omniture

IsWhere Jalin Kerjasama dengan HUAWEI CLOUD Lancar Platform Pemasaran Digital Layan Diri Bantu Peniaga Kedai Fizikal Meningkat dan Berkembang

Dikuasakan oleh HUAWEI CLOUD platform ini menyasarkan untuk membantu komuniti kejiranan bangkit daripada impak Covid-19 dan membina semula perniagaan mereka
HUAWEI CLOUD
2021-02-07 09:00 2755

SINGAPURA, 7 Februari 2021 /PRNewswire/ -- IsWhere yang beribu pejabat di Singapura bekerjasama dengan peneraju ICT bertaraf global, Huawei untuk melancarkan platform pemasaran digital layan diri secara rasmi bagi membantu peniaga kedai fizikal mengembangkan perniagaan mereka dalam kawasan kejiranan mereka dan turut menarik pengguna baharu.

Setahun dikenakan sekatan pergerakan dan pergerakan yang terbatas akibat COVID-19 mendapati peniaga di Singapura dan seluruh dunia bergelut untuk menghadapi perubahan perniagaan mereka. Menggunakan teknologi mudah alih berdasarkan lokasi IsWhere dan dikuasakan HUAWEI CLOUD, platform ini memperkasa peniaga kedai fizikal untuk meningkatkan pengurusan hubungan pelanggan (CRM) mereka, menyiarkan pelbagai iklan dan promosi produk yang akan membantu mereka mendekati pelanggan yang berada di kawasan sekitar dengan serta merta melalui peranti mudah alih mereka.

Nicholas Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei International berkata, "Perkongsian Huawei-IsWhere menyokong pendigitalan pesat perniagaan runcit dan pemasaran pengguna bagi membantu peniaga membina semula dan mengembangkan perniagaan mereka. Hari ini, lebih penting berbanding sebelum ini, kami bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi kami bagi memastikan pelanggan mereka berupaya mengubah dan meningkatkan perniagaan mereka dalam waktu yang mencabar ini."

Penyepaduan enjin kecerdasan buatan (AI) HUAWEI CLOUD dengan platform IsWhere membolehkan peniaga memprofilkan tingkah laku pengguna dan memberi cadangan makanan, perkhidmatan runcit membeli belah dan tempat tarikan yang berada di kawasan sekitar. Melalui aplikasi GPSnya, peniaga boleh mengesan pelanggan dalam jarak beberapa kilometer dari kedai mereka dan berkomunikasi dengan pelanggan ini 24/7 menggunakan terjemahan mesin waktu sebenar yang membantu menterjemahkan teks daripada sumber kepada bahasa sasaran yang beroperasi di HUAWEI CLOUD. Dengan bantuan penskalaan automatik, IsWhere berupaya menyesuaikan lebar jalurnya bagi memastikan prestasi pengkomputeran pentadbiran dapat menyokong laman sesawang dan aplikasi mereka bagi menjamin kejayaan pelancaran projek.

"Platform IsWhere diwujudkan untuk membantu pengguna membuat pilihan bermaklumat dengan mudah dan selamat tanpa perlu meninggalkan keselasaan rumah mereka. Walaupun sekatan semakin dilonggarkan, kami masih mahukan pelanggan dan pembeli belah kami selamat. Melalui platform ini, pengguna boleh melakukan carian mudah dan menemui promosi terbaik yang ada di kawasan berhampiran untuk mendapatkan makanan, membeli belah dan banyak lagi perkhidmatan tempatan yang lain sebelum terus pergi ke kedai peniaga untuk membuat pembelian mereka," kata Terence Mak, Pengasas IsWhere.

Menerusi perkongsian ini, IsWhere menyasarkan untuk memanfaatkan rangkaian luas Huawei bagi mempercepatkan pertumbuhan dalam lebih banyak komuniti tempatan dan berupaya untuk melancarkannya di beberapa negara lain bersama rakan-rakan kongsi yang lain pada tahun ini. Lebih 570 juta pengguna peranti digital Huawei akan mendapat manfaat daripada penggunaan aplikasi IsWhere untuk mengesan promosi dan tawaran dipilih khusus yang paling hampir dengan mereka.

Perkukuh Perkongsian IsWhere-Huawei di Thailand untuk Promosikan Lawatan Kuil yang Selamat

Selain daripada pelancaran Singapura, IsWhere juga telah berkolaborasi dengan Huawei CLOUD di Thailand untuk melancarkan projek "Digital Temple Thailand" ("Kuil Digital Thailand") dengan kerjasama Thailand National Office of Buddhism (ONAB). Platform ini membolehkan 42,000 kuil Thai untuk mempromosikan aktiviti kuil dengan selamat buat pengguna mudah alih mereka terutamanya di sekitar kawasan kejiranan setempat. Di samping itu, lebih 4,700 tempat tarikan pelancong tempatan, yang dibenarkan oleh Lembaga Pelancongan Thailand didaftarkan di platform pemasaran ini untuk mempromosikan perjalanan domestik yang selamat di bawah pandemik COVID-19.

Selain mempromosikan lawatan kuil yang selamat dan carian berdasarkan lokasi, IsWhere turut bekerjasama dengan AIS Business, Teleinfo Media, Office of National Buddhism (ONAB) serta Kementerian Perdagangan (Nakhonpathom), Majlis Pelancongan Thailand (TCT) dan Persatuan Kopi Thailand (Thai Coffee Association) yang telah menjemput semua ahli peniaga mereka untuk menggunakan IsWhere bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services