omniture

Penyelesaian LED semua-dalam-satu AOTO Capai Kejayaan Cemerlang untuk Pendidikan

AOTO
2021-02-18 10:04 183

SHENZHEN, China, 7 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Persekitaran pendidikan merupakan ruang yang pelbagai. Bermula dari bilik darjah hingga dewan kuliah, perpustakaan hingga makmal, terdapatnya keperluan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian paparan LED bagi mengeratkan hubungan dan kolaborasi. Penyelesaian LED semua-dalam-satu AOTO menjadi penerajunya pada setiap tahap.

Dalam pasaran domestik syarikat, China, Penyelesaian LED semua-dalam-satu AOTO mencapai piawaian yang diharapkan bersama beberapa institusi berprofil tinggi, termasuk Zhengzhou University dan Southern University of Science and Technology China.

Penyelesaian LED semua-dalam-satu CV AOTO menawarkan aspek ini: Bingkai sentuhan inframerah yang berciri intuitif untuk disediakan dan digunakan; fungsi-fungsi seperti papan putih pintar dan anotasi di lapangan terbina dalam untuk interaktiviti dan penyertaan serta merta. Sambungan tanpa wayar membolehkan perkongsian skrin dibuat melalui komputer, telefon atau tablet PC, agar perkongsian bahan-bahan untuk perbincangan menjadi mudah dan jelas. Sementara itu, berbilang konfigurasi gambar-dalam-gambar memastikan maklumat mudah dilihat, dikemas kini dan diusahakan bersama-sama.

Keselesaan tontonan juga turut sama dipertimbangkan. Penyelesaian LED semua-dalam-satu memberikan sudut tontonan 180-darjah, perlindungan mata daripada blu-ray dan teknologi pengurangan Moiré bagi mengekalkan tumpuan dan penglibatan pelajar dari setiap tempat duduk dalam kelas. Berasaskan teknologi Mini LED yang terkini, Penyelesaian semua-dalam-satu CV mempunyai anggul halus dan ketekalan warna yang andal demi prestasi visual yang unggul.

Penyelesaian LED semua-dalam-satu Paparan Bersepadu Pintar (SID) AOTO turut menyumbang dengan saiz paparan 120-inci, bagi meningkatkan proposisi mahupun potensi. Turut disediakan sebagai paparan 150-inci dan 180-inci, struktur ultra nipisnya mengatasi produk LED konvensional sebanyak 50%.

Penyelesaian semua-dalam-satu SID ialah sistem penyampaian yang memberi impak dan mewah yang dapat menyesuaikan kecerahan persekitaran di sekitar skrin dengan pintar bagi menumpukan perhatian penonton terus pada skrin. Dikawal dengan mudah melalui telefon bimbit dari mana-mana sama ada di dalam dewan atau auditorium, skrin ini akan turut menyesuaikan fungsinya ke tahap kecerahan optimum. Dengan sistem audio bersepadu dan Algoritma AI bersepadu yang berkuasa, ia dapat melangkaui jangkaan sekadar paparan.

Penyelesaian LED semua-dalam-satu AOTO bersesuaian dengan keperluan pasaran pendidikan, membuka kemungkinan baharu dan cara baharu untuk belajar. Penyelesaian semua-dalam-satu AOTO membawa keupayaan pintar, interaktiviti dan penglibatan imaginatif ke persekitaran bilik darjah dan penyelidikan berdasarkan kumpulan serta menarik perhatian penonton auditorium dan juga dewan kuliah. Walau bagaimanapun, aspek paling penting daripada penawaran ini ialah kestabilan dan keselamatan penyelesaian. AOTO memberi jaminan bahawa fungsian canggih akan berfungsi, secara berterusan dan mudah serta menerusi kemudahan daripada AOTO.

HUBUNGI: 
Jabatan Pemasaran AOTO
marketing@aoto.com
+86-755-26719655

 

Source: AOTO
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Education Electronic Components New products/services