omniture

Perkembangan Baharu dalam Kajian Mekanisme Kapsul Lianhua Qingwen bagi Rawatan COVID-19

Yiling Pharmaceutical
2021-02-24 19:08 214

SHIJIAZHUANG, China, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Prof. Caisheng Wu dan Prof. Yifeng Chai daripada Sekolah Farmasi, Universiti Xiamen telah mencapai kemajuan baharu dalam kajian terhadap bahan-bahan aktif dari segi farmakologi dan mekanisme Kapsul Lianhua Qingwen yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical bagi tujuan pencegahan dan rawatan COVID-19. Keputusan kajian tersebut, "Penyaringan Bahan-bahan Aktif Farmakologi Anti-COVID-19 bagi Ubat Cina Tradisional Kapsul Lianhua Qingwen Berdasarkan Pendedahan Manusia dan Biokromatografi ACE2" ("Screening of the Anti-COVID-19 Pharmacological Active Ingredients of Traditional Chinese Medicine Lianhua Qingwen Capsules Based on Human Exposure and ACE2 Biochromatography"), telahpun diterbitkan dalam jurnal utama farmakologi, Acta Pharmaceutica Sinica B. Ini merupakan bukti terkini mengenai pencegahan dan rawatan COVID-19 oleh ubat Cina Lianhua Qingwen.

Kajian ini dijalankan berdasarkan HRMS dan teknik perlombongan data tidak disasarkan pintar dan menganalisis komponen Kapsul Lianhua Qingwen secara komprehensif dalam plasma dan urin manusia selepas beberapa kali pemberian, mensintesis fasa pegun biokromatografi ACE2 baharu dan menyaring komponen bersasaran-ACE2 berpotensi daripada ekstrak Kapsul Lianhua Qingwen dan sampel urin manusia. Keputusan eksperimen berkenaan menunjukkan bahawa 85 komponen Lianhua Qingwen yang relevan berjaya dikenal pasti dalam manusia selepas beberapa kali pemberian dan sebilangan kecil komponen dipilih bagi menentusahkan keupayaan mengikat ACE2 oleh analisis SPR. Komponen tersebut, Amigdalin, Prunasin, Asid Glycyrrhizic, Forsythoside A, Forsythoside I, Rhein dan Aloe-emodin, kesemuanya menunjukkan keafinan mengikat pada ACE2. Wajar dinyatakan bahawa komponen ini bukan sahaja menunjukkan keafinan yang baik pada ACE2, tetapi ia juga dapat mengikat dengan berkesan pada permukaan sentuh ACE2 dan kompleks protein S seperti yang disahkan oleh keputusan pengedokan berbantu komputer. Komponen mengikat ACE2 ini boleh merencat Sindrom Pernafasan Akut Teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) dengan mempengaruhi pengikatan dengan berkesan antara ACE2 dan protein S, seraya memberi asas eksperimen bagi tujuan pencegahan dan rawatan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dengan Kapsul Lianhua Qingwen.

Kapsul Lianhua Qingwen ialah ubat Cina inovatif yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical yang sebahagian besarnya digunakan untuk merawat selesema, flu dan penyakit-penyakit lain. Sejak tercetusnya wabak COVID-19, Kapsul Lianhua Qingwen telah disyorkan oleh "Protokol Diagnosis dan Rawatan untuk COVID-19" (Edisi Percubaan ke-4 - ke-8) Cina rasmi dan digunakan di hospital-hospital kemasukan yang ditetapkan untuk COVID-19 di China. Pada masa kini, ubat tersebut telah diluluskan bagi tujuan pemasaran di 21 negara dan wilayah termasuk Kanada, Rusia, Singapura dan Kuwait.

Keputusan kajian yang diterbitkan dalam bahan penerbitan ini merupakan huraian maklumat yang pertama mengenai komposisi in vivo manusia melibatkan Kapsul Lianhua Qingwen, seraya memberi asas teori kimia dan farmakologi bagi kajian bahan-bahan aktif secara farmakologi dan mekanisme tindakan dalam penyakit anti-coronavirus 2019 (COVID-19) serta menghuraikan selanjutnya sejauh mana Lianhua Qingwen dapat berfungsi dari perspektif in vivo manusia, yang merupakan satu lanjutan daripada kajian eksperimen dan bukti klinikal ubat Cina bagi rawatan COVID-19.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research