omniture

Acronis perkasa penjual dan penyedia perkhidmatan dengan Program Rakan Kongsi #CyberFit bertumpu awan baharu

Program dipertingkat perluas faedah, insentif dan alat yang membolehkan rakan kongsi memodenkan tawaran perlindungan siber mereka, menjana peluang dan pendapatan baharu
Acronis
2021-02-03 11:30 153

SINGAPURA, 3 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju bertaraf global bagi perlindungan siber, mengumumkan perincian mengenai Program Rakan Kongsi #CyberFit Acronis yang baharu. Kemas kini terhadap program sedia ada syarikat ini memberi penekanan yang ditingkatkan dalam menyokong pembangunan rakan kongsi, khususnya untuk perkhidmatan berasaskan awan dan dalam masa yang sama memberi penghargaan kepada penyedia perkhidmatan dan penjual semula atas kepakaran, komitmen dan pertumbuhan mereka bersama Acronis melalui faedah-faedah berdasarkan prestasi dan pampasan biaya.

Program Rakan Kongsi #CyberFit Acronis 2021
Program Rakan Kongsi #CyberFit Acronis 2021

 

Ekosistem awan Acronis telah meningkat lebih sekali ganda sejak tahun 2018 dan tahun lalu menyaksikan pertumbuhan yang terbesar dari segi bilangan rakan kongsi baharu, dengan peningkatan sebanyak 30% dalam bilangan rakan kongsi penyedia perkhidmatan yang aktif pada tahun 2020. Kini, berdasarkan maklum balas daripada rakan kongsinya, Acronis menyediakan program rakan kongsi yang menyokong strategi menuju ke pasaran yang berpandangan jauh bagi membolehkan rakan kongsi menjana lebih banyak lagi sambil menggunakan penyelesaian berasaskan awan yang khususnya sesuai bagi menyahut cabaran perlindungan moden pelanggan mereka.

"Acronis menjadikan keberuntungan rakan kongsi kami sebagai keutamaan. Sejak pelancaran Acronis Cyber Protect tahun lalu, kami menerima maklum balas yang sangat positif daripada rakan kongsi mengenai keupayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan produktiviti golongan profesional IT mereka berganda-ganda. Acronis Cyber Platform membolehkan rakan kongsi untuk mengautomasikan, menyesuaikan dan menyampaikan perlindungan siber pada suatu tahap yang tidak mungkin dapat dilakukan sebelum ini," kata Serguei "SB" Beloussov, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Acronis. "Kini, dengan pengenalan Program Rakan Kongsi #CyberFit baharu, yang memberi tumpuan pada perniagaan Awan, rakan kongsi mempunyai semua alat untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan stabil dan memperkenalkan perkhidmatan perlindungan siber baharu kepada pelanggan mereka."

Program rakan kongsi dipertingkat Acronis

Diperbaharui sebagai program seragam untuk penyedia perkhidmatan dan penjual, Program Rakan Kongsi #CyberFit Acronis kini menyediakan:

  • Insentif kewangan yang meningkat apabila rakan kongi meningkat maju dalam tahap program termasuk rebat dan dana pembangunan pasaran (MDF) berdasarkan cadangan.
  • Aset pemasaran dan jualan, dengan alat automasi pemasaran tambahan dan alat pembaharuan yang akan disediakan pada Mac 2021.
  • Bantuan pengurusan akaun yang bertambah dengan tahap program menerusi sokongan pemasaran khusus disediakan untuk rakan kongsi Platinum.
  • Sokongan teknikal dipertingkat bagi memberi masa respons yang lebih pantas.
  • Latihan jualan dan teknikal melalui Akademi #CyberFit Acronis, dengan kursus-kursus disediakan secara langsung dan dalam talian.

Melihatkan keluasan Program Rakan Kongsi #CyberFit yang dipertingkat, pemerhati industri telah menyatakan bahawa Acronis jelas memberi sokongan yang dicari oleh banyak pihak dalam saluran IT.

"Dalam dunia berfokus digital hari ini, amat penting untuk vendor berhubung dengan mudah dan cekap bersama rakan kongsi bagi mengoptimumkan pengalaman pengguna," kata Phil Goodwin, Pengarah Penyelidikan, IDC. "Program Rakan Kongsi #CyberFit baharu Acronis direka bentuk untuk mewujudkan hubungan yang sebegini. Dengan meningkatkan penawaran ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Acronis telah menunjukkan komitmennya bagi menyediakan sokongan pemasaran, teknikal dan kewangan menyeluruh kepada rakan kongsinya pada masa kini dan akan datang dengan dedikasi terhadap penyelesaian perlindungan siber."

Peningkatan tambahan bakal disediakan

Acronis turut mengumumkan bahawa bermula pada bulan Mac, rakan kongsi akan berupaya untuk melibatkan diri dengan Portal Rakan Kongsi baharu, platform yang akan menjadikan pengurusan akaun dan komunikasi bersama Acronis lebih mudah berbanding sebelum ini.

"Kejayaan rakan kongsi kami juga adalah kejayaan kami," kata Ketua Saluran Acronis Alex Ruslyakov. "Dengan meningkatkan penjualan, pemasaran serta alat dan latihan sokongan teknikal kami, kami menjadikannya lebih mudah daripada sebelum ini untuk rakan kongsi melindungi dan menggembirakan pelanggan mereka dengan penyelesaian perlindungan siber Acronis yang bertaraf dunia. Acronis terus melabur dalam pembangunan dan pertumbuhan rakan kongsi demi manfaat bersama."

Pelancaran hari ini akan diikuti oleh acara Permulaan Rakan Kongsi #CyberFit Acronis 2021, diadakan secara maya pada 2 Februari jam 10 pagi EST. Para hadirin dapat mengetahui lebih lanjut mengenai pelan tindakan Acronis bagi tahun 2021 dan apa yang dapat diharapkan sepanjang tahun ini - termasuk alat baharu tambahan, model pelesenan dan peluang latihan.

Acronis turut memperkenalkan format pelesenan baharu di acara tersebut, yang diwujudkan bagi membantu rakan kongsi mencipta peluang baharu dan aliran pendapatan baharu dengan memperluas perkhidmatan perlindungan siber mereka pada tahun akan datang.

Pendaftaran untuk acara Permulaan Rakan Kongsi #CyberFit Acronis 2021 kini dibuka melalui laman sesawang Acara #CyberFit Acronis.

Rakan kongsi memberi reaksi terhadap program dipertingkat

Dengan mengumumkan program yang diperluas itu, banyak rakan kongsi sedia ada Acronis telah menyambut baik perubahan yang diumumkan.

"Kami teruja dengan program rakan kongsi Acronis yang baharu," kata Kuo Yoong, Pengurus Program Awan, Synnex Australia. "Program ini menggalakkan perkongsian yang lebih kukuh antara rakan kongsi Synnex dan Acronis bagi memperluaskan lagi penyelesaian keselamatan siber Acronis demi melindungi perniagaan penjual semula dalam landskap ancaman yang berkembang ini."

Ketua Pegawai Eksekutif UbiStor, Inc. Dan Hill mempunyai reaksi yang serupa dengan berkata, "Hari ini, kita semua bergantung pada data seperti yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kami berasa senang hati apabila mengetahui data pelanggan kami selamat dan terjamin dengan penyelesaian Acronis yang berkesan dan berpatutan digandingkan dengan perkhidmatan terurus 24/7/365 UbiStor. Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada Program Rakan Kongsi yang baru ditambah baik dan teruja untuk memanfaatkan insentif baharu untuk bekerjasama erat dengan Acronis sebagai rakan kongsi."

Dari Jerman, Thimo Groneberg, Pengarah Urusan di Busymouse berkata, "Kami sentiasa boleh mengharapkan Acronis untuk memahami keperluan syarikat kami. Kini, Acronis telah membawanya ke peringkat seterusnya menerusi Program Rakan Kongsi baharu mereka. Program ini menggalakkan perkongsian yang lebih kukuh yang membuatkan kami berasa lebih selamat dan lebih terlindung daripada jenayah siber dalam landskap ancaman hari ini yang semakin berkembang."

Latar Belakang Acronis

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber yang bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dalam dunia digital yang moden. Menerusi model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan permintaan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem dengan penyelesaian antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan pengurusan perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang inovatif. Dengan teknologi antiperisian hasad berasaskan AI dan pengesahaslian data berasaskan rantaian blok yang memenangi anugerah, Acronis melindungi sebarang persekitaran - bermula daripada awan hingga hibrid serta di premis - pada kos yang rendah dan boleh diramal.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, kini Acronis mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna rumah dan 500,000 syarikat termasuk 100% syarikat Fortune 1000 dan pasukan sukan profesional tahap teratas. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih daripada 40 bahasa.  

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services