omniture

Procter & Gamble komited terhadap tindakan berani dorong Kesaksamaan Gender di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika

Deklarasi diumumkan di sidang kemuncak Kesaksamaan Gender #WeSeeEqual P&G dan UN Women yang menyaksikan penyertaan daripada penyokong-penyokong kesaksamaan global Indra Nooyi dan Bonang Matheba.
Procter & Gamble
2021-02-18 09:39 379

SINGAPURA, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Procter & Gamble (NYSE:PG) mengumumkan deklarasi baharu yang bertujuan untuk mendorong kesaksamaan gender di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, di sidang kemuncak #WeSeeEqual tahunan kali ketiganya untuk rantau berkenaan. Dianjurkan secara maya buat julung kalinya, acara ini menyaksikan penyokong-penyokong dan personaliti-personaliti terkenal daripada sektor-sektor swasta dan awam berhimpun bagi mengatasi cabaran kesaksamaan gender serta wanita yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

Presiden P&G untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Magesvaran Suranjan berucap di sidang kemuncak #WeSeeEqual tahunan ketiga
Presiden P&G untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Magesvaran Suranjan berucap di sidang kemuncak #WeSeeEqual tahunan ketiga

Dibina berdasarkan tema '#Unsaid and #Undone' (Didiamkan dan Dibiarkan), sidang kemuncak berkenaan menghimpunkan suara-suara terkemuka mengenai Kesaksamaan Gender bagi mencabar perbincangan semasa dan komited terhadap tindakan yang diperlukan untuk mencapai kemajuan. Presiden P&G untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Magesvaran Suranjan, mengumumkan deklarasi yang berikut:

  • P&G akan mendidik lebih daripada 30 juta gadis remaja mengenai akil baligh dan kebersihan diri di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika melalui program Always and Whisper 'Keeping Girls in School' sepanjang tiga tahun akan datang.
  • P&G komited untuk membelanjakan jumlah kumulatif sebanyak $200 juta dolar AS dengan bekerjasama dengan erat bersama perniagaan-perniagaan milik wanita di seluruh rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika menjelang tahun 2025.
  • P&G memperkenalkan 'Share the Care', satu dasar cuti ibu bapa yang baharu di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika. Di bawah program 'Share the Care' baharunya, semua ibu bapa baharu akan layak mendapat cuti bergaji penuh selama minimum 8 minggu, dengan tambahan cuti bersalin selama 6 minggu untuk ibu yang melahirkan.
  • P&G komited untuk mencapai keseimbangan gender 50-50 dalam seluruh tenaga kerja pengurusannya di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika menjelang penghujung tahun kalendar 2022.

Magesvaran Suranjan berkata: "Kita telah mencapai kemajuan yang besar dalam kesaksamaan gender dan kita tidak boleh membiarkan kemajuannya terhakis. Kita perlu bertindak sekarang bagi memastikan agar ketika kita terus bertindak balas terhadap krisis kesihatan dan ekonomi, kita mencari jalan untuk menggalakkan pemerkasaan ekonomi dan kesaksamaan wanita, dalam bidang pendidikan, di rumah dan di tempat kerja. Di P&G, kami akan tetap menggunakan suara syarikat kami dalam forum-forum seperti #WeSeeEqual bagi mendorong perbincangan dan tindakan terhadap isu-isu yang penting."

Diadakan dengan kerjasama UN Women, Sidang Kemuncak #WeSeeEqual serantau tahunan kali ketiga melibatkan ketua perniagaan, pegawai kerajaan dan pempengaruh selebriti dalam perbualan secara terbuka berkisarkan kesaksamaan gender – tumpuan Matlamat Pembangunan Lestari PBB #5 - serta perbincangan mengenai tindakan strategik dalam melangkah ke hadapan untuk menangani ketaksamaan gender.

Selain daripada ketua-ketua P&G global dan serantau, Sidang Kemuncak berkenaan turut menyaksikan penyertaan daripada personaliti-personaliti berpengaruh serta pemimpin-pemimpin global termasuk:

  • Anita Bhatia, Timbalan Pengarah Eksekutif UN Women
  • Indra Nooyi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi PepsiCo
  • Bonang Matheba, Personaliti Media, Usahawan dan Dermawan Afrika Selatan

Timbalan Pengarah Eksekutif UN Women Cik Anita Bhatia berkata, "Kemajuan yang dibuat sepanjang beberapa dekad yang lalu terhadap kesaksamaan gender mengalami risiko untuk kembali ke peringkat asal ekoran impak COVID-19. Namun begitu, pandemik ini turut memaksa kita semua untuk berfikir dengan cara berbeza dan memberi kita peluang untuk membina semula dengan lebih baik – tanpa keseimbangan kuasa dan diskriminasi gender pada masa lalu. Agar ia dapat dijayakan, kita perlu bekerjasama dengan rakan kongsi, termasuk badan korporat, kerajaan dan masyarakat awam. Sidang Kemuncak #WeSeeEqual hari ini dan inisiatif-inisiatif oleh pelbagai pemegang kepentingan yang lain seperti Gabungan Tindakan Forum Kesaksamaan Generasi akan datang merupakan peluang yang sangat penting untuk meraih perubahan dan kemajuan ke arah mencapai kesaksamaan gender dengan pasti."

Pengakuan terhadap cabaran masyarakat dan keluarga, kepentingan dasar yang berasaskan kesaksamaan, pengenalpastian jangkaan stereotaip terhadap lelaki dan peranan segmen pengiklanan dan media dalam mengubah isu berat sebelah merupakan beberapa topik utama yang dibincangkan dalam pelbagai panel sepanjang sidang kemuncak tersebut berlangsung. Bagi memberi inspirasi kepada badan korporat mahupun masyarakat, sidang kemuncak tersebut turut menjemput Ketua Pegawai Jenama P&G Marc Pritchard dan Personaliti Media, Usahawan dan Dermawan Afrika Selatan, Bonang Matheba, untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka dalam memanfaatkan suara mereka dalam bidang pengiklanan dan media agar dapat mendekati berjuta-juta orang, mencabar peranan gender yang sempit dan memperkasa golongan lelaki dan juga wanita.

Selain daripada deklarasi tersebut, Sidang Kemuncak 2021 turut menyaksikan penubuhan Majlis Pemimpim-pemimpin Muda P&G yang berperanan untuk menasihati syarikat berhubung hal-hal mengenai kesaksamaan gender secara dalaman mahupun luaran.

Program #WeSeeEqual menunjukkan komitmen P&G yang berterusan untuk mewujudkan dunia yang lebih sama rata dan baru-baru ini diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan Korporat untuk Pemerkasaan Wanita Setiausaha Negara A.S. P&G menggalakkan kesaksamaan gender melalui pelbagai inisiatif di seluruh rantau sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya terhadap kesaksamaan dan keterangkuman selain merupakan sebahagian daripada usaha Syarikat untuk merealisasikan 2,021 Tindakan Kebaikan (Acts of Good) pada tahun 2021. Sebagai salah satu pengiklan yang terbesar di dunia, P&G dan jenama-jenamanya akan terus memanfaatkan suara mereka yang berpengaruh dalam bidang media dan pengiklanan bagi mendorong kesedaran yang selanjutnya, menangani isu berat sebelah gender, mencetuskan perbualan dan mendorong perubahan.

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk including Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai P&G serta jenama-jenamanya.

Source: Procter & Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news Women-related news