omniture

LCM Partners memenangi dua anugerah Private Debt Investor 2020

LCM Partners
2021-03-02 20:51 98

LONDON, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- LCM Partners dengan bangganya mengumumkan ia telah memenangi dua anugerah Private Debt Investor Awards untuk tahun 2020: European Distressed Debt Investor of the Year dan Global Fundraising of the Year.

Private Debt Investor ialah sebuah penerbitan tentang rekod hutang swasta, mengesan institusi, dana dan transaksi yang membentuk pasaran kredit swasta di dunia. Anugerah tahunan ini kini berada pada tahun kelapan dengan para pemenangnya dipilih berdasarkan undian yang diterima daripada pembaca penerbitan termasuk peserta industri hutang swasta dan komuniti pelabur institusi.

Ini merupakan kemenangan LCM buat kali kelima dalam kategori European Distressed Debt yang sebelum ini telah dimenanginya pada tahun 2015, 2016, 2018 dan 2019. Strategi utama LCM ialah dengan memperoleh pinjaman pengguna dan PKS yang berbayar, dijadualkan semula serta tidak berbayar dan anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kedudukan firma tersebut yang menerajui sektor aset selama lebih 22 tahun.

Pada tahun 2020, LCM telah mengumpul dana untuk strategi utama dan juga strategi peminjaman langsung kewangan khusus yang dilancarkan baru-baru ini. Anugerah Global Fundraising of the Year mengiktiraf pencapaian firma tersebut dalam mengumpul modal daripada pelabur institusi di Amerika Utara, Eropah dan Asia yang kebanyakannya merangkumi 300 dana pencen terbesar di seluruh dunia.

Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCM Partners berkata:

"Kami berasa amat terharu dengan sokongan yang kami terima daripada Rakan Kongsi Terhad kami sejak 12 bulan yang lepas dan berasa gembira kerana telah memenangi dua anugerah Private Debt Investor ini. Sekarang, kami mesti melakukan yang terbaik untuk membalas kepercayaan mereka.

"Sektor perbankan sedang mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh persekitaran kadar faedah yang rendah dan undang-undang kawal selia yang dilaksanakan sejak terjadinya krisis kewangan global. Oleh kerana skim sokongan pendapatan Kerajaan ditarik balik secara global pada tahun 2021, keperluan untuk kecekapan kunci kira-kira yang lebih mantap hanya akan menjadi lebih kritikal dan kami menjangkakan ini akan mendorong peluang berskala besar dalam pasaran pinjaman pengguna dan PKS di Eropah. Terima kasih atas sokongan Rakan Kongsi Terhad kami dan kami mengharapkan tahun-tahun akan datang yang lebih produktif."

LCM Partners
Paul D Burdell
T: +44 203 457 5050 
paulburdell@lcmpartners.eu

LCM Partners
James Hogan
T: +44 203 457 5050
jhogan@lcmpartners.eu

Nota kepada Editor:

LCM merupakan syarikat pengurus aset alternatif Eropah terkemuka yang berpangkalan di London serta mengkhusus dalam keseluruhan portfolio kredit pinjaman pengguna dan PKS. LCM menawarkan kepakaran unggul dalam portfolio pelaburan dan pengurusan kredit serta mempunyai modal dikeluarkan dan/atau modal komited bernilai kira-kira €5.1 bilion dan telah melabur dalam lebih 2,500 portfolio berbayar, dijadualkan semula dan tidak berbayar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LCM di www.lcmpartners.eu.

Source: LCM Partners
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Awards