omniture

Jualan Melonjak 325% : Hisense Percaya TV Laser ialah Trend Masa Depan

Hisense
2021-03-02 17:47 156

QINGDAO, China, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Covid-19 mempercepatkan penerimaan teknologi dan lonjakan yang luar biasa muncul dari segi masa skrin harian. Menurut Omdia, jualan pasaran TV global pada tahun 2020 sedikit meningkat sepanjang tahun. Sebahagian besar daripada pertumbuhan tersebut berasal daripada TV skrin besar. Sejak melancarkan TV laser pertama dunia pada tahun 2014, Hisense (SSE: 600060) berusaha unutk menerajui inovasi teknologi paparan laser. Pada tahun 2020, jualan TV laser Hisense meningkat 325% di luar negara (Sumber data: Hisense Internal Report). Pengusaha TV global seperti Samsung dan LG turut serta dalam pasaran yang berpotensi ini.

TV skrin besar merupakan trend masa depan. Hisense, jenama dipacu teknologi percaya bahawa TV laser ialah penyelesaian paparan yang unggul.

Apa itu TV laser? 

TV laser dapat memaparkan imej lebih besar dengan kualiti gambar yang lebih baik dengan menggunakan teknologi paparan laser, termasuk pancaran laser – teknologi yang menggabungkan antara sumber cahaya laser dan pancaran bingkai penuh.

A simple example of how laser TV works.
A simple example of how laser TV works.

Kelebihan

Mesra mata: Imej pada skrin bersifat reflektif dan bukannya dipancarkan terus ke arah mata. Justeru itu, penonton berada di luar kawasan cahaya biru yang kuat dengan 0 pendedahan cahaya biru yang dapat mengelakkan keletihan mata.

The Hisense L5 Series has been Low Blue Light TÜV Rheinland certified in accordance with European standards.
The Hisense L5 Series has been Low Blue Light TÜV Rheinland certified in accordance with European standards.

Pengalaman Imersif: Mata manusia boleh melihat anggaran 1 juta warna. Paparan laser TriChroma terkini dapat menghasilkan semula 90% warna yang boleh dilihat oleh mata manusia, manakala TV LED hanya dapat mencecah 60% daripada julat tersebut. TV Laser ialah satu-satunya produk paparan yang memenuhi piawaian BT2020, iaitu standard utama untuk warna TV masa depan.

Rasa Kehadiran: TV laser membolehkan tontonan skrin besar (hanya 4 meter untuk TV laser 100 inci) yang lebih dekat, mencipta pengalaman tontonan yang kelihatan benar-benar hidup. Seorang pengguna mengulas, "bahkan berita turut mengasyikkan saya yang membuatkan saya rasa seperti berada di tempat kejadian."

Menjimatkan Tenaga dan Kos: TV laser menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah dan prestasi kos yang lebih tinggi berbanding TV LED dengan saiz yang sama (contoh, harga TV laser 100 inci ialah 1/4 hingga 1/2 daripada TV LED 100 inci), menghasilkan dominasi TV laser dalam pasaran TV skrin besar. Tambahan pula, dengan rantaian industri yang lebih pendek dan lebih stabil, kos pembuatan akan dicairkan dengan jumlah yang semakin meningkat, seraya membawa kepada harga yang lebih kompetitif.

Produk-produk wakilan  

Hisense 100L9 

TV Laser RGB pertama dunia. Audio boleh angkat Harman Kardon yang merangkumi Dolby Atmos dapat menukarkan ruang tamu anda menjadi pawagam rumah peribadi.

Produk ini akan dilancarkan dalam pasaran Amerika Utara dan Eropah pada bulan Ogos ini.

The world’s first TriChroma Laser TV, Hisense 100L9.
The world’s first TriChroma Laser TV, Hisense 100L9.

Hisense 88L5V 

Dengan lebih daripada 100,000 unit audio dibina ke dalam skrin itu sendiri dan bunyi daripada skrin secara langsung, TV Laser Sonik Hisense 88L5V merealisasikan integrasi antara bunyi dan gambar.

Produk ini telahpun dilancarkan dalam pasaran UK, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Rusia, Afrika Selatan, UAE dan Eropah Timur pada bulan Februari dan tersedia untuk dibeli.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services Sales reports