omniture

Teknologi Acteev Ascend Performance Materials menerima anugerah dalam Outdoor Retailer Innovation Awards

Ascend Performance Materials
2021-01-24 01:09

Anugerah ini mengiktiraf teknologi baharu dan perintis yang digunakan dalam produk dan bahan-bahan pakaian musim sejuk, aktiviti luar serta sukan

HOUSTON, 24 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Acteev ProtectAscend Performance Materials iaitu teknologi fabrik tahan bau antimikrob telah diumumkan sebagai pemenang pada 2021 Outdoor Retailer Innovation Awards. Anugerah ini mengiktiraf teknologi baharu dan perintis yang digunakan dalam produk dan bahan-bahan pakaian musim sejuk, luar serta sukan.

Ascend's Acteev Protect antimicrobial technology won Outdoor Retailer's 2021 Innovation Award for function.
Ascend's Acteev Protect antimicrobial technology won Outdoor Retailer's 2021 Innovation Award for function.

Acteev Protect telah dipilih daripada sejumlah tinggi penyertaan untuk prestasinya yang merangkumi 4 kriteria – Pencetus, Keinginan, Fungsi dan Kesan.

Nikki Huffman, Ketua Pembangunan Perniagaan Utama untuk Acteev™, telah menerima anugerah tersebut pada majlis maya yang diadakan semasa pameran perdagangan Outdoor Retailer Winter Online.

"Kami berbangga untuk berada dalam syarikat yang mempunyai begitu ramai inovator berbakat," kata Huffman. "Kami membayangkan sebuah dunia Acteev melalui kerjasama Ascend dengan pengeluar dan inovator lain untuk menghasilkan produk yang terdiri daripada cadar dan sarung bantal kepada penyental dan gaun hospital, pakaian sukan kasual (athleisure) dan stokin, baju renang serta pakaian intim."

Teknologi Acteev menggunakan ion zink dalam polimer untuk menghasilkan sifat antimikrob yang tahan lama. Ia menghasilkan suatu fabrik yang menghapuskan bakteria dan fungus penyebab bau. Benang dan fabrik Acteev adalah tahan lelas, lembut dan tahan lama. Ini disebabkan ion zink yang dimasukkan semasa proses pempolimeran menjadikan barangan kaitan dan tenunan yang diperbuat dengan Acteev mengekalkan keberkesanan antimikrob hingga 50 kali basuhan.

Ujian pada fabrik kaitan yang dilengkapkan di University of Cambridge menunjukkan bahawa teknologi Acteev menyahaktif SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, dengan keberkesanan pada sentuhan sebanyak 99.9%. Ascend bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memperoleh kelulusan peraturan yang berkenaan bagi membuat tuntutan khusus di A.S.

Ketersediaan produk boleh didapati di acteev.com dan @acteevbyascend di InstagramTwitter dan Facebook.

Tentang Ascend Performance Materials

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Fokus kami ialah untuk meningkatkan kualiti hidup dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpusat di Houston, Texas dan mempunyai pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami adalah penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan lapan kilang pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami yang berjumlah 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, serat dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peralatan perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited untuk keselamatan, kelestarian dan kejayaan pelanggan serta komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Tentang Acteev: acteev.com

Penafian Acteev 

Sila hubungi: Nicki Britton, +1 832-205-4854, nbritt@ascendmaterials.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1424986/acteev_innovation_award.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Textiles Awards Trade show news