omniture

Estée Lauder Melantik Aktres Ana de Armas sebagai Duta Jenama Global Baharu

Estée Lauder
2021-03-01 11:58

NEW YORK, 1 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Estée Lauder hari ini mengumumkan yang ia telah memeterai perjanjian dengan Ana de Armas, seorang aktres yang dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe dan penerima anugerah TIME100 Next 2021, sebagai Duta Jenama Globalnya yang baharu. Ana akan ditampilkan dalam kesemua kempen digital, TV, kedai dan risalah. Kempen pertamanya untuk jenama ini ialah debut wangian baharu pada bulan Mac 2021 akan datang. Ana menyertai barisan bakat global semasa Estée Lauder yang terdiri daripada Anok Yai, Bianca Brandolini D'Adda, Carolyn Murphy, Diana Penty, Grace Elizabeth, Karlie Kloss dan Yang Mi.


"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Ana ke dalam jenama Estée Lauder," kata Stéphane de La Faverie, Presiden Kumpulan The Estée Lauder Companies & Presiden Jenama Global Estée Lauder dan AERIN. "Kisah beliau dalam mengatasi halangan untuk mencapai impian dan menjadi pelakon yang berjaya memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia, begitu juga dengan bakat, kemesraan dan kecantikan beliau yang akan memberi tenaga baharu kepada jenama ini."

"Saya berbesar hati dapat mewakili jenama ikonik seperti ini," kata Ana de Armas. "Saya membesar di Cuba dan berasa amat kagum serta terkesan dengan kisah Puan Estée Lauder. Beliau memahami bahawa anda perlu bekerja keras untuk mengubah impian anda menjadi suatu realiti. Semua yang beliau lakukan telah memberi inspirasi pada masa lalu dan kekal menjadi inspirasi masa kini. Saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada warisan itu dan turut serta dalam kisah beliau."

Tentang Ana de Armas
Ana de Armas merupakan seorang aktres yang telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe dan telah mencipta nama selama lebih satu dekad di Sepanyol dan Amerika Syarikat serta merupakan salah seorang pelakon paling popular dalam industri.  Persembahan menarik beliau membawa kemesraan, minat dan kebolehan yang pelbagai ke layar perak.  de Armas yang lahir di Cuba, membuat penampilan sulung dalam filem Una Rosa De Francia untuk Cuban Institute of Cinematography. Setelah beroleh kejayaan selama bertahun-tahun sebagai pelakon di Sepanyol, Ana beralih ke Hollywood dan telah membintangi filem-filem seperti Blade Runner 2049 dan War Dogs serta bekerjasama dengan beberapa orang aktor dan pengarah yang paling terkenal dalam industri seperti Denis Villeneuve, Ryan Gosling, Harrison Ford dan Robert De Niro. Lakonan terbaik De Armas sebagai Marta dalam kisah misteri pembunuhan zaman moden yang popular iaitu Knives Out telah membawanya kepada pencalonan Anugerah Golden Globe yang memantapkan lagi kedudukan beliau sebagai salah seorang bintang terbaik di Hollywood. Pada tahun ini, Ana akan disatukan semula dengan pelakon bersama Knives Out, Daniel Craig dalam No Time To Die yang diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga, siri ke-25 dalam francais filem James Bond. Beliau juga akan membintangi filem seram Deep Water, arahan Adrian Lyne dan filem yang dinanti-nantikan iaitu Blonde, arahan Andrew Dominik yang berdasarkan novel hasil karya Joyce Carol Oates tentang pelakon, model, penyanyi dan ikon Marilyn Monroe. Beliau kini sedang dalam penggambaran filem The Gray Man untuk Netflix yang diarahkan oleh Russo Brothers.

Tentang Estée Lauder
Estée Lauder merupakan jenama utama The Estée Lauder Companies Inc. Jenama ini yang diasaskan oleh Estée Lauder, salah seorang usahawan wanita pertama di dunia, pada masa ini meneruskan legasi beliau dalam mencipta produk penjagaan kulit dan solekan serta wangian ikonik yang terbaik, canggih dan berinovasi – semuanya terhasil melalui pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan keinginan wanita. Kini, Estée Lauder berhubung dengan wanita di lebih 150 buah negara dan wilayah di seluruh dunia serta puluhan pusat perhubungan – daripada kedai hingga urus niaga digital.  Dan setiap hubungan ini, mencerminkan pandangan Estée yang hebat dan ikhlas tentang prinsip daripada wanita untuk wanita secara konsisten.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1444987/estee_lauder_ana_de_armas.jpg?p=medium600  

 

Source: Estée Lauder
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements