omniture

Ryan Ding: 5G Menerangi Masa Depan

Huawei
2021-02-19 15:27 428

SHENZHEN, China, 19 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Di sesi pra-taklimat media dan juruanalisis dalam talian Huawei untuk MWC Shanghai 2021, Ryan Ding, Pengarah Eksekutif dan Presiden Carrier Business Group menyampaikan ucapan dasar bertajuk "5G Menerangi Masa Depan" ("5G Lighting up the Future").

"2020 merupakan tahun yang sukar. Sepanjang tempoh ini, Huawei bekerjasama erat bersama pelanggan kami," En. Ding memulakan ucapan. Pada tahun 2020, Huawei menyokong operasi stabil yang melibatkan 300 rangkaian merentas lebih daripada 170 negara dan membantu operator menyediakan perkhidmatan dalam talian serta meminimumkan impak pandemik terhadap perniagaan mereka. Melalui jalinan kerjasama dengan Huawei, operator dapat menarik 22 juta pengguna jalur lebar kediaman tanpa wayar baharu di seluruh dunia. Hasil daripada kerjasama ini, orang ramai dapat mengakses perkhidmatan teleperubatan dan bekerja dari rumah dengan mudah.

5G membangun lebih pantas daripada yang kami jangkakan. Lebih daripada 140 rangkaian 5G komersial telah digunakan di 59 negara. Menurut Ding, lebih 50% daripada rangkaian ini dibina oleh Huawei. Ekosistem berkenaan juga semakin matang. Di China, lebih daripada 68% telefon pintar yang dihantar pada tahun 2020 merupakan telefon 5G. Lebih daripada 200 modul 5G dan peranti industri kini tersedia, bagi menyokong aplikasi 5G dalam rangkaian industri yang luas.

Ryan Ding: 5G Lighting up the Future
Ryan Ding: 5G Lighting up the Future

Huawei membantu operator membina rangkaian terbaik. Menurut laporan tahun 2020 daripada pihak ketiga, termasuk IHS, P3, OpenSignal dan Meqyas, rangkaian 5G terbaik di Seoul, Amsterdam, Madrid, Zurich, Hong Kong dan Riyadh kesemuanya merupakan rangkaian yang dibina oleh Huawei. Ding menegaskan bahawa pengalaman rangkaian yang hebat menjadi asas kejayaan perniagaan dan kesemua 6 bandar ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya dari segi inovasi kolaboratif kami bersama operator. Sebagai contoh, dengan menggunakan 64T64R AAUs Huawei dan algoritma berbilang antena yang utama, LG U+ mencapai kecekapan spektrum yang lebih tinggi dan pengalaman rangkaian lebih baik sebanyak lebih 25% berbanding operator lain. Dengan Blade AAU Huawei, yang boleh beroperasi menerusi Sub3G mahupun C-Band, Sunrise dapat memendekkan masa pemerolehan tapak daripada 24 bulan kepada 6 bulan dan merupakan satu-satunya operator dengan 5 penarafan cemerlang berturut-turut di Switzerland.

5G menjadi sebahagian daripada proses pengeluaran teras dalam industri-industri. Menuju ke hadapan, En. Ding benar-benar yakin terhadap prospek penggunaan aplikasi industri 5G berskala besar pada tahun 2021.

Aplikasi 5G telahpun digunakan dalam lebih daripada 20 industri, termasuk pengilangan, rawatan kesihatan, pendidikan dan logistik. Ding menunjukkan contoh-contoh di China yang mana aplikasi industri 5G sudahpun membuktikan nilainya seperti dalam perlombongan arang batu, pembuatan keluli dan pengilangan, yang mana penerimaan 5G telah menjadikan pengeluaran lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap, menurut Ding. Ding menekankan bahawa, "5G bukan lagi untuk pengamal awal, ia meningkatkan kehidupan harian kita. Tahun 2021 akan menjadi tahun pertama dengan aplikasi industri 5G secara besar-besaran. Operator akan memerlukan keupayaan baharu dalam perancangan, penggunaan, penyelenggaraan, pengoptimuman dan operasi rangkaian demi mencapai "0 ke 1" dan mengulangi kejayaan daripada 1 menjadi banyak. Huawei akan mengadakan pameran dan perbincangan mendalam mengenai topik-topik ini bersama pemegang kepentingan industri secara dalam talian dan luar talian di MWC Shanghai akan datang. Kami akan tetap berinovasi bagi membantu pelanggan kami membina rangkaian 5G yang terbaik dan mencapai kejayaan perniagaan yang lebih besar."

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news