omniture

Biar Pengiraan Detik Bermula! Setahun Lagi Menuju Special Olympics World Winter Games Kazan 2022

Special Olympics International
2021-01-24 01:25

WASHINGTON, 24 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Setahun daripada hari ini, Special Olympics World Winter Games 2022 akan bermula di Kazan, Russia. Lebih 2,000 orang atlet Special Olympics dari lebih 100 buah negara akan bersaing dalam tujuh acara sukan dengan disokong oleh 3,000 orang sukarelawan.

Special Olympics World Winter Games Kazan 2022 akan menampilkan kuasa penyertaan, persamaan, kebaikan dan kegembiraan dunia. Acara sukan ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti inklusif dengan mengubah sikap terhadap orang kurang upaya intelektual di Rusia dan di seluruh dunia.

Mary Davis, Ketua Pegawai Eksekutif Special Olympics berkata, "Special Olympics berbangga untuk menganjurkan World Winter Games 2022 di Kazan, Russia. Kazan telah memantapkannya sebagai sebuah bandar yang mampu menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa dan saya yakin World Winter Games 2022 akan meninggalkan legasi penyertaan yang berkekalan di Rusia serta menunjukkan kepada dunia bahawa sukan adalah pemangkin penyertaan dan perdamaian."

Dengan penyertaan 130,000 orang atlet, Special Olympics Russia menganjurkan 5,000 acara sukan untuk orang kurang upaya intelektual pada tahun yang biasa. The World Winter Games di Kazan akan membantu Special Olympics Russia mewujudkan penyertaan sosial untuk kira-kira tiga juta orang kurang upaya intelek di negara ini.

Olga Slutsker, Presiden Special Olympics Russia berkata, "World Winter Games Kazan akan mewujudkan suasana gembira dan kebaikan yang menghilangkan segala halangan dan kebiasaan. Apabila menyentuh tentang penyertaan bagi orang kurang upaya intelektual, kita mendapati bahawa kita lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Sukan berkuasa untuk menyatukan manusia dan World Winter Games Kazan 2022 bakal membina suatu budaya penyertaan di Rusia dan di seluruh dunia." 

Kazan yang dianggap sebagai ibu negara sukan Rusia mempunyai warisan sukan yang kaya dengan kemudahan sukan, infrastruktur serta pangkalan sukarelawan yang mapan dan telah menganjurkan banyak pertandingan sukan bertaraf dunia. World Winter Games Kazan 2022 akan menandakan buat pertama kalinya Special Olympics telah membawa pertandingan global ke Rusia.

Atlet Special Olympics dan Unified Partners akan berpeluang untuk bersaing dalam tujuh acara sukan: ski alpine, papan luncur salji, bola lantai, ski merentas desa, luncur ais berbunga, luncur laju trek pendek dan kasut salji.

Setiap Special Olympics World Games memberi kesan yang akan kekal selama-lamanya. Special Olympics World Games yang terbaru telah meninggalkan legasi dalam perubahan dasar, pelaburan kewangan dan perubahan yang boleh diukur dalam sikap.

Selain daripada pertandingan sukan, Special Olympics World Winter Games 2022 akan memberi tumpuan kepada memperluas program organisasi dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kepemimpinan untuk atlet.

Tentang Special Olympics

Special Olympics ditubuhkan pada tahun 1968 merupakan suatu pergerakan global untuk menamatkan diskriminasi terhadap orang kurang upaya intelek. Kami memupuk penerimaan semua orang melalui kuasa sukan dan program dalam pendidikan, kesihatan dan kepemimpinan. Dengan lebih enam juta atlet dan Unified Partners di lebih 190 buah negara dan wilayah serta lebih satu juta jurulatih dan sukarelawan, Special Olympics membawa lebih 30 sukan jenis Olimpik dan lebih 100,000 permainan dan pertandingan setiap tahun.

Special Olympics World Games dianjurkan pada setiap dua tahun, bergilir antara musim panas dan musim sejuk serta disiarkan di seluruh dunia oleh ESPN, TV rasmi dan rakan siaran radio bagi acara Special Olympics.

Sertai kami di: Twitter, Facebook, YouTube, Instagram, LinkedIn dan blog kami di Medium. Ketahui lebih lanjut di www.SpecialOlympics.org.

Tentang Special Olympics Russia

Special Olympics Russia telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan salah satu program kebangsaan terbesar dalam acara Special Olympics global. Di Rusia, sekitar 130,000 orang kurang upaya intelek terlibat dalam pendidikan jasmani dan kira-kira 5,000 acara budaya fizikal peringkat perbandaran, serantau dan seluruh Rusia dianjurkan setiap tahun di bawah program Special Olympics Russia. Pada masa ini terdapat pejabat serantau Special Olympics di 62 buah wilayah Rusia. Atlet Rusia kurang upaya intelek mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa setiap tahun dalam program Special Olympics Russia serta memegang pelbagai jawatan kepemimpinan.

Special Olympics menyediakan latihan sukan sepanjang tahun dalam pelbagai sukan jenis Olimpik untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya intelek. Latihan peserta Special Olympics yang akan datang telahpun bermula di sekitar Rusia. Atlet Rusia yang kurang upaya intelek boleh menyertai pasukan di wilayah mereka di laman web: https://specialolympics.ru/programs.

Sila hubungi: Jason Teitler, Special Olympics | jteitler@specialolympics.org | +1-347-739-9483

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/701509/Special_Olympics_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Special Olympics International
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Handicapped/Disabled Future Events