omniture

Shanghai Electric Kuasakan Operasi Percubaan untuk Trem Berpandu-Rel Digital Pertama China Dilengkapi dengan Sistem iDRT

Shanghai Electric
2021-02-02 02:07 191

SHANGHAI, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Operasi percubaan dimulakan secara rasmi untuk Laluan Demonstrasi T1 Zon Perdagangan Bebas Rintis Shanghai di Kawasan Baharu Lin-gang. Sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat dalam pembinaan Laluan Demonstrasi T1, Shanghai Electric Automation Group, ahli Shanghai Electric Group Company Limited, membangunkan sistem pengangkutan rel-digital pintar ("iDRT") pertama China untuk trem berwayar-getah berpandu-rel digital ("DRT") yang digunakan di laluan tersebut. Shanghai Electric membekalkan trek digital, sistem pengurusan operasi, sistem komunikasi rangkaian, tulang belakang komunikasi, sistem platform pintar dan pusat kawalan untuk laluan demonstrasi tersebut; selain mengurus pembekalan, pemasangan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan sistem elektromekanikal.

 

Laluan Demonstrasi T1 mencakupi sembilan stesen merentas panjang keseluruhan sejauh 21.7 kilometer dan dijangka beroperasi sepenuhnya untuk orang awam menjelang Jun tahun ini. Kenderaan berkenaan merupakan kenderaan pertama di China yang mengguna pakai sistem DRT, teknologi utama di dunia yang menggunakan sensor pada trem bagi mengumpul maklumat daripada penanda magnet di atas permukaan jalan raya, membimbing kedudukan kenderaan pada masa sebenar dan mengawal arah tayar getah ketika kenderaan bergerak. Melalui langkah ke hadapan yang penting menuju pengangkutan mesra alam di Kawasan Baharu Lin-gang, Laluan Demonstrasi T1 akan memulakan operasi dengan kuasa elektrik tulen sementara stesen pengisian bahan bakar hidrogen dibina, dengan rancangan untuk beralih sepenuhnya kepada kuasa hidrogen sebaik sahaja boleh digunakan.

Laluan demonstrasi tersebut menggunakan teknologi navigasi paku magnet dan sensor bawah kenderaan yang utama di dunia, yang mempunyai tempoh pembinaan yang singkat dan kurang penempatan permukaan jalan raya dan dalam masa yang sama turut memberi penjimatan tenaga dan pengurangan emisi yang ketara. DRT hanya memerlukan separuh pelaburan pembinaan untuk trem tradisional, bagi memenuhi cita-cita Kawasan Baharu Lin-gang untuk mewujudkan ekosistem pengangkutan yang mesra alam, pintar dan ekstensif.

Aspek utama bagi Laluan Demonstrasi T1 ialah sistem transit rel-digital kapasiti-sederhana yang baharu, ringan dan pintar yang menggunakan penanda magnet sebagai trek trem maya, memanfaatkan trem tayar getah berpandu-rel digital berautonomi sebagai kenderaan dan menerima pakai kawalan kaedah operasi trem moden. Kawalan operasi dan sistem pengurusan mempunyai fungsi penjejakan automatik, operasi bantuan dan keselamatan sebagai ciri-ciri utamanya, dikuasakan oleh teknologi penentududukan sensor berketepatan tinggi, teknologi kawalan terpusat dan teknologi pengurusan pengangkutan pintar.

Hasilnya, iDRT dapat mengawal operasi trem sepanjang trek digital dengan kejituan yang utama di dunia dan memandu secara berautonomi di bawah keadaan hak laluan bebas. Kenderaan tersebut berupaya untuk menyesuaikan kelajuannya, mengelakkan halangan dan menjalankan operasi lain bagi menjamin keselamatan tanpa mengira cuaca. Sementara itu, pemandu menerima maklumat komprehensif berhubung kelajuan sasaran, hentian dan lencongan trek. Dengan kombinasi antara operasi berkos rendah dan fleksibel, sistem transit perintis ini boleh dikendalikan menggunakan jalan raya sedia ada di bandar-bandar - tanpa perlu bersusah payah untuk membina landasan tetap dan seterusnya menjadikannya pilihan ideal untuk pengangkutan bandar.

Susulan pembangunan dan pengujian ekstensif, iDRT kini telahpun memasuki peringkat promosi dan demonstrasi aplikasi. Laluan Demonstrasi T1 ialah platform berharga untuk mendemonstrasikan aplikasi komersial sistem iDRT sekali gus memudahkan kemas kini berulang bagi teknologi dan produk sedia ada sepanjang proses tersebut. Ujian-ujian ini akan meletakkan persediaan asas untuk promosi sistem pada masa akan datang dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Aplikasi komersial DRT yang dilengkapi dengan iDRT di Kawasan Baharu Lin-gang akan memajukan lagi penyelidikan dan pembangunan standard trem digital Shanghai. Dalam masa yang sama, pelancaran Laluan Demonstrasi T1 akan menggalakkan pembangunan terselaras dan penyelenggaraan pintar sistem iDRT selain penerimaan sistem dalam laluan demonstrasi pandu kendiri yang lain.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electrical Utilities Telecommunications Transportation Trucking and Road Transportation Utilities New products/services