic news, trends, analysis Environmental Issues Future Events