omniture

Cambridge Quantum Mengumumkan Pelaksanaan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi yang Terbesar pada Komputer Kuantum

Cambridge Quantum Computing
2021-03-02 21:05 1642

Eksperimen berasingan dengan setiap satunya mempunyai lebih 100 ayat, yang menyediakan pembuktian konsep yang kukuh bahawa Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum boleh dicapai 

CAMBRIDGE, England, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing (CQC) mengumumkan penerbitan kertas penyelidikan tentang arxiv repositori pra-cetakan dalam talian (boleh didapati di sini) yang memberikan perincian pelaksanaan eksperimen terbesar terhadap tugas-tugas Pemprosesan Bahasa Semula Jadi (NLP) pada komputer kuantum.

Kertas penyelidikan yang bertajuk "QNLP in Practice: Running Compositional Models of Meaning on a Quantum Computer" ini menampilkan pelaksanaan "berskala sederhana" yang pertama bagi tugasan biasa NLP. Eksperimen tersebut yang diselesaikan pada komputer kuantum IBM, melakukan penseketikaan ayat sebagai litar kuantum berparameter dan memasukkan makna kata sebagai keadaan kuantum yang "berserabut" menurut struktur tatabahasa ayat tersebut.

Kertas penyelidikan ini dihasilkan berdasarkan usaha pembuktian konsep sebelum ini (sila lihat di sini untuk eksperimen terdahulu) dan secara signifikan telah mencapai pergabungan untuk set data yang lebih besar yang digunakan di sini. Salah satu objektif pasukan CQC adalah untuk menggambarkan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum (QNLP) dan hasilnya dengan cara yang boleh diakses oleh para penyelidik dan pengamal NLP, seterusnya membuka laluan kepada komuniti NLP yang terlibat dengan pengekodan kuantum pemprosesan bahasa.

Bob Coecke, Ketua Saintis yang merangkap Ketua Projek QNLP CQC mengulas, "Kami sedang mengusahakan projek yang sangat besar di CQC dengan matlamat untuk menggunakan komputer kuantum, ketika ia sedang meningkat, untuk bergerak melampaui mekanisme kotak hitam yang mahal bagi NLP menuju paradigma yang akan membuatkan kita menjadi lebih berkesan, lebih tepat dan lebih berskala dalam bidang sains komputer yang melambangkan kecerdasan buatan. Setelah membuat kemajuan yang agak besar dalam jenama 'natif-kuantum' kami iaitu NLP, kami kini sedang bergerak melangkaui penyelidikan awal kami dan bekerja pada aplikasi yang boleh dibangunkan sejajar dengan garis masa yang disediakan oleh syarikat perkakasan pengkomputeran kuantum seperti IBM, Honeywell, Google dan lain-lain."

Beliau menambah, "Pada masa yang sama ketika pengkomputeran kuantum menjadi topik kepentingan umum, adalah penting bagi kita yang bekerja dalam sektor ini menyampaikan keputusan yang boleh disahkan. Rekod penerbitan kami di CQC berusaha pada setiap masa untuk memenuhi standard yang tepat ini – kami dipimpin oleh sains dan didorong oleh perusahaan."


Tentang CQC

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebanyak-banyak manfaat daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQC mempunyai pejabat di UK, Amerika Syarikat dan Jepun dengan satu pasukan yang terdiri daripada 140 orang profesional. Untuk maklumat lanjut, sila lawati CQC di http://www.cambridgequantum.com dan pada LinkedIn. Akses ke modul tket Python module pada GitHub.

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research