omniture

Jadilah idola muzik baharu di Asia dan dunia bersama Djooky Music Awards

Djooky
2021-02-17 10:35 278
  • Pendaftaran dibuka untuk peserta dari seluruh dunia hingga 20 Februari 

BANGKOK, 17 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Bagi mempromosikan dan mengembangkan bakat muzik di seluruh dunia dan sebagai kaedah alternatif untuk mendemokrasikan industri muzik, platform untuk artis dan penggubah lagu Djooky memaklumkan bahawa ia telahpun membuka pendaftaran untuk edisi musim sejuk bagi Djooky Music Awards (DMA), pertandingan lagu dalam talian global yang pertama dan pada kesempatan ini, Djooky menumpukan perhatian terhadap Asia, agar pendaftaran di rantau ini berkembang.

Jadilah idola muzik baharu di Asia dan dunia bersama Djooky Music Awards. Pendaftaran dibuka untuk peserta dari seluruh dunia hingga 20 Februari
Jadilah idola muzik baharu di Asia dan dunia bersama Djooky Music Awards. Pendaftaran dibuka untuk peserta dari seluruh dunia hingga 20 Februari

Dilancarkan pada April tahun lalu, Djooky ialah platform digital yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan perkembangan industri muzik di seluruh dunia dan membawa artis lebih dekat dengan khalayak yang berbeza, selain membuka ruang baharu dalam industri muzik.

Syarikat ini disokong dan diasaskan bersama Brian Malouf, seorang penerbit Amerika yang menerima anugerah berbilang platinum yang pernah bekerjasama dengan artis-artis hebat seperti Madonna, Michael Jackson, Queen, Pearl Jam, Miley Cyrus, Demi Lovato, Selena Gomez, Jonas Brothers dan Stevie Wonder, antaranya.

Platform ini menerima pendaftaran daripada artis seluruh dunia 

Djooky dibuka untuk pendaftaran penggubah lagu, pemuzik amatur dan pemuzik profesional daripada sebarang genre muzik. Sehingga ke hari ini, artis-artis dari enam benua telahpun mendaftar. Bagi memperoleh pengiktirafan DMA, artis dan/atau penggubah lagu akan berpeluang untuk mendaftar hanya sebuah lagu sebelum 20 Februari 2021, tarikh bilamana tiga peringkat pertandingan tersebut akan bermula, yang melibatkan pusingan pengundian peringkat negara, benua dan global.

Pihak juri terdiri daripada pemenang British yang dinobatkan dengan Ivor Novello Award sebanyak dua kali dan calon Anugerah Grammy Sacha Skarbek, yang terkenal kerana menulis lagu single popular James Blunt "You're Beautiful" dan "Goodbye My Lover," serta lagu popular Miley Cyrus "Wrecking Ball"; pemuzik dan pencipta lagu yang memenangi anugerah dan calon Anugerah Grammy sebanyak empat kali Patrice Rushen, yang menggubah dan merakamkan lagu popular "Forget Me Nots"; dan Justin Gray, yang pernah bekerjasama dengan pelbagai artis seperti Avril Lavigne, Mariah Carey, David Bisbal, Luis Fonsi dan Amy Winehouse, antara lain. Wakil dari Asia ialah Mike Angelo.

Anugerah  

Para artis boleh memenangi lawatan ke Capitol Studios (LA, AS), iaitu peluang untuk merakamkan lagu bersama pasukan penerbitan yang bertaraf dunia, sesi latihan bersama pakar muzik yang terbaik di dunia serta hadiah wang tunai.

Untuk mendaftar sebagai artis atau pencipta lagu dan memuat naik lagu, sila ke laman sesawang Djooky https://djookyawards.com/

 

Source: Djooky
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Music Telecommunications Asian-related news