omniture

Yili Anugerahkan RMB 100 Juta kepada Pekerja dan Rakan Kongsi Cemerlang, Mulakan Perjalanan Pembangunan Baharu

Yili Group
2021-01-29 18:16 564

HOHHOT, China, 29 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Januari 2021, Yili (Shanghai: 600887) mengadakan mesyuarat tahunan 2020 melalui siaran langsung dengan tema "Merasai Masa Depan" ("Sensing Tomorrow"). Lebih daripada 100,000 peserta menyertainya secara dalam talian termasuk kakitangan Yili, keluarga mereka serta rakan kongsi dari serata dunia. Bagi melambangkan permulaan perjalanan pembangunan yang baharu, Yili melabur sejumlah RMB 100 juta untuk memberi ganjaran kepada pekerja dan rakan kongsinya yang cemerlang di mesyuarat tahunan ini serta persidangan pelanggan yang baru sahaja melabuhkan tirai.

More than 100,000 participants joined the Yili’s online annual meeting including its employees, their families and partners from around the world.
More than 100,000 participants joined the Yili’s online annual meeting including its employees, their families and partners from around the world.

Menghadapi tahun 2020 yang luar biasa, Yili menaik taraf budaya korporatnya pada awal tahun ini dan melancarkan Yili Culture 5.0 bagi menggalakkan budaya "kecemerlangan, tanggungjawab, inovasi, saling menguntungkan dan hormat-menghormati" dan dalam masa yang sama memberi galakan kepada kakitangan untuk berjaya bersama syarikat ini pada masa akan datang. Dengan gabungan usaha semua pihak di Yili, syarikat mencapai pertumbuhan kukuh dalam tiga suku pertama tahun 2020, memasuki senarai "5 Teratas Industri Tenusu Global" lebih awal daripada yang dijangkakan. Sementara itu, nilai jenama Yili meningkat dengan ketara bagi menjadi "No. 1 Industri Tenusu Global", menyuntik keyakinan baharu dalam pertumbuhan industri tenusu global.

Yili sentiasa setia untuk membawa lebih banyak faedah kepada pekerja. Selepas tercetusnya wabak COVID-19, Yili serta merta melancarkan "Rancangan Penjagaan Pekerja", mengagihkan susu kepada pekerja, memperkenalkan "Insurans Kemalangan COVID-19" dan memberi penekanan yang lebih besar terhadap tahap kesihatan mental kakitangannya. Sebagai langkah selanjutnya untuk menyokong pekerja semasa berlakunya pandemik ini, Yili mengumumkan kenaikan gaji pada Februari 2020 dan melancarkan lebih daripada 40 program faedah. Program faedah ini bertujuan untuk meringankan beberapa tekanan kewangan yang berkaitan dengan pembelian rumah, rawatan perubatan dan pendidikan sekali gus memperkenalkan prosedur penjagaan pekerja bagi menyokong pekerja sekiranya berlaku kesukaran yang disebabkan oleh bencana alam yang besar, kecederaan diri, kemalangan dan penyakit.

Melihatkan pasaran luar negaranya, Yili komited untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja globalnya. Sehingga kini, CHOMTHANA, subsidiari Thai Yili telah membeli hampir 5 juta baht bahan pelindung COVID-19 untuk pekerja dan merekodkan tiada jangkitan, memastikan pengeluaran dan operasi kekal tidak diganggu.

Yili juga memberi dorongan kewangan kepada penternak tenusu global dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan, seterusnya memberi kesan positif terhadap industri tenusu global. "Sebelum ini, sukar dan kecewa apabila melihat penternak di kawasan-kawasan lain mendapat lebih banyak sokongan. Kini, kami mempunyai lebih banyak dana yang dilaburkan dalam pembinaan infrastruktur ladang dan kami dapat melihat pulangan yang baik melalui jalinan kerjasama bersama Yili," kata Franco Volckman, penternak tenusu dari New Zealand.

Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, berkata, "Tahun 2021 merupakan titik permulaan bagi dekad baharu. Ayuh kita beri tumpuan baharu terhadap inovasi dan bekerjasama untuk mencipta masa depan yang lebih baik dan merealisasikan impian 'Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Menyeluruh' ('World Integrally Sharing Health').

Berhadapan dengan permintaan pengguna yang rumit dan berubah-ubah serta persekitaran perniagaan yang berkembang pantas, Yili tekad untuk melangkah maju ke hadapan dalam proses mempercepatkan transformasi digital, membina organisasi yang tangkas dan mewujudkan ekosistem peringkat perusahaan. Memandang ke arah masa depan, Yili komited untuk mencipta sebuah syarikat yang lebih pelbagai, bertaraf antarabangsa dan pintar serta bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membawa kesihatan dan pemakanan kepada lebih ramai pengguna di serata dunia. Di samping itu, demi mencapai visi "Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Menyeluruh", Yili akan mewujudkan platform pembangunan yang lebih luas untuk pekerja serta membantu mencipta kehidupan yang lebih baik untuk mereka.

Source: Yili Group
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages