omniture

CGTN:Apa peranan China dalam perjuangan global menentang COVID-19?

CGTN
2021-02-18 01:41 209

BEIJING, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pandemik COVID-19, yang memberi kesan ke atas semua negara, telah menegaskan baik dari segi cara China menangani cabaran global mahupun visinya terhadap dunia yang lebih baik.

Sebagai negara utama pertama yang dapat membendung virus tersebut dengan berkesan dan satu-satunya ekonomi utama yang mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun lalu, China berada di barisan hadapan dalam perjuangan global – yang mempercayai bahawa COVID-19 tidak mengenal sempadan dan tidak dapat ditewaskan tanpa berusaha bersama-sama.

"Selepas setahun mengalami kesukaran, kami dapat memahami lebih daripada sebelum ini mengenai kepentingan komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan Tahun Baharu beliau pada hari terakhir tahun 2020.

Pandemik ini menghalang Xi daripada melakukan perjalanan ke luar negara, sungguhpun begitu, ia merupakan tahun diplomasi yang sibuk untuk presiden Cina berkenaan. Beliau mengadakan 87 mesyuarat maya dan panggilan telefon bersama pemimpin-pemimpin asing dan ketua-ketua organisasi antarabangsa serta menghadiri 22 acara dwihala atau pelbagai hala dalam bentuk "diplomasi awan", bagi menyeru perpaduan dan kerjasama demi menangani krisis ini.

'Senjata paling ampuh' 

China – terutamanya wilayah tengahnya Hubei dan ibu kota wilayah Wuhan – terjejas teruk oleh wabak COVID-19: Hampir 90,000 kes yang disahkan telah dilaporkan di tanah besar Cina dan lebih daripada 4,600 nyawa telah terkorban; penduduk di wilayah yang paling teruk terjejas terpaksa menanggung sekatan pergerakan selama berminggu-minggu, malah berbulan-bulan lamanya, sementara penduduk di seluruh negara telah memberi kerjasama meskipun terdapatnya sekatan perjalanan, walaupun semasa cuti Tahun Baharu Cina; keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara tersebut menguncup 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam suku pertama tahun 2020.

Menjadikan kehidupan dan kesihatan orang ramai sebagai keutamaan, China telah memotong sebahagian besar saluran penghantaran virus tersebut, biarpun terdapatnya kes-kes yang sekali sekala muncul pada musim sejuk. Kawalan wabak yang berjaya menyumbang kepada pemulihan ekonomi yang pantas, dengan KDNK negara berkembang sebanyak 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2020.

Sementara itu, China memenuhi tanggungjawabnya sebagai negara utama dan saling bahu-membahu memerangi bersama seluruh pelosok dunia terhadap ancaman yang sama terhadap umat manusia yang ditimbulkan oleh COVID-19.

"Perpaduan dan kerjasama merupakan senjata kami yang paling ampuh untuk memerangi virus tersebut," kata Xi dalam ucapan semasa pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-73 pada bulan Mei.

"Ini merupakan pengajaran utama yang dipelajari oleh dunia daripada perjuangan memerangi HIV/AIDS, Ebola, influenza avian, influenza A (H1N1) dan wabak utama yang lain. Perpaduan dan kerjasama juga merupakan cara pasti yang melaluinya kita, penduduk dunia, dapat menewaskan novel coronavirus ini," kata beliau melalui pautan video.

China menganjurkan kempen kemanusiaan global terbesarnya sejak tahun 1949, memberi bantuan antivirus kepada lebih 150 negara dan 10 organisasi antarabangsa serta menghantar 36 pasukan perubatan ke 34 negara yang memerlukan.

Dalam ucapan beliau di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-73, Sidang Kemuncak China-Afrika Luar Biasa mengenai Perpaduan menentang COVID-19, Sidang Kemuncak BRICS ke-12, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-27 dan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin G20 ke-15, Xi berulang kali berjanji untuk menjadikan vaksin COVID-19 Cina sebagai "barangan awam global" yang mudah dicapai dan berpatutan untuk penduduk di seluruh dunia.

China turut menunaikan janji berkenaan dengan menyediakan vaksin kepada negara-negara termasuk Kemboja, Chile, Peru, Pakistan, Serbia, Hungary, Guinea Khatulistiwa, Laos, Mexico, Zimbabwe, Republik Dominika dan Thailand, yang kebanyakannya merupakan negara-negara sedang membangun.

"Kami berasa amat berbesar hati dan ini dapat menggambarkan dengan jelas berkenaan hubungan antara kami dengan rakyat China," kata Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa pada minggu lalu ketika beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas sumbangan sebanyak 200,000 dos vaksin.

Menyasarkan masa depan yang lebih baik 

Selain membantu menangani krisis kesihatan yang dicetuskan oleh pandemik ini, China menyumbang kepada pemulihan ekonomi seluruh dunia dan peningkatan tadbir urus global dalam era pasca COVID-19.

Presiden Xi merayu kepada ekonomi yang terkemuka di dunia untuk meningkatkan pemulihan ekonomi seawal bulan Mac, apabila coronavirus merebak dengan pantas ke seluruh dunia.

"Saya ingin menyeru semua anggota G20 untuk mengambil tindakan kolektif – memotong tarif, menghapuskan halangan dan memudahkan aliran perdagangan yang tidak terbatas," kata Xi di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Maya Luar Biasa G20 mengenai COVID-19 "Kita bersama-sama dapat memberi isyarat yang kukuh dan mengembalikan keyakinan demi pemulihan ekonomi global."

Berucap di Sidang Kemuncak Riyadh G20 pada bulan November, beliau menyeru usaha bersepadu daripada ekonomi utama bagi menggalakkan pembangunan yang lebih inklusif dan meningkatkan tadbir urus global.

G20, yang memainkan peranan penting dalam perjuangan global menentang COVID-19, harus mendukung multilateralisme, keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama yang saling memberi manfaat serta tetap seiring dengan perkembangan zaman, kata presiden Cina tersebut.

"Kita harus mengekalkan sokongan kita untuk negara-negara sedang membangun dan membantu mereka menangani kesukaran yang disebabkan oleh pandemik ini," ujar beliau kepada pemimpin-pemimpin G20 yang lain.

Bagi meringankan beban hutang negara-negara miskin, China melaksanakan sepenuhnya Inisiatif Penangguhan Perkhidmatan Hutang (DSSI) G20, dengan jumlah keseluruhan melebihi $1.3 bilion, ujar Xi.

G20 melancarkan DSSI pada bulan April untuk menampung keperluan kecairan segera negara-negara berpendapatan rendah, membenarkan pembayaran perkhidmatan hutang yang terhutang bermula dari 1 Mei hingga akhir tahun 2020 yang dimiliki oleh negara-negara paling miskin ditangguhkan. Seterusnya, penangguhan hutang dilanjutkan selama enam bulan lagi hingga 30 Jun 2021.

China juga telah menetapkan matlamat yang lebih bercita-cita tinggi bagi menangani perubahan iklim dan mendorong pembangunan mampan. Xi mengumumkan pada bulan September bahawa negara berkenaan akan berusaha untuk mencapai puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060.

"COVID-19 mengingatkan kita bahawa umat manusia harus memulakan revolusi mesra alam dan melangkah lebih pantas untuk mewujudkan cara pembangunan dan kehidupan yang mesra alam," kata beliau dalam ucapan di Perbahasan Umum sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Xi mendedahkan sasaran selanjutnya pada bulan Disember di Sidang Kemuncak Cita-cita Iklim bagi menandakan ulang tahun kelima Perjanjian Paris berhubung perubahan iklim.

Menjelang tahun 2030, China akan menurunkan emisi gas karbon dioksidanya bagi setiap unit KDNK sebanyak lebih 65 peratus daripada paras tahun 2005, meningkatkan bahagian bahan api bukan fosil dalam penggunaan tenaga utama kepada sekitar 25 peratus, meningkatkan volum stok hutan sebanyak enam bilion meter padu daripada paras tahun 2005 dan membawakan jumlah kapasiti terpasang bagi kuasa angin dan solar kepada lebih 1.2 bilion kilowatt, kata beliau.

Dunia dapat melihat perubahan ketara yang dicetuskan oleh COVID-19. China, sambil bertindak untuk menangani cabaran tersebut di dalam negaranya, menggalas tanggungjawab yang lebih besar bagi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik selepas berlakunya krisis ini.

Artikel asal : di sini.

Source: CGTN
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service