omniture

Pengasas Yidu Tech Gong Rujing Berucap Bagaimana AI Berfungsi dalam Bertindak Balas terhadap Krisis COVID-19 di Davos 2O21

Yidu Tech
2021-01-27 12:34 1911

DAVOS, Switzerland, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- "Teknologi inovatif seperti AI telah menjadi sekutu dalam perjuangan memerangi pandemik COVID-19, memainkan peranan penting dalam banyak bidang seperti penyelidikan dan pertimbangan, simulasi serta ramalan pandemik," kata Gong Rujing, pengasas dan pengerusi wanita bagi Yidu Tech (02158.HK), sebuah syarikat teknologi AI perubatan yang terkemuka di China.

Rujing dijemput untuk menghadiri Acara Maya Forum Ekonomi Dunia bagi Agenda Davos dan menyertai perbincangan panel mengenai "Bertindak Balas terhadap Krisis COVID-19" pada 25 Januari.

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis seluruh dunia. Menurut data yang terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kes terkumpul yang disahkan di seluruh dunia melonjak lebih 97 juta, dengan lebih daripada 2 juta orang kehilangan nyawa.

Teknologi inovatif telah menunjukkan kepentingan yang besar dalam perjuangan menangani krisis COVID-19 dan Rujing turut berkongsi pengalaman antipandemik Yidu Tech.

"Ketika pandemik tercetus, kami serta merta menghantar sebuah pasukan ke bandar yang paling teruk dilanda pandemik, Wuhan, membantu institusi-institusi tempatan dalam pengesanan pesakit, kawalan jangkitan dan tugas tindak balas kecemasan yang lain, selain menyediakan sokongan teknikal untuk institusi-institusi berkaitan dalam proses membuat keputusan mereka." Beliau berkata, seraya menambah bahawa Yidu Tech turut membantu banyak bandar dan kawasan lain dalam penyiasatan kebolehkesanan yang cekap berhubung pandemik ini.

Di samping itu, Yidu Tech juga komited untuk meneroka nilai-nilai AI bagi tujuan rawatan perubatan, memanfaatkan kelebihan teknologi syarikat untuk memperkasa penyelidikan saintifik klinikal, proses membuat keputusan awam dan juga kesihatan awam.

Beberapa orang tetamu kehormat, termasuk Peter Maurer, Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Nanaia Mahuta, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri New Zealand, turut menyertai perbincangan Panel Kepimpinan, yang meneliti usaha tindak balas dan pemulihan yang paling berkesan, dengan cadangan dari segi bagaimana perniagaan dan kerajaan dapat memperbaiki dan meningkatkan kolaborasi mereka.

Dalam era globalisasi, tadbir urus negara dan kerjasama antarabangsa telah menjadi semakin penting. Ahli-ahli panel percaya bahawa tahun 2021 akan menjadi tahun yang penting untuk menggalakkan pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia dan semua negara harus merebut peluang untuk bekerjasama dengan satu sama lain dan akhirnya merealisasikan faedah bersama.

Source: Yidu Tech
Related Stocks:
HongKong:2158
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news