omniture

Telekom Malaysia Berhad Jalin Kerjasama dengan MoEngage Dorong Pemasaran Pelanggan Utamakan-Digital

MoEngage
2021-02-17 13:02 102

SAN FRANCISCO, 17 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan platform penglibatan pelanggan didayakan AI yang berpangkalan di San Francisco - MoEngage bagi mendorong strategi pemasaran pelanggan digital Unifi.

Platform MoEngage akan dimanfaatkan untuk mendayakan penglibatan berbilang saluran yang lancar buat pelanggan Telekom Malaysia di seluruh negara.

"Perkongsian kami bersama MoEngage akan membantu kami menyediakan pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami melalui penglibatan diperibadikan merentas pelbagai titik sentuh digital. Kami berharap dapat menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan lebih baik dan membantu mereka membuat keputusan yang bermaklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami sekali gus terus mengukuhkan hubungan bersama pelanggan sedia ada kami," kata Safiyya Rusli, Ketua Bahagian Digital, unifi.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Telekom Malaysia dan membantu mereka menerusi inisiatif pemasaran pelanggan mereka. Sektor telekomunikasi di seluruh Asia Tenggara sedang mengalami transformasi digital dan kami berharap dapat membantu Telekom Malaysia mencapai pemasaran pelanggan yang terbaik dalam kelas," kata Raviteja Dodda, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MoEngage Inc.

MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang dibina untuk pemasar yang peka terhadap pelanggan dan pemilik produk. MoEngage mendayakan pemperibadian hiper yang luas merentas pelbagai saluran seperti tolakan mudah alih, emel, dalam-aplikasi, tolakan web, mesej di lapangan dan SMS. Dengan pengautomatan dan pengoptimuman berkuasa AI, jenama-jenama boleh menganalisis tingkah laku audiens dan melibatkan pengguna dengan komunikasi diperibadikan di setiap titik sentuh dalam seluruh kitaran hayat mereka. Lebih daripada 1,000 jenama seperti Tokopedia, CIMB Bank Philippines, Zilingo, Samsung, Flipkart, One Championship, Bukalapak, Kredivo, Ola dan Deutsche Telekom, merentas 35 negara menggunakan MoEngage untuk menghantar 50 bilion mesej kepada 500 juta pengguna setiap bulan. Dengan pejabat-pejabat di sembilan negara, MoEngage disokong oleh pelabur-pelabur terkemuka seperti Eight Roads, F-Prime Capital, Matrix Partners, Helion Ventures, Exfinity Ventures dan Venture East. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.

Baru-baru ini juga MoEngage telah diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant 2020 untuk Platform Pemasaran Mudah Alih, Pelaksana yang mantap dalam Forrester Wave 2020 untuk Pengautomatan Penglibatan Mudah Alih dan oleh G2 sebagai Salah Sebuah Syarikat Perisian Terbaik bagi tahun 2021. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.

https://www.moengage.com/in-the-news/telekom-malaysia-berhad-partners-with-moengage-to-drive-digital-first-customer-marketing/ 

Source: MoEngage
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements