omniture

CGTN: Kata-kata klasik yang dipetik oleh Xi Jinping: Bagaimana berusaha untuk cemerlang dalam hidup?

CGTN
2021-03-02 04:31 185

BEIJING, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Dalam perjalanan meniti laluan menuju pemodenan di China pada abad yang lalu, golongan muda sentiasa menjadi daya penggerak yang penting bagi merealisasikan transformasi sosial dan nafas baharu negara.

Presiden Cina Xi Jinping meletakkan kepentingan yang besar terhadap golongan muda, menggalakkan mereka untuk berusaha dengan gigih demi memenuhi impian mereka serta menyumbang untuk impian Cina.

Kegigihan, Usaha 

Semasa berucap di sebuah forum bersama para guru dan pelajar Peking University, Presiden Xi memetik sepotong ayat daripada artikel oleh Liu Zhou daripada Southern and Northern Dynasties (Dinasti Selatan dan Utara, 420-589 CE):

"Bagi menggali sumur, mulakan dengan menggali lubang yang cetek dan akhirnya kamu akan memperoleh jurang."
--Liu Zhou daripada Southern and Northern Dynasties (420-589 CE).

"Ia merupakan satu kiasan bahawa kehidupan yang bernilai adalah hasil daripada usaha yang berterusan," jelas Li Bo, profesor di Nanjing Normal University.

Li berkata bahawa dengan memetik ayat berkenaan, Xi bertujuan untuk memberitahu golongan belia bahawa selagi mana anda bersabar dan bertahan, anda dapat memiliki kerjaya yang hebat dan kehidupan yang cemerlang.

Belia dan impian Cina 

Presiden Cina mengulangi bahawa Impian Cina terhadap nafas baharu negara merupakan impian negara dan juga setiap rakyat Cina termasuk golongan muda.

Ketika membalas sepucuk surat daripada 34 ahli Parti muda daripada pasukan perubatan yang dihantar oleh Peking University bagi membantu dalam perjuangan antiwabak di wilayah Hubei, Xi berkata, "sebuah negara akan mempunyai harapan yang besar dan sebuah negara akan mempunyai masa depan yang cerah apabila generasi mudanya mempunyai cita-cita, kebolehan dan rasa tanggungjawab yang kuat."

Antara 42,000 petugas perubatan yang dihantar bagi membantu Wilayah Hubei dalam memerangi wabak tersebut tahun lalu, lebih daripada 12,000 orang adalah daripada generasi pasca 1990-an, sebahagian besar daripadanya terdiri daripada generasi "pasca 1995", malah "pasca 2000-an".

Kisah belia dalam memerangi COVID-19 hanyalah lambang dari segi bagaimana belia Cina era baharu berusaha demi masa depan China yang lebih cerah.

Bermula daripada kader parti muda yang berjuang di barisan hadapan dalam pembasmian kemiskinan hinggalah guru muda yang bertugas di kawasan pergunungan terpencil; daripada pegawai dan tentera pengaman yang menjaga keamanan dunia hinggalah anggota bomba yang mengorbankan nyawa mereka untuk memadamkan kebakaran; daripada pemain bola tampar wanita yang memenangi Piala Dunia dengan kemenangan 11 kali berturut-turut hinggalah golongan muda yang membantu impian China untuk "berlari ke bulan" menjadi kenyataan; belia Cina menggunakan tindakan mereka untuk mengikuti kata-kata Xi:

"Bagi mengusahakan impian orang Cina untuk merealisasikan nafas baharu negara Cina yang hebat merupakan suatu peluang yang jarang diperoleh dalam kehidupan kita. Setiap belia harus menghargai era yang hebat ini dan menjadi pejuang dalam era baharu."

https://news.cgtn.com/news/2021-02-28/Classics-quoted-by-Xi-Jinping-How-to-strive-for-excellence-in-life--YfE3CJajhm/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Asian-related news Broadcast feed announcements Children-related news Public Interest