omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Bilik Darjah Pintar

-- berasaskan HUAWEI IdeaHub Board dan platform awan pendidikan
Huawei
2021-03-29 09:54 137

SHENZHEN, China, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Di Sesi Pendidikan Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei, Huawei menjemput pakar-pakar ternama dari seluruh industri untuk membincangkan mengenai aplikasi ICT yang inovatif dalam pendidikan moden di bawah tema "ICT Mentransformasikan Pendidikan dan Menginovasikan Bilik Darjah Pintar" serta melancarkan Penyelesaian Bilik Darjah Pintar yang berasaskan HUAWEI IdeaHub Board dan platform awan pendidikan.

Para pengurus dan guru di pelbagai sekolah serta institusi pendidikan mengutamakan cabaran jangka panjang yang sama seperti kekurangan kaedah pengajaran yang interaktif, peruntukan sumber yang tidak seimbang dan kecekapan pengurusan yang lemah ekoran sekolah-sekolah yang bertaburan. Di persidangan ini, En. Xu Jun, Naib Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global, Enterprise Business Group of Huawei, memperkenalkan Penyelesaian Bilik Darjah Pintar Huawei yang memfokuskan pelajar dan menggabungkan baik kaedah dalam talian mahupun luar talian bagi memenuhi keperluan interaksi di dalam kelas. Ia menggunakan IdeaHub Board skrin besar sebagai portal dan memanfaatkan terminal pintar (seperti tablet) dan pelbagai aplikasi pengajaran untuk berkongsi sumber pengajaran yang berkualiti tinggi pada platform awan. Bagi pengajaran jarak jauh, penyelesaian berkenaan menawarkan fungsi-fungsi seperti pembelajaran dalam talian, penstriman langsung dan rakaman. Di samping itu, senario perbincangan dalam kumpulan membolehkan para guru dan pelajar berkongsi kandungan serta berinteraksi antara satu sama lain yang kemudiannya menggalakkan semangat pelajar dan mendorong mereka sepenuhnya untuk mengambil inisiatif sekali gus meningkatkan pengalaman dan kecekapan pengajaran.

Sebagai bahagian pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam Penyelesaian Bilik Darjah Pintar, peranti kolaborasi IdeaHub Board dilancarkan sebagai sorotan utama sesi ini. Ia menampilkan skrin cahaya lunak, Huawei Projection dan penulisan pintar yang membawa pengalaman interaktif yang cekap dan sihat kepada lebih banyak bilik darjah. Dalam era pendidikan berasaskan maklumat, pelbagai jenis produk skrin ditawarkan; namun begitu, sesetengahnya mempunyai cahaya biru dengan jarak gelombang pendek yang berbahaya terutamanya kepada golongan muda dan pengguna jangka panjang. HUAWEI IdeaHub Board - yang telah lulus Pensijilan TÜV Jerman - menghalang 60% cahaya biru yang berbahaya daripada sumber cahaya dan dalam masa yang sama turut mencegah kas kuning. Ia menggunakan algoritma pembetulan warna automatik berkualiti gambar serta teknologi antisilau, yang menawarkan 70% keseragaman warna lebih tinggi berbanding standard industri dan memberi kefleksibelan dalam kesemua jenis pencahayaan. Pan Yong, Naib Presiden Jualan Produk & Penyelesaian Visi Pintar & Kolaborasi, Huawei mengulas: "HUAWEI IdeaHub Board menggabungkan penulisan pintar, penayangan tanpa wayar dan aplikasi terbuka ke dalam papan tunggal dan merupakan peranti kolaborasi pintar pertama dalam industri yang akan dilengkapi dengan perlindungan anti-cahaya biru premium. Ia mempunyai perlindungan cahaya biru, penayangan tanpa aplikasi dan penulisan pintar serta memudahkan kolaborasi yang hebat selain pendidikan pintar yang menginspirasikan."

Selain daripada IdeaHub Board, Huawei, sebagai penyedia penyelesaian ICT global yang terkemuka, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang utama bagi menyediakan penyelesaian pendidikan pintar hujung-ke-hujung kepada pelanggan pendidikan global menerusi peranti pintar, rangkaian tertumpu dan aplikasi pengajaran serta pengurusan berasaskan platform awan. Melalui inovasi berteknologi, Huawei membantu mentransformasikan mod pendidikan tradisional kepada mod pengajaran hibrid "dalam talian + luar talian" bertumpu pelajar untuk terus meningkatkan persekitaran, kecekapan dan kualiti pengajaran selain kecekapan pengurusan kampus.

Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei 2021 diadakan mulai 24 hingga 26 Mac, meneroka kuasa ketahanan dan dunia digital yang inovatif dari tiga perspektif: perniagaan, teknologi dan ekosistem. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment